Khamis

Outing dengan si kecik

Assalamualaikum

Sejak Aisy lahir, aku memang agak malas nak jalan-jalan. Ye la. Bawah enam bulan lagi ni, tak sesuai nak expose sangat pada persekitaran. Lama gila tak makan kat kedai. Kalau tak masak pun beli bawak balik makan kat rumah. Nak jaga kakak dengan abangnya lagi. Haih.. Dari stress tak ketentuan baik aku makan kat rumah je. Hehehe..

Nak jadikan cerita. Ada schoolmate aku intro babywearing kat aku. Punya la meracun aku. Siap sanggup pinjamkan ring sling dengan wrap kat aku. Tapi aku belajar ngan Youtube la sebab tak sempat lagi jumpa dia. Ring sling dengan wrap tu pun dia pos je. Sabo je aku.
Ni la wrap.. tapi tak pandai pakai.
 Nampak tak senonoh gila aku pakai. Tak kemas. First time pakai masa ni. Hahaha..
Ketiduran je budak ni

Ni ring sling. Kepochi je muka aku :P
Masih belajar belajar lagi. Shujin kata, lenkali outing dia nak cuba pakai, sebab nak rasa macam mana rasanya pompuan ngandong. Hish.. Mana sama kata aku. Hahaha.
Alolo..Comelnya senyum. Asyik nak ajak borak je.

Susah dah nak blogging sejak kembali bekerja ni. Rutin pam susu 4 kali sehari. Takkan aku nak dilihat berblogging pulak kan. Nampak cam datang opis takde buat apa sangat.. Hahaha..

So, maaf kengkawan. Aku cuba BW waktu malam atau lunch hour. Still nak cuba sesuaikan diri dengan jadual ibu beranak tiga.

Daa

16 ulasan:

  1. aku sampai sekarang tak reti pakai ring sling tu...rasa nak campak jer..hahaha

    BalasPadam
  2. seronoknyer dpt gendong2 macm ni rai

    BalasPadam
  3. memahami rai.

    ala comelnyaaaaa..
    semangat betul. berkat susu ibu.
    tahniah

    BalasPadam
  4. Mesti baby pun seronok kan... Melekapppp jer kat ibunya.. Aduhai, bestnya ada anak kecik...

    BalasPadam
  5. Puas mendukung ni Rai. Maknya comel cute anak boleh tahan chubby, lengoh juga - biarlah Shujin aje yg dukung..

    BalasPadam
  6. ring sling tu sesuai.. shima pakai batik lepas tinggalan arwah nenek.. harta pusaka hihi.. tak pandai guna jugak sbb beli ring yg kecik!

    BalasPadam
  7. comel..comels..mak pun sama comel

    emm...masa kita jumpa hari tu maknanya
    tengah pregnantlah yek...slim jo :)

    BalasPadam
  8. haha...mcm comey je tgk ko pakai..sakit bahu tak?
    teringin nak pakai jgk ring sling tu..tapi tak reti..

    mmg kena susun jadual Rai..aku dulu pon mmg pening jgk nak handle 3 org..skrang ni pon masih duk belajar lagi..huhu...penat tu mmg penat tapi ganbatte! mmg mencabar ade anak 3..haha..

    BalasPadam
  9. assalam rai..memang comel sangat baby rai

    BalasPadam
  10. tak pernah berbaby wearing...sebab jarang sangat bawak budak kecik ni kua masa bawah 6bulan...memang tak pandai la ber ring sling tu...hehe

    comel betul Aisy...:)

    BalasPadam
  11. comelnyaaaaaa...

    kalau aku, aku suh laki aku je yg pakai sling tu nok...hahaha...

    BalasPadam
  12. Dedulu kalau gendong2 ni kita selalu fikir org Indon je tapi skrg ni dah jadi fenomena biasa.

    Comenynay dia...gerammm...gerammm...

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ... kali pertama nampak ring sling sbb selalu nampak si ibu tola troli baby jer ...

    BalasPadam
  14. dah terfikir utk beranak 4 ke belum...hehe

    BalasPadam
  15. selesa nampak dia dlm karung tu
    aku kenal benda ni masa lahirkan Hajar tp nak beli rasa x berbaloi sbb tak pasti ada baby lagi tak lepas ni//lainlah kalau nak baby lagi berbaloi la beli ;)

    ko cam budak form 5 dukung adik bongsu..hahaha.suka la tu org kata cam budak sekolah ;)

    BalasPadam
  16. yang guna ring tu nampak eksklusif kan..baby pun nampak selesa je

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^