Khamis

Seghonok menyembang

Assalamualaikum

Sejak kahwin ngan shujin, loghat aku memang berterabur gila. Kadang cakap johor (gaya orang benut cakap okeh..) Penggunaan perkataan susah nak explain macam langu, kepai dan penggunaan no kat belakang. Contohnya “teruk no” Bunyinya bukan no dalam English tu ya. Bunyinya macam no dalam perkataan bebenor gaya orang nismilan cakap tu tapi takde “r”

Kalau ngan mak mertua, kadang aku cakap Kelantan sesikit.

Ngan akak & adik ipar cakap utara (kedah)

Tu pun bukan reti sangat. Kadang kadang habis bercampur. Macam cakap siam jadinya. Lantokk laa..

 

Tapi paling lawak bila member kami yang duk Kedah ni mai rumah. Mesti ada je benda melawak yang nak disembangkan.

Kami sama sama buat bisnes. Ada sesekali dia cerita, ada kawan dia tanya benda yang dia malas nak jawab panjang lebar.

 

Kawan A : (Soalan)

Kaori : Hang ghasa?

Kawan A : (Jawapan bagi soalan dia. Yang dia agak agak sendiri la)

Kaori : Takkan kott..

Kawan A : Abis tu.. (Jawapan lain bagi soalan dia..)

Kaori : Takkan kott..

Kawan A : Abis tu apa?

Kaori : Hang ghasa?

 

Dok ulang ulang. Sampai la kawan A tu fed up. Hahaha.

 

Dalam kes kak Kamsiah ni, sangat sesuai diguna pakai.

 

Selamat mencuba.

 

Daa

16 ulasan:

  1. hehehe seronok sembang no !

    BalasPadam
  2. ghasa apa? ghasa kecik ati la kot oghang tu... hehehe

    BalasPadam
  3. Bagi soalan dan jawablah sendiri...hahhaaa...

    BalasPadam
  4. hahahaha...memang pecah perut la kalu ingat kes ni..

    aku pon cakap terabo Rai..ni kat tempat keje kamcing ngan budak kelantan plak..campo cakap kelantan plak..haha..

    BalasPadam
  5. meriah kan rakyat malaysia.. macam2 loghat ada...

    BalasPadam
  6. jawab gitu..abis citer kan..:D

    *saya pun kdg bercampur loghat bila bercakap. balik johor, kdg anak sedara tak paham..

    BalasPadam
  7. lohgat Kelantan la paling susah saya nak tiru..hahaha

    BalasPadam
  8. akak guna bahasa std.. nak wat camane.. en. suami orang PJ je.. ;)

    BalasPadam
  9. Sy kelantan husband org nogori..dah 4 thn lebih kahwin pun kalau FIL cakap laju2 loghat dorg saya tak paham..kena tanya hsband balik apa FIL cakap..hehe..

    BalasPadam
  10. kiki.. sy kalu marah kompom kuar bahasa kelate.. anak kekadang faham kekadang dia buat tak faham.. hahaha

    BalasPadam
  11. tak berapa paham kalau dgr org negeri sembilan cakap..

    BalasPadam
  12. Sy tak dpt tangkap isu ape. Tapi sy klu bab loghat kelantan, fhm pun tak. Apalagi nak kecek. Adehhh!

    BalasPadam
  13. Saya suka loghat Kedah, Kenkadang termasuk loghat Zohor ikut husband tapi den darah minang sebonar aie... muuahahhaa

    BalasPadam
  14. Hahahahaha! tak pasal pasal aku gelak pepagi baca entri nih...

    woooiiiit.. hang ghasa?

    Ghasa nak bagi penampaq!

    BalasPadam
  15. bab2 tiru loghat ni fendy terer...nak2 ckp kelantan smpai org ingat dia btul2 org kelantan. ckp utara pn bleh, ganu pun bleh. n9 pun bleh.ntah apa ilmu dia pakai... =D

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^