Isnin

Pain à l'ail et la soupe aux champignons

Assalamualaikum

Hoyeah.. Baru buat french bread aku da boleh cakap peranchis. Kakaka.. Alkisahnya, balik dari makan Pizza Hut kat Sunway Convention Center arit, Aqil dengan shujin tak puas makan garlic bread dengan mushroom soup. Sama naik dedua request aku buat garlic bread pulak.

Gugel gugel. Nak buat garlic bread yang sedap ni kenalah guna french bread kan.

Sabtu malam tu aku start menguli lepas maghrib. 

Rupa sebelum masuk oven

Keluar dari oven
Rupanya tak berapa cun sangat sebab aku letak sikit je butter atas dia. Tapi shujin puji lah kata luarnya tu rangup krup krup tapi dalam lembut macam buat kat kedai. Ye lah. Maunya tak encik shujin. Tumbuh muscle aku mengulinya. Nak membuatnya takde la susah kot. Cuma leceh dan time consuming. Total aku ambik masa nak buat ni 4 jam lebih kot. Sebab nak bagi dia naik kali pertama tu je dah 2 jam. 

Okey lah. Boleh buat lagi lain kali. Damia dengan Aqil pun suka. Masa siap ni da pukul 1 lebih. So aku buat garlic breadnya untuk sarapan pagi. Spread pun buat sendiri.
Creamy mushroom soup aku
Mula mula tak berapa menjadi sebab tak creamy. Resepi yang aku guna tu takde letak susu atau cream. Paginya baru aku alter tambah butter, tepung gandum dan sikit susu nak bagi creamy. Sedap macam mushroom pizza hut kata shujin (kembang kuncop dah lobang hidung bini dia nih kena puji gitu..hahaha) Cuma terlebih letak black pepper. Okeh. Noted encik shujin!
Dua ringgit
Petang Sabtu bawak bebudak ni jalan tengok kedai kucing sebab hujan nak bawak main basikal pun. Dapat dua ringgit pekerja 7E berbangsa Nepal bagi. Dia tak puas hati sebab aku tak bagi dia guna duit tu nak beli kucing kat kedai pet. Tengok muka budak tak puas hati. Hahaha..
Damia gediks
Sejak tengok anime jepun Ichigo Mashimaro ni asyik nak pilih baju sendiri je. Tensi je aku bila dia pilih baju tak sesuai dengan event. Lepas tu melalak macam kena pukul. Kalau nak ambik gambar comel comel mesti nak posing gini. Ya. Aku yang ngajar. Dan sekarang aku tengah pikir macam mana nak ubah posing dia tu. :P

Sekian laporan aktiviti hujung minggu aku.

Nota kaki : Pain à l'ail et la soupe aux champignons maksudnya garlic bread and mushroom soup, aku guna google translate. Tah ye tah tak.. Hahahah

Daa

18 ulasan:

  1. wah hebat tu rai... ikan salai dlm n3 tu en hubby beli dari Indonesia... dulu2 ada juga wat sendiri la ni pulun beli je

    BalasPadam
  2. Malam minggu tuari kakcik makan galic bread and mushroom soup - tapi dari dapur kedai makan! ;-)

    BalasPadam
  3. mak wat delivery order takks.. wak nak order 2 jerr... ehhheeEE

    BalasPadam
  4. Gile! Gile! Sy cemburu. Klu mcm ni gaya, sy pun nak belaja bt roti!!! Tapi klu nak bt roti, kena ade mixer canggih kot? Sy tak larat nak menguli dgn tangan sesaje....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum rai...sedapnya bila tengok...:)

    BalasPadam
  6. as salam,
    mushroom soup kat pizza mmg sedap..tp jarang2 sekali saya dpt makan..rakyat marhaen lah katakan :)

    BalasPadam
  7. yang paling best tu dia punya posing style2 aninme...haiii...ada bakat nieh:)

    rajinnya menguli...kalau sha bukan je tak jadi rupa roti, baling2 sure dinding pon boleh roboh:)

    good job~!

    BalasPadam
  8. hebatnya ko buat roti mcm ni...part sampai 4 jam lebih tu buat aku lemah dgr...ekekek...

    janji hasil dia best, suami suka...

    yg penting anak2 ko comel2 belaka...

    BalasPadam
  9. lama gila tak meroti, tgk roti Rai teringin nak meroti jugak tapi projek buat kek dulu, asyik bertangguh je dari minggu lepas ngan alasan cheese tak dikeluarkan terlebih dahulu so tangguh dari sehari ke sehari dgn alasan yg sama..

    BalasPadam
  10. Mak aiii...rajinnye ibunda sorang ni...dgn perut semakin membuncit pun masih gigih uli roti...tabik lah Rai!! :)

    BalasPadam
  11. Kakak buat roti memang fail Rai. Org buat gebus-gebas kakak punya mesti tak menggebu.

    pss: anak dara gedik tapi kakak suka tengok:)

    BalasPadam
  12. hebat..akak sebelah aku ni ada ajar buat mushoroom soup cuma aku je pemalas nak buat.hehe

    BalasPadam
  13. apa lagi rai... bagi la resepi. boleh la sama2 tambah muscle. hehehe...

    BalasPadam
  14. pernah wat roti sendiri mase kem ape ntah.. nasib jadi.. comel nye budak 2 orang tu.. ^__^

    BalasPadam
  15. hihii tapi mmg comel betoi pun posing camtu :-)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^