Khamis

Ibarat mencanai roti

Assalamualaikum

Aritu Aqil Mubarak mengigau nak kek coklat. Kali ni Damia pulak menggagau nak roti canai. Aku kan mak mithali. Uli jugak la sekilo tepung demi anak dara sorang..


Sekilo tepung, aku buat besar besar macam mak aku buat. Dapat 18 biji je. Makan sebiji kenyang kot. Berketul lengan nak mengulinya. Maklumlah.. Manual je.

Pagi tadi, lepas solat subuh terus aku canai. Jenuh jugak la berkejar.

Roti canai ni agak tebal, tapi aku canai sampai nipis betul. So, rangup rangup kat luar. Dalamnya berlapis lapis gitu.

Sebenarnya undang undang (citt) kat rumah aku, kalau nak request roti ranai, cuma boleh request weekend je. Tapi tak sampai hati pulak bila shujin bagitau semalam. Damia mintak roti canai. Nak beli..heh..tau je la perangai aku ni kan. Gigih kononnya..

Hmm.. Nasib baik diorang tak kenal crepe durian ke tiramisu bagai lagi. Jenuh aku menggagau nanti. Tapi kalau aku buat tu maksudnya aku sendiri la yang mengigau. Hihihi..

Korang sarapan apa hari ni?


Daa

19 ulasan:

  1. Peh! JEles sy. Sy pun nak try la bt roti canai ni. Nak belajar gak....nak print entri Rai yg ade resipi roti canai ni...

    BalasPadam
  2. Wah....kagum. Akak sangat kagum...!

    BalasPadam
  3. mmg betul2 ibu mithali hehe...akka tak pernah buat sendiri...kt kedai pun jarang2 makan..
    apa kuahnya tu..??

    BalasPadam
  4. oppss..follow sini sbb nak amkan roti canai free hehe

    BalasPadam
  5. Saya sarapan NASI LEMAK gerai je kak rai. Sedap nampak roti canai handmade ni

    JOM~

    Nak invite SEMUA join 1st Giveaway Blog Qashmere

    Banyak hadiah yang menarik untuk semua.

    BalasPadam
  6. wah bagusnyer KA bab roti2 canai ni fail sikit hehe

    BalasPadam
  7. Kakcik sarapan nasi dagang dengan gulai kepala ikan tongkol. Harap2 jangan n gantuk dah le... :)

    BalasPadam
  8. Kak zan cukup kagum dengan ibu2 yg gigih menyediakan makanan dgn tangan sendiri ni...kalau kak zan..nak roti canai? Depan rumah ada gerai dia..mat, roti canai 5!..Siap kak!

    BalasPadam
  9. Rajinnya haii..nape tk beli je..heheh..tp demi ank,,apa saja sanggup kan...

    BalasPadam
  10. Salam rai..

    untungnya anak-anak ada ibu yang rajin.. semuanya boleh buat sendiri.. mak akak dulu pun rajin buat roti canai sendiri.. tapi skrg ni kami membeli aje.. he..he..

    BalasPadam
  11. Ya Allah! Rajin dan pandainya Rai buat! Tabik lah. Bkn senang tu nak uli manual.

    geleng kepala tengok Rai super rajin walaupun berbadan dua..:)

    BalasPadam
  12. roti dan ayam goreng kunyit
    2hari dah aku ulang tayang menu bekfes ni.hehe

    nanti aku nak try la roti canai ko tu..mcm sedap je

    BalasPadam
  13. serius jeles nampak cantik je hasil roti canai Rai...even berbadan dua masih larat nak uli 1kg tepung..saya ni baru sakit tangan dah sibuk nak berehat dari memasak..hihihi

    BalasPadam
  14. kak kamsiah,
    sibuk menguli..kuahnya tadak..diorang makan cicah gula je.. hahaha..

    missina,
    bak kata orang..sayang anak punya pasal..hehehe..

    BalasPadam
  15. sedap nampaknya......mmg nampak kerangupannya ....

    BalasPadam
  16. pergh... hebat la tu kalau boleh uli roti canai snd. hehehe...

    BalasPadam
  17. roti canai buat sendiri dari 1st step? bukan senang nak wat tu.. bese pergi kedai, beli roti canai segera.. masak habis cite.. huu

    BalasPadam
  18. Ya Allah..roti canai tuh..susah la bg yaya nak buat..hehe
    Anak yaya kalau nak makan siap belek buku resepi..kalau dah dia tunjuk gambar tu mmg dia claim jugak..

    BalasPadam
  19. saya dh try buat guna resepi rai.. tp xjd... hahahaa... sbb xreti nak uli... jd cam lempeng... kene gelak je dgn hubby.. hehheh

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^