Jumaat

Hari pertama di Tadika Anakku Soleh

Assalamualaikum

Hari pertama sekolah Aqil aku bercuti. Eksaited sama nak hantar anak sulung ke sekolah. Hehehe. Maklumlah. Pertama kali dia masuk sekolah. Tuan punya badan pun opkos sangat teruja.


Walau pun aku sikit kurang teruja dengan warna baju sekolah dia, still aku rasa anak aku hensem bila pakai baju ni. Hihihi..

Alhamdulillah, urusan memilih tadika dipermudahkan untuk kami. Ada banyak sangat pilihan di kawasan sekitar rumah, tapi hasil dari feedback dari jiran di rumah lama. Tadika Anakku Soleh ni memenuhi kriteria yang aku mahukan.

Tak ada kerja rumah, tiada ujian prestasi, kelas mengaji, kebanyakan arahan diberikan dalam bahasa inggeris oleh cikgunya.

Bonus bagi kami adalah peralatan menulis dan mewarna disediakan oleh pihak sekolah dengan alasan tak payah budak budak berebut bekas pensel siapa lawa dan mahal sehingga mendatangkan kes kecurian atau rasa tak puas hati. Hehehe.. Selain dari tu yuran bulanannya juga boleh dikira antara yang berpatutan.

Aku suka sebab cikgu cikgunya ingat Aqil walau pun baru sekali datang untuk mendaftar. Bukan seorang je. Semua cikgu kenal. Hahaha.. Serius. Aku pun tak ingat nama cikgunya.

Dah masuk. Aku curik gambar masa diorang tengah tengok tv. Sampai 14hb ni orientasi. So far nampaknya dia ok. Takde nanes nanes. Hero ibu kuat..Ala.. Baru second day kan. Hahaha..

Yang sedih bagi ibu dan ayah adalah bila pagi ni Aqil cakap "Ayah dengan ibu tak payah la hantar abang. Abang pergi sendiri je" Sobss.. Besar dah anak ibu.. Dan masa makan pagi, dia tolong lapkan mulut adik yang comot makan krim. Banyak benda pun dia nak buat sendiri dah..

Setiap hari ada makanan disediakan di sekolah. Kecuali hari Jumaat kena bawak bekalan makanan untuk kongsi makan dengan kawan kawan. Menurut cikgunya, ianya bertujuan untuk menerapkan sifat suka bersedekah dan berkongsi. So pagi ni aku tak tau nak buat apa. Aku buatkan cup cake coklat letak krim dengan coklat rice warna warni.

Selamat bersekolah abang. :D

Macam mana pengalaman anak korang 1st day sekolah?

Daa

16 ulasan:

  1. Alahaiii...comelnyaaa dia pakai kopiah. Adam tak suka pakai kopiah. Gi solat Jumaat pun pakai songkok hitam ala P.Ramlee. Aqif dah besar. Bila anak sulung nie, lain sikit dari yang lain2 kan. Anak tunggal? Hah..lagiiilah lain.

    BalasPadam
  2. OLOLO..OMEY ANGAT DIA PAKAI UNIFORM NGAN KOPIAH SEKALI.MOGA JADI ANAK SOLEH SESUAI DGN NAMA TADIKANYA ;)

    RAJIN KO SIAP BERKAPKEK BAGAI

    BalasPadam
  3. anak aku start tadika ahad ni. aku pulak yang neves, kalau anak tak nangis, takut aku pulak yang menangis. first time experience kan.

    p/s : zai, need ur help. camne nak buat setting kat blog yang mana bila orang tinggalkan komen/soalan kat blog aku, komen/soalan tu akan dihantar ke emel aku, dan aku reply thru emel je kat orang tu. tanpa perlu masuk blog diorg semula untuk tinggalkan komen/jawapan kepada soalan diorg tu.

    please help.

    BalasPadam
  4. Bgus disiapkan senua alatan menulis.. bdk2 ni mmg la...kadang mnggu pertama pun dah ilang pensilnya...

    Jumaat bwak mknan...sngt2 praktikal utk ajar anak2 bersedakah...alhamdulillah...

    BalasPadam
  5. Aqil ni umur berapa tahun? dah jumpa kawan-kawan baru lagi seronok

    BalasPadam
  6. Kak, saya pun tak teruja tengok kaler baju dia. Hahahaha.

    BalasPadam
  7. Alahai, comelnya Aqil dgn uniform tu. Comel sgt. Tgk pic je, nampak petit Aqil ni kan Rai? Ikut maknye lah tu. Hehehehehe.....

    Seronoknya anta anak ke skool. Sy lak tak sbr tp Aydin lom ready lagi nak pegi skool. Huhuhuhu....

    BalasPadam
  8. bagusnya skool ni kak.. sy suka!. walaupun bajunya agak menangkap mate... hihihi

    besar dah ye aqil..

    BalasPadam
  9. OK la tu...uniform nya ambik inspirasi warna bendera Selangor...hihihihih

    BalasPadam
  10. bljr elok2 dan rajin2 ya Aqil.

    BalasPadam
  11. good boy..waa sy pn msti excited klau anak dh stat nk skolah hihi.lame lg la tapinye hehe

    BalasPadam
  12. alhamdulillah dh nmpak sikap brdikari dlm diri abg kan.
    bagus juga kan idea tu bawa bekal setiap hri jumaat..

    BalasPadam
  13. memang hensemlah....berseri je wajah yg ingin belajar dgn iklas kan...

    apa khabar sahabat

    BalasPadam
  14. memang hensemlah....berseri je wajah yg ingin belajar dgn iklas kan...

    apa khabar sahabat

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^