Selasa

Tantrum

Assalamualaikum

Atiqah Damia memang anak yang sangat mudah dijaga sejak dari dalam pantang lagi. Kenyang minum susu dia tidur. Tak perlu di dodoi pun.

Sampai sekarang pun kalau nak tidur, dia pandai cari port sendiri. Cuma bila aku ada, datang time nak manja dia nak mintak ditepuk. Itu pun tak lama.

Sangat independent. Disuruh makan pun senang. Baju nak pakai sendiri, makan pun suap sendiri. Mudah faham dan tangkap apa yang diajar. Sebab tu bila cukup dua tahun dia dah agak petah bercakap. Sekarang da mintak nak potty train. Cuma aku hold dulu sebab tak larat lagi. Lepas habis pantang la nanti baru nak mula.

Lately, yang agak mendilemakan aku adalah sangat manja. Takpe manja tu. Yang paling aku geram adalah dia sangat persistent. Kalau hitam tu hitam la. Pujuk memang tak jalan.

Kalau dengan ayah dia memang ayah dia ikutkan gak la. Ada masa. Ngan aku, aku pun buat degil aku. Last weekend, dia mengaruk nak tukar baju. Aku suh mandi takmo. Aku geram aku buat tak tau je. Dekat sejam merengek. Kalau ikut hati aku nak mengalah jugak dah. Tapi kalau aku mengalah satgi dia buat lagi dan lagi.

Terpaksa keraskan hati. Huhu. Aku pepura tido. Bila ada sponge bob kat tv dia stop jap. Pastu sambung plak bila iklan. ciss..

Lastnya aku panggil. Peluk peluk. Pujuk elok elok. Lepas tu ok. Kejap terus tertido. Oo. penat rupanya mengamuk ni. Hehe..

Anak perempuan sorang. Garang pun boleh tahan. Takyah la ngikut sangat perangai ibu yang huduh2 tu. Hehehe.

Daa

16 ulasan:

  1. Hehehehe...takpe klu merengek je. Klu aydin, melalak2 smpi nak terkuar anak tekak. Adehh...

    Die mtk perhatian tu sbb ade adik baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fara,
      yang tu ada jugak. tak bukak cerita lagi.. haha

      Padam
  2. rai
    budak baru jd kakak
    igt senang ke nak sesuaikan diri
    lama2 nanti oklah tu ;)

    klu dekat2 aku nak je bawak balik damia ke umah aku..buleh kawan ngan hajar ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la. takpe la. aku kena lebih sabar lagi.

      best kalau dekat. kat sini dia takde kawan pompuan. sepupu semua lelaki..

      Padam
  3. jeles ngan adik la tu..
    cantik rambut dia, nampak lembut je

    BalasPadam
  4. orang kata, tu perkara biasa masa awal-awal dapat adik. mungkin ada betulnya sebab dia dah mula rasa takut akan diketepikan. jadi itu la cara dia nakkan perhatian. orang kata...

    bab keraskan hati tu, memang payah sikit. orang kata jugak...

    BalasPadam
  5. mengamuk memang penat tau! ha ha ha
    budak2 ni jangan diajar sangat, kang lama2 dia tahu asal mengamuk je, kita ikutkan dia..ooo tak boleh tu...

    harap2 jadi extra good girl yer kakak..

    BalasPadam
  6. hahahahah ... sama peel ngan Aisyah ...

    BalasPadam
  7. rindu dengan dorang berdua.. and u too.. ;)

    psstt: lama akak tak jengah kat sinik..

    BalasPadam
  8. La, ikut perangai ibu ker..? Hehehehehe

    BalasPadam
  9. ohh agk merisaukan kalo ikut prangai ibu...hik3...tp ibu ayah bijak, ank pun mesti la bijak...beso kang lg la bpetah2 la damia bcakap ni karang..kalah kot ibu dia? :p

    BalasPadam
  10. Org kata mcmana perangai kita kecik2 dulu, sikit/byk ada ikut kat anak. Kiranya kita merasalah camne mak kita susah nak layan karenah kita.

    BalasPadam
  11. bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi hihihihi, anak dara ibu, serupa ibulah

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^