Jumaat

Product 100% berkesan ni kak

Assalamualaikum

Apa story hari Jumaat? Tetiba je nak cerita pasal product kan...Hahaha

Sebenarnya aku terbaca kisah Mar Mansur tentang akibat banyak toksin dalam badan ni. Haa.. Apa cerita sebenarnya, kena pergi terjah baca sendiri.

Sedikit aku nak komen tentang etika perniagaan product kesihatan zaman sekarang. Tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah macam lah dia berkuasa seperti Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu.. Penjual penjual ni kata.. Product ni dijamin 100% berkesan. Confirm kurus. Wajib putih, biar lah asalnya kita hitam mengalahkan dayang senandung mahu pun bontot kuali sekali pun.

Tup tup bila pakai. Eh tak jadi lah.. Penjual pun bagi 1001 alasan. Alaa sebab tak buat gitu. Tak buat gini. Tak ikut aturan la tu..

Soooo~~ bagi yang berminat nak beli product apa apa kan.. Apa kata korang buat perjanjian hitam putih dengan peniaga, "sekiranya saya telah mengikut aturan yang telah diberikan, tapi kesannya tak seperti yang dijanjikan, hendaklah sipolan peniaga ini memulangkan semula semua wang yang telah saya bayar untuk membeli product"

Best tak?

Biar peniaga beringat sikit sebelum nak buat claim bukan bukan.

Dan aku pun nak pesan kat yang suka mencuba product baru ni.. Siasatlah betul betul dulu product. Jangan asal boleh je terus sambar. Asal orang kata berkesan je terus sambar. Tetiba dapat tau ada benda bahaya. Haishh.. Ngeri betul kan..

Rajin makan makanan seimbang, confirm lebih sihat
Yang ini memang ada 100% moneyback guarantee tau
Vitamin aku jual ada 100% moneyback guarantee. Tapi kimchi aku takde la moneyback guarantee laa.. Kalau orang tanya kimchi aku sedap ke tidak, aku akan jawab, setiap individu berbeza. Kebanyakan customer aku kata kimchi aku sedap. Tapi rasanya memang tak sama dengan original kimchi orang korea buat. Hihi..

Daa

17 ulasan:

  1. Bila produk itu dipasarkan dengan menjanjikan hasil yang 100%, tetapi bila kesannya tidak seperti yang dijanjikan, pengguna boleh menyaman pihak penjual.

    Bukan memang ada law yang macam tu kan?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak rai, kimchi sedap! hehee sheila simpan lama dalam peti sejuk. tak basi kan? heheee

    BalasPadam
  3. akak tak berani nak cuba produk baru, lebih selesa dengan apa yang akak guna.. walaupun ada testimoni +ve.. ;)

    BalasPadam
  4. haha, mimpi sama kot malam td
    tu psl entri nak sama jugak

    BalasPadam
  5. hurm...dah mcm2 produk kurus aku makan hahhaa..nak lost 1kg pun payah zai..alhamdulillah dgn diet atkin, aku dah lost 4kg!!weeeeee suke...=)

    BalasPadam
  6. SA akan cuba dulu...macam amalkan 2 bulan...dalam 2 bulan tu if kesan bagus ok boleh teruskan dan share ngan orang...kalau x ok...x bleh buat apa la...kimchi....x pernah cuba...sedap ke...

    BalasPadam
  7. kalau salesperson kata gerenti ni kak berkesan...akk da mula pandangserong dah...hhee

    BalasPadam
  8. selalunya penjual akan tanya macam-macam soalan dengan pengguna sebelum cadangkan produk yang bersesuaian.. sesi consultation namanya.. hehe..

    tapi ada setengah pengguna pula tak kisah pasal consultation janji dapat harga murah.. lepas tu bila ada masalah tanya pada penjual lain yang pandai bab consultation.. huhu..

    just sharing pengalaman saya.. bukan sekadar jadi penjual, tapi jadi lah penjual yang berilmu dan bertanggungjawab... :)

    BalasPadam
  9. berani mati claim 100% tu.

    teringin gak nak try kimci tu. betul x pernah try. nanti senang2 nak try gak..hu

    BalasPadam
  10. Rajin rai, bagi la tips, budak-budak tinggal dengan siapa, bila rai gi buat business sebab tadi berjalan ke google+ bio rai stated independet bsiness owner. Memang product money back guarantee customer lebih yakin dan akan keep dan tetuskan sebab bagus.

    BalasPadam
  11. Cuba dengar iklan2 di radio IKIM...saya rasa, teringin nak jumpa Ketua Pengarah IKIM, nak suruh beliau dengar iklan2 tu...melampau2 testimoni dan cara nak explained "kehebatan" produk yg dijualkan...dan yg paling best, segalanya guna nama agama/Islam/sunnah

    BalasPadam
  12. betul rai. saya makan jusmate dr rozmey dulu turun la jugak beberapa kg. en husben saya makan, takde pon turun.. hiihihi.. mmg setiap produk beza2 ikut orang :)

    BalasPadam
  13. mmg kena berhati hati plh produk... serau tgk mereka yg dah terkena...

    kimci ?.. wah.. camana rupanya tu.. hahah nak kena goggle ni

    BalasPadam
  14. "Dan aku pun nak pesan kat yang suka mencuba product baru ni.. Siasatlah betul betul dulu product. Jangan asal boleh je terus sambar. Asal orang kata berkesan je terus sambar. Tetiba dapat tau ada benda bahaya. Haishh.. Ngeri betul kan.."
    baiklahhh..da terkena..akan lebih berhati2 pasni..yoshh(tunjuk biceps triceps)

    BalasPadam
  15. sy masih ingat lg sorg pakar berpesan, setiap apa pun kita buat apatah lagi kalau yg menjual tu jgn lupa katakan "insya Allah" sbb kita bukan tuhan yg blh bg kesan..and jgn claim produk kita 100% berkesan ke apa, blh jtuh syirik khafi..

    btw, tiap kali kak rai ckp psl kimchi sy teringin la nak try..nnti ada lpang sy email akk ye.. :)

    BalasPadam
  16. betul tu kak..
    mcm sy sendiri org suggest itu ini, tapi saya buat keputuasan dan cuba apa yg saya pikir logik dan rasa boleh..

    bukan main terjah je nak serbu pastu try. no. no.no.

    betul apa yg sya nadia kata

    BalasPadam
  17. hehehe bagus betul cadangan ni rai.. !

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^