Selasa

Setahun lagi

Assalamualaikum

Tetiba hari ni glamer kejap kat FB kan. Timeline penuh dengan ucapan selamat. Hehehe.

Umur da bertambah setahun lagi. Badan masih saiz budak sekolah. Anak masuk tiga. Amalan masih terlalu sikit. Apa lagi bekalan untuk bawak dan bekalan untuk ditinggalkan kalau tiba tiba dipanggil mengadapNya.

Alhamdulillah. Masih lagi boleh bernafas menikmati hidup kan. :D

Alhamdulillah hidup aku dikelilingi orang orang yang penyayang.

Alhamdulillah pendirian aku masih teguh dan insya allah walau apa pun cabaran yang datang aku tak berputus asa untuk capai apa yang aku inginkan dalam hidup.

Pada tarikh ni, setahun yang akan datang.. Aku harap aku tak duduk dah di kerusi ni. Dah cukup lama rasanya memanaskan kerusi yang sama. Dikelilingi orang orang yang sama dan suasana yang sama. Dah sampai masanya untuk maju ke depan.

Hari ni.. shujin belum wish birthday aku :P

Aku rasa dia ingat. Tapi dia buat tak ingat. Kalau tak ingat pun takpe. Cuma satu lagi tarikh. Aku bukan nak mintak apa-apa.

....Tapi kalau dia nak belikan Donat kat Big Apple, stadium shah alam aku tadahkan.

Simple je kan hadiah birthday aku.

Dasar kuat makan :P

Pengumuman : 
(1) Bagi yang berminat  untuk mengikuti kelas facial dan make up, peluang masih dibuka. Untuk perhatian, kelas ni bukan untuk tujuan make up beria macam tepung gomak atau macam retis sebab aku pun tak suka. Kelas facial adalah untuk belajar cara-cara penjagaan muka bagi kulit normal, kering, berminyak atau sensitif. Mengawal dan merawat jerawat dan pigmentasi pada kulit. Bagi kelas make up pula, ianya adalah untuk belajar cara mengenakan make up mengikut event. Kalau nak keluar ke pasar takkan kita nak tepek bedak macam hantu cina kan. Hehehe. Bak kata orang less is more. Nampak macam natural beauty gitu..

(2) Program Kaching$$ insya allah akan launch esok. Mungkin ada yang belum sempurna, tapi aku nak launch sebelum masuk bulan 11 supaya boleh dapatkan feedback awal sebelum mula 2013. 

Daa

22 ulasan:

  1. hepii besday zai..semoga dipanjangkan umur,murah rezeki...semoga tercapai segala hajat dan impian,insyaALLAH..amin.

    BalasPadam
  2. hepi belated besday mak muda (yg lahir 1983) tuuu.. ehhEEee

    psst. wak jugak yg X glemer uoolss.. kekekk

    BalasPadam
  3. lama ko cuti..igt dah lupa kat kami disini ;)

    BalasPadam
  4. Selamat hari ulangtahun kelahiran Rai.

    Kakcik doakan segala yang terbaik buatmu. :)

    Kita tak 'friend' kat FB ek? :(

    BalasPadam
  5. selamat ulang tahun kelahiran rai..
    Bisnes jgn tak berbisnes..semoga maju jaya

    BalasPadam
  6. Happy besday Rai, Takkan Donut Big Apple je Rai, ngidam ke?

    BalasPadam
  7. Semoga terus dilimpahi kebahagiaan dan rezeki yang tidak bertepi, Rai. Happy Birthday.

    BalasPadam
  8. Selamat ulangthaun kelahiran Rai.. masih panjang perjalanan hidup yg perlu diteruskan. Moga impian akan terlaksana.

    Dapat hadiah donut akan lebih bermakna kalau ianya diberi kerana birthday - nikmatnya lain..

    BalasPadam
  9. 御誕生日おめでとう rai..semoga doa2 dimakbulkan :)

    BalasPadam
  10. selamat hari lahir ye rai, kita dlm bulan yg sama yek ! moga pjg umur murah rezki dan diberikan kesihatan yang baik serta kekal bahagia selamanyer !

    BalasPadam
  11. akak! hepi bday! smoga makin murah rezeki akak dan anak2 ye... :)

    yum3...big apple! my fvrite!


    *psstt..apa tu pjek kaching????

    BalasPadam
  12. Happy Besday Rai..semoga segala impian akan dimakbulkan Allah.

    BalasPadam
  13. Happy bday kawan. Wow! Ade visi. Sy pun klu boleh tanak dah duduk atas kusi ni. Tak nak duduk atas kusi2 mane2 pun. Heheheh...

    BalasPadam
  14. hapy besday akk..moga bahagia di samping famili tersyg..
    akk wat klass jauh lh..klu dkt compom dya join !

    BalasPadam
  15. selamat hari lahir Rai...
    moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu....

    makan donut sedapnya.....

    BalasPadam
  16. hapi besday..smg murah rezeki n pjg umur.. dan semuga sentiasa dirahmati Allah

    BalasPadam
  17. ohoo..birthday awak eh.

    HAPPY BIRTHDAY RAI!! Moga dlm kasih syg Allah sentiasa.

    Rai comel mcm kakak saya, anak dah 5 pun org tak caya.

    BalasPadam
  18. Hepi besday...

    Dan hepi Kaching$$$$

    BalasPadam
  19. selamat hari lahir Rai..
    moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    BalasPadam
  20. Happy Birthday...eh, sama dgn besday anak saya la ni...30 Okt..:)

    Kelas make up & facial tu buat di mana dan bila? maybe nak suruh wife saya attend..

    BalasPadam
  21. happy belated birthday kak rai! wahh siap buat kelas lg bestnya kalau boleh join

    BalasPadam
  22. org lelaki ni kadang2 ingat. kadang2 tak. this year husben wish lambat sbb tertido. biasanya dia suka jadi org pertama wish..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^