Jumaat

Cabaran sebelum Ramadhan - eksiden pulak~

Assalamualaikum & Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat

 

Hari ni hari ketiga puasa. Macam macam berlaku. Sehari sebelum ramadhan, shujin tersondol bontot Toyota. Since memang salah kami, so shujin ajak dia pergi ke bengkel tempat kami baiki kereta. Betulkan kereta dan kami akan bayar. Actually tak teruk sangat. So memang tak payah nak claim insurans bagai lah. Cina tuan kereta tu perempuan. Bisinglah dia. Tapi dah nama eksiden kan. Bukan kami saja saja nak sondol bontot dia. Kalau bagi suh sondol pun kami tak hingin la.

 

Then dia bising. Dia busy ada appointment bagai. So shujin bagi nombor telefon suruh dia call malam nanti. Kena tu lepas balik kerja. Tunggu punya tunggu, takde pun dia call. Tetiba esoknya husband dia sms mintak RM300. Dia kata dah repair kat pusat servis kereta Toyota dekat dengan tempat kerja dia sebab dia takde masa nak jumpa kami.

 

Aku pun naik hangin la.

(1)    Janji nak call, tak call pun

(2)    Dah kami kata nak repair dan bayar kat tempat kami hantar, dia pandai pandai hantar tempat lain tak bagitau dulu. Tetau dah siap. Mintak receipt pun takmo tunjuk. Mintak gambar kereta pun takmo tunjuk

 

Kereta dia rosaknya tu bahagian bumper. Maybe klip terkehel. Kereta kami pun sama. Kereta kami shujin ketuk ketuk ngan tangan almost 90% da okay. Tak payah hantar kedai pun. So kami suspicious la bila dia kata harga repair tu sampai RM300.

 

So husband delay la nak bayar duit tu. Sebab nak find out dulu betul ke dia dah repair bagai. Tetiba semalam dia sms kata dia dah buat report polis dan dia nak claim insurans kami beli bumper baru.

 

Aku heran. Memang dia ada ambik gambar kereta masa kemalangan tu. Tapi kalau kereta dia dah repair, boleh ke buat report polis..? Lepas tu, kalau dia kata dia dah repair, macam mana nak claim insurans lagi..? Boleh ke dia repair dulu, baru buat report polis (maybe lepas 24jam) lepas tu claim atas insurans kami.

 

Paling aku bengang dia kata kami menipu dalam bulan puasa. Bila masa kami menipu tahnya.

 

So skang aku tak tau aku patut buat atau buat counter police report atau biarkan je dan tunggu insurans call kalau kalau betul dia nak claim insurans kami.

 

Ada sesiapa yang boleh bantu bagi pendapat @ ada pengetahuan dan pengalaman dalam kes macam ni.

 

Thank you in advance.

 

Daa

14 ulasan:

  1. eh,lain macam je kes ni
    sedap mulut cakap org nak tipu
    kalau aku pun hangen
    tp maaf sbb x dpt bantu dlm nasihat,sbb aku bab keta ni tahu isi minyak je.

    BalasPadam
  2. dalam kita baik dia kenakan kita balik..
    akak tak pandai bab ni sebab kalau kena en. suami yang settle kan.. cuba Rai tanya pd mereka yang terdekat apa patut buat.
    Moga tiada perkara yang lebih teruk berlaku hendakNYA.. tu semua sebab dorang nak pau lebih je tu..

    BalasPadam
  3. bersabar la kak rai..dugaan di bulan ramadhan..sy pun tak reti psl ni..cuma saya doakan semoga urusan akak dipermudahkan segalanya..

    BalasPadam
  4. Nampak sgt Cina tu pusing cerita.

    Sy nak bg advice skg pun, benda dah jdk. Susah. Lg susah bile die sudah bt report polis (klu betul). Sepatutnya mlm tu klu die tak call, awak kena follow up dgn die. Tapi betullah, ini dugaan di bln puasa. Kena byk bersbr dan jgn melenting bila berdepan dgn bangsa2 dorang ni. Dorang ni mmg licik.

    BalasPadam
  5. Lain macam je cerita cina tu.kalau betul dah repair kat tmpt toyota,resit mesti ada. akak pun report polis juga la.rasa cina tu menipu. fight for your right...

    BalasPadam
  6. Cuba Rai call insurance company kereta betul ke boleh buat macam tu? Tapi pada kakak boleh juga Rai buat juga polis report tapi kena cerita betul sebab janji asal Rai yg nak repiar dan bayar bukan dia repair dan minta bayaran tanpa resit.

    BalasPadam
  7. err..tak pernah pulak alami situasi macam tu..

    dugaan bulan puasa Rai..sabo byk2..dah la kes aritu tak habis2..Allah nak uji la tu..Dia sayang kat hambaNya..:)

    BalasPadam
  8. dugaan bulan pose ye...
    pelik tul ciner ni ye.. saya rasa baik call insurance kereta tu. tanya boleh ke claim macam tu.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum rai...mmg dugaan tu kesian tapi x patutnya nyonya tu buat mcm tu...kalau mcm tu baik mula2 lg pi report polis je...:

    BalasPadam
  10. diorg ni mmg..kalo kena kt org kita kemain lg nk hntam kaw3..tp mntk maaf kak raii..xdpt mnbantu..mcm kak irfa..tau isi myk sajo..

    BalasPadam
  11. Dah lebih 24 jam ke belum?

    Kalau belum :
    1. Call agent insurance Rai dulu. Citer semua and minta advice dia.

    2. Terus pergi buat police report sebab dia dah buat. Kalau Rai tak buat, lagi nampak macam u all yang lari. Susah nak bicara dalam court nanti.

    Kalau dah lebih 24 hours :
    1. Call agent insurance, cerita semua. Lagi bagus, make it documented.

    2. Kalau ada gambar kerosakan masa hari kejadian, pergi workshop, tanya estimation harga.

    3. Nak lagi best, pergi Toyota yang dia kata dia pergi tu, minta estimation harga/quotation

    BalasPadam
  12. Kakcik pun tk pandai nak bagi pandangan... :(

    BalasPadam
  13. maaf tak dapat bantu sebab takde pengalaman bab nih...huhu

    apa pun PM doakan semuanya berjalan dengan lancar lepas nih...

    BalasPadam
  14. Maaf la...riettta pown xde pengalaman...tpi mcm dia jerr yg nk menipu....

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^