Khamis

Take A Break

Assalamualaikum


Encik shujin tengah prepare Lego untuk birthday Aqil. Semua orang dapat satu karakter mini figure Lego. Untuk aku shujin trim rambut mini figure Lego Harry Potter, Hermoine.

Bagi aku, aku lagi approve mainan Lego ni daripada senapang ke patung ngarut ngarut sebab Lego membina minda. Kot la besaq nanti boleh jadi engineer ke. Hehehe.. Cuma yang tak larat tang bersepah tu je.

Anak korang suka Lego? Cemana cara korang buat supaya barang mainan tak bersepah satu rumah. Any tips?

Daa

14 ulasan:

  1. akak letakkan dalam satu bilik. kira macam bilik gerakan pada doranglah.. nak main kat situ je.. tak boleh bawak main kat ruang lain dalam rumah.. tapi eemm.. dah namanya anak2.. ada je yang bersepah.. biasanya dak Nuhalah tukang bawak keluar dari bilik gerakan tu.. hehehe..

    BalasPadam
  2. Manalah ada budak main tak sepah. Cuma satulah ajar mereka selepas main kemas balik masuk bekasnya...

    Kalau budak perempuan sayang mainan kan Rai.

    BalasPadam
  3. beli jugak lego tipuan tu
    sudahnya masuk tong sampah ;(

    BalasPadam
  4. Aydin takde passion sgt dgn toys. Kalau lalu kedai yg jual toys, dia tak meroyan. Selamat sikit duit poket sy kan? Hahahaha...

    BalasPadam
  5. Akak bab mainan tak kisah sangat apa yang diminta asal sesuai beli sahajalah, biar dia enjoy hidup keciknya...hahhaaaa...

    Bab sepah biasalah namanya budak2kan tapi sebab suami akak ni pembersih pantang tengok benda2 kat lantai anak2 pun tak beranilah tapi dalam laci dalam lemari penuh mainan disoroknya.

    BalasPadam
  6. kebiasaan sy..bila ank suda main kemas balik. kalo dia bg alasan xlarat ajak dia kemas sama2..alhamdulillah xder besepak lg..

    BalasPadam
  7. Kena penat mulut kot..tiap kali tu ajar/bgtau kemas lepas main.

    BalasPadam
  8. biasalah tu budak2...tapi selalulah latih dan disiplin anak2 supaya kemas balik mainan lepas main..

    BalasPadam
  9. kat rumah tu kalau main tak reti nak simpan..masuk stor
    elok main lego ni..dapat cerdikkan minda anak-anak..kreatif pun ya..

    BalasPadam
  10. wah menarik ni Rai !

    BalasPadam
  11. assalamualaikum rai...mesti seronokkan...;)

    BalasPadam
  12. mungkin perlu diajar agar mereka menyimpan balik mainan selepas main, seperti Mifz dulu main tak pandai mengemas, skrg nih selepas main then disuruh kemas, dia kemas...hehe

    BalasPadam
  13. masa budak2 ni kecik, siapkan satu corner/bilik utk depa & toys depa.. kalau depa sepah, amik & sorok toy feveret sbb langgar janji.. hahaaa... it worked..

    BalasPadam
  14. Yup, better Lego set than senapang...
    Anak2 bujang saya pun, takde satu pun senapang/pistol..

    Hahaha...siap trim rambut! Org seni boleh la buat..kalau saya, hancur lego tu! :P

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^