Rabu

Gara gara si pecal terung

Assalamualaikum

Sebenarnya, walau pun aku mimpi gulai ketam, aku bukan peminat ketam. Aku suka kuahnya je. Ketam tu paberet shujin. Hihi. Kalau udang aku suka la. So, aku takde la gaduh sangat nak makan.

Pecal terung pulak, memang salah satu masakan mak yang paling aku suka. Mak bukan jawa. Aku kan kacukan jawa ngan melayu. Dari segi makanan aku banyak influenced dengan makanan jawa. Contoh macam ayam ungkep, pecal, nasi ambeng, sambal bilis jawa dll.

Pecal terung ni rupanya agak messy sikit. Memasaknya agak leceh. Terung dipotong panjang dan perlu di bakar atas pan. Tak payah minyak. Bakar sampai isinya masak. Kulitnya bagi hangit hangit sikit. Da siap bakar tu, siat buang kulitnya dan ambil isinya. Kalau tak suka hancur sangat, jangan bakar lama lama. Tapi bagi aku, aku prefer bakar sampai lembik.

Lepas tu boleh sediakan perencahnya. Bawang besar dua biji, setengah genggam ikan bilis dengan beberapa biji cili. Ikut nak pedas tara mana. Blend hancur.

Masuk isi terung, perencah dan santan ke dalam peruk, masak dengan api kecil sampai santan mendidih. Kena kacau sentiasa la. Lepas mendidih, masuk garam gula secukup rasa. Taraaaa.. siapp..

Sedap dimakan dengan ikan goreng kunyit. Tapi shujin tak makan ikan goreng kunyit, so aku buat gaya orang pantai timur. Ikan aye rebus goreng.

Memang terbaiklah. Untuk anak, aku goreng kunyitkan telur ikan sardin sekali. Ada sikit je. Jumpa dalam perut masa siang ikan. Sayurnya sawi rebush.

Gara-gara memasak dengan jayanya semalam. Aku tido tak sedar apa. Bunyi jam dua ketul pun tak dengar. Bangun tengok da terang benderang. Terpaksa sms bos, "bos, saya mc hari ni".

Tercapai gak hajat shujin...

Rasa bersalah pulak sebab ada benda nak kena submit hari ni. Team leader la kena buat. Aih.. orang lain duk plan annual leave. Aku pulak plan mc. Molek sangat la.

Gara gara pecal terung, mc jua aku. hehehe..Sebenarnya da dekat seminggu aku cuti memasak, da dekat seminggu jugak terung tu termenung dalam peti sejuk. Shujin takut aku penat sangat. Tapi sebab da tatahan. Aku masak gak. Akibatnya.. sampai kena mc.. hehe..

Daa

27 ulasan:

  1. Wah masak dan makan sampai tertidur x sedar diri tu,memang letih betullahkan.

    BalasPadam
  2. Tertidur tu kerana penat ke kerana kekenyangan? :)

    BalasPadam
  3. Tak pa rehat tu lg pentingkan, keje ada org lain boleh uruskan okey la tu tak payah sesakkan kepala sgt fikir tang kerja

    BalasPadam
  4. aiisshh.. jauh ni.. kalo dekat nak mintak sikit..

    BalasPadam
  5. Ada baiknya Rai dapat rehat betul-betul tu... Terung masak macam tu memang sedap kan.

    BalasPadam
  6. wah,mcm biasa masak gaya pantai timur ni..hehe..

    sy tak penah mkn terung msk camtu..selalu saya celur pastu cicih budu jer..lain org lain cara dia..kan..

    BalasPadam
  7. yummy...teringin larr plak...akk jgn lasak lasak sangat...wsau plak smpai MC...xpe, kje letak sebelah...yang ptg akk shat yea...

    BalasPadam
  8. gmbr mana kak rai? teringin jugak nk tgk camana rupa pecal terung yg dimasak ngn santan ni..

    BalasPadam
  9. pecal terung?? herm macam tak penah makan ajer ni. kene try nanti.

    ehem ehem...selamat bercuti dan ber m.c ;p

    BalasPadam
  10. Gambar takde ke Rai?
    Description nya menyelerakan...:)

    BalasPadam
  11. Tak tau pun resepi gitu..rajin betul rai buat. mmg mcm leceh bunyinya tu.

    BalasPadam
  12. PM suka makan ketam juga...walaupun agak leceh sebenarnya makan ketam...hehe

    BalasPadam
  13. tentu sedap sesangat pecal tu ..

    CA memang suka terung ...

    BalasPadam
  14. amboi makcik,sakan ko mc ye :)
    bila lagi nak dapat lesen besar utk mc kan?hahaha

    aku suka pajeri terung.setakat ni mil yg masak paling best kat tekak aku

    tq bagi cara2 masa terung itu

    BalasPadam
  15. first time dgn pecal terung... mcm sedap je .....

    BalasPadam
  16. pecal terung macamana rupanya Rai...
    suka terung ni...

    BalasPadam
  17. Akak pernah makan sekaliii jer masa remaja dulu2. Rupa2nya senang jer nak masak dia yer. Okeh...projek hujung minggu. Tq Rai.

    BalasPadam
  18. nak buat camnerkan dah gigih memasak... penat ngatler tu..
    ketam peberet akakler tu...

    BalasPadam
  19. gara2 pecal smpi mc akak kita ni.. haiyya.. hati2 ye kak sarat dah tu huhu

    BalasPadam
  20. pecal terung tak suka, udang ketam feveret.kita terbalik rai..hehe

    BalasPadam
  21. ketam r sedap.. lame dah tak makan ketam.. nak beli siap masak kat kedai, mahal kemain.. so, terpakse r simpan niat dulu.. hmm.. tak suka sayur ni.. so tak pernah pun makan pecal terung tu..

    BalasPadam
  22. ketam feberet suami..ema dua-dua tak suka...hehehe..memang jenis tak makan sayur pun ema ni..

    BalasPadam
  23. he he penangan pecal terung. Tq share resepi rai. KA x pernah tahu ni tau

    BalasPadam
  24. perghhh...akak pun suka pecal terung ni, dah lama gak tak buat ni...:)

    BalasPadam
  25. owh..tak mudah jgk masak pecal terung ni,ye?tetiba tringin nk ras,ehehe!!

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^