Selasa

Buat "MOCK" Dengan Menggunakan LEGO.


Untuk buat mock (tulisan/lukisan/seni) dengan menggunakan lego, ini bahan yang diperlukan adalah seperti:



1 - Baseplate. Aku rekomen dua jenis dengan dua keping setiap satu. Dua keping 48x48 (RM50x2) dan dua keping 16x32 (RM35x2). Baseplate digunakan untuk buat asas dimana tulisan/gambar/seni tu nak diletakkan.


2 - Macarooni. Aku rekomen dua jenis dengan jumlah keseluruhan antara 80-160 keping. Yang bersaiz 2x2 untuk curves pada huruf kecil, dan yang bersaiz 4x4 untuk curves pada huruf besar. Secara kasar menelan belanja antara RM100-RM150. Macarooni ni mahal sebab ia merupakan kepingan yang jarang ada dalam set. Contohnya macam kitorang beli set lego 7665 Republic Cruiser (Limited Edition - with R2-R7) berharga RM1000 dulu, macarooni tu baru ada kurang 20 keping. Supplemental set setahu aku takde part ni. Untuk dapat satu kedai yang jual macarooni ni dengan banyak dan pelbagai warna, bukan mudah juga. Jadi bagi aku, harganya sangat berpatutan.


3 - 1x brick. Yang ni mudah dapat. Gunanya untuk buat garisan huruf yang menegak dan mendatar. Aku tak sebut yang ni murah, tapi mudah dapat. Aku rekomen dalam 200-400 keping.


4 - Plates. Tak perlu banyak plates. Cukup sekadar untuk berdirikan baseplate. Kecualilah kalau nak buat background. Untuk berdirikan baseplate, perlukan dalam 20 keping. Untuk buat hiasan dan background, perlukan lebih banyak.

Well, itu sahaja asasnya.. Secara kasarnya, aku estimate modal yang diperlukan adalah RM500. Kalau nak extra parts :


5 - Liftarms. Boleh gunakan part ni untuk buat garisan yang condong. Kalau gunakan liftarms, 1x1 round plate diperlukan.


6 - Mod brick jenis 1x1 dengan satu stud kat satu sisi. Part ini boleh digunakan supaya baseplate yang nak diberdirikan tu, berdiri dengan lebih kukuh. Mungkin untuk event kat tempat yang lebih terbuka dan berangin kuat.

Extra parts mungkin akan menelan belanja lebih kurang RM100 pada anggaran kasar.

Untuk yang confirm nak beli set untuk buat mock ni, order sebelum 20hb March 2014. Sebab dah ada beberapa yang dah confirm. So, kalau order sekali gus, aku boleh jimatkan kos penghantaran korang. Kalau ada baki dari duit yang korang bayar, aku akan bank in kat korang balik. Semua depend on kos penghantaran tak termasuk pos malaysia/pos laju.

Last sekali, terima kasih kat yang order set mock ni sebab aku pon order satu untuk diri aku. So kita dah sama-sama jimat kos penghantaran yang berjumlah RM324.67 tu. Bila barang sampai, aku akan buat entry pasal tu. Untuk yang order set yang aku post bulan lepas, minggu depan barang korang sampai. Tak sabar. Untuk yang order parts minggu lepas, provider tu dah pos hari jumaat haritu. Dua minggu lagi sampai insya allah.

9 ulasan:

  1. byk juga parts yg guna yea...tapi hsail dia sgt cantik...

    BalasPadam
  2. tunjuklah contoh apa kita bule buat dgn mock ni nanti... frame kan ke? akk sukalego ni tapi mahal sikit...hhee

    BalasPadam
  3. @msredcheesecake
    Harga baseplate tu harga Toy's R Us. So saya tak boleh murahkan. Yang boleh murahkan tu cuma harga part lain, sebab dari provider. Still depend kepada berapa ramai yang order.

    Hasil dia, nanti saya buatkan entry. Sekarang tak boleh buat lagi sebab takde baseplate yang kosong. Semua penuh dengan model dan lego Aqil.

    BalasPadam
  4. cantik..tapi modalnya mahal lah tu ..tak mampu...he..he..tengok aje lah...

    BalasPadam
  5. eee menariklah rai !

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak rai, wahh menariknya! tertarik pula hatiku.. adesss ~~~

    BalasPadam
  7. assalamualaikum rai...mmg banyak part yg kena gunakan untuk buat lego nikan..;)

    BalasPadam
  8. @Mas Zull
    Tak semestinya. Kalau dah ada idea apa warna dan part yang diperlukan, tak perlu ambik ekstra. Malah lebih murah. Contohnya : Untuk nak buat sign "Jangan Ganggu" yang dilekat atau digantung kat pintu, cuma perlukan 1 baseplate, 27 macarooni dan beberapa 1x brick. Plate adalah optional. Secara kasar, total cost dalam RM100-RM130. Bagi aku, still masih baik dari beli sign sebab ada unsur kreatif dan nampak menarik. Untuk yang nak framekan, boleh framekan. Aku pilih tidak. Sebab? Ia adalah lego. Mungkin satu masa nanti nak ubah jadi tulisan lain, siapa tahu? Tapi one thing for sure, bila tetamu datang rumah, pasti tetamu tu akan ada "waahhh..".

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^