Khamis

Negaraaa ku

Assalamualaikum

Terbitnya entry ni adalah kerana terbaca entry catatan dari Deutschland ni.

Nak bagitau dulu. Ini adalah aku punya personal opinion. Dan seperti biasa. Aku tak kata aku betul. Atau orang lain salah. An opinion is just an opinion kan.

Kadang-kadang aku rasa susahnya hidup kat Malaysia ni sebagai muslim. It is easier when I was in the country where their official religion is not Islam.

Aku tau memang tak patut compare compare ni kan. Tapi risau dengan masa depan anak-anak.

Sepanjang hidup aku selama hampir nak masuk tiga siri ni, cuma 1/10 atau 10% dari umur aku, aku spend kat negara lain. Tapi itu lah kesan yang paling mendalam dalam diri aku. Baaaanyaakkkk sangat benda yang aku belajar dari sana, dan dari mereka.

Memang susah hidup kat sana sebab budaya diorang berbeza. Pernah aku jalan kat area kampung kampung sikit diorang pelik, tengok aku macam tengok alien sebab aku pakai tudung.

Sungguh pun macam tu, aku tak ada masalah nak praktis segala kewajipan sebagai muslim. Kena pandai pandai je la kan. Di tempat yang muslim bukan satu agama yang dominan, garis  antara halal dan haram lebih jelas.

Orang kata makanan halal kat sana susah nak cari. Tapi pada aku, halal kat sana aku lagi yakin. Tak adalah. Hari ni halal. Ada tanda halal bagai. Esok lusa rumors kata haram. Lepas tu ada press conference kata halal. Kat paper kata tak halal. Tapi tak sebut brand apa. Yang da termakan tak tau dok makannnlaa dengan tak tau.

Bila ada yang tak tutup aurat pakai seksi meksi. Kalau anak aku tanya nanti, senang aku nak jawab. Diorang tu bukan Islam. Tak ada kewajipan nak menutup aurat. Tapi kat sini. Kaburrr.. Muslim tapi gaya hidup, cara berpakaian tak macam muslim. Cara pakaian macam muslim, bila bercakap macam longkang. Pun ramai..Kalau yang dah besar faham la jugak kan.. Yang anak kecil ni?

Selalu kitorang berbual sesama kita. Rakyat negara macam Jepun tu. Kalau balik pada Islam, dia tak ada masalah pun. Sebab diorang da jalankan kehidupan yang disarankan oleh Islam. Kecuali minum arak dengan makan babi je la kan. Maybe seks bebas. Dari segi disiplin, tepati masa, cara bekerja. Semua da macam yang Islam suruh.

Even kalau tengok macam mana dia menghormati orang dan hak orang lain pun sangat hebat. Dari pemimpin sampai la ke rakyat.

Susah bagi aku tak membandingkan benda macam ni. Kita ada Islam sebagai panduan. Diorang tu agama pun tak ada. Tapi kenapa diorang boleh lakukan perkara macam tu. Tapi tak kat negara kita.

Benda macam ni sangat bothers aku. Ye la. Aku tau nanti ada la yang kata. Syukur la negara kita aman. Takde perang. Takde semangat patriotik dan cintakan negara bagai.

Alaa.. seriously. Aku tak rasa negara aku sayangkan aku pun. Lately. Apa berita baik yang kita dapat? Belanjawan? Bak kata Fara, dapat lollipop je. Tu pun bukan semua.

Lepas dapat lollipop. Tak tunggu esok. Gula naik, letrik naik, minyak dah lama naik. Padahal gula tu stok masa subsidi belum potong. Keselamatan tak tentu hala. Ada orang kata nak ubah. Ada yang takut nak ubah sebab tak tau lagi.

Pada aku mudah je. Skang ni duk dalam tong taik. Kalau takut nak keluar dari tong taik sebab takut tong taik sebelah lagi busuk baunya duduk la dalam tu. Tapi, belum tentu lagi tong sebelah tu tong taik. Mana tau tong bunga. Tak tau kalau tak cuba.

Allah da pesan. Allah takkan ubah nasib kaumnya melainkan diorang berubah sendiri.

Mungkin ada orang yang rasa sekarang ni bukan dok dalam tong taik sebab dapat lollipop. Hak masing masing.

Cuma. Aku risaukan masa depan anak-anak. Apa apa jadi kat keluarga aku, siapa peduli. Kalau heboh sehari dua dalam paper ke apa. Heboh la kejap. Lepas tu orang lupa la. Semua orang ada tanggungjawab masing-masing.

Nota kaki : Seronok ada blog kan. Sat gi ada satu lagi siri luahan perasaan. Kalau nyampah minta maaf le..

Daa

17 ulasan:

  1. x nyampah pn..suke baca setiap kali enrty akk tau..

    BalasPadam
  2. Kakcik suka baca luahan terus terang Rai. Kalau kita tulis secara sinis (macam yang selalu kakcik buat) tak ramai yang faham pun...

    BalasPadam
  3. sy pon suka baca entry kak rai..tak sabar nk tunggu next entry...

    BalasPadam
  4. suka baca luahan hati kengkawan blogger tapi yg empunya diri tidak pandai meluahkan perasaan sendiri!

    BalasPadam
  5. assalamualaikum rai...luahan hati yg terus terangkan...:)

    BalasPadam
  6. teruskan luahan anda kak rai hehe.. dun wuri.. tappi tang kisah lollipop tu mmg betulnya pun..cam kata kawan saya...

    "X mampu pki keta? Naik la bas... X mampu beli rumah? Tumpang la rumah mak bapak... Gula naik harga? Korang bukan guna gula sekilo wat secawan kopi... Petrol naik harga? Mujur masih rendah berbanding negara jiran... Menteri berbelanja besar utk kenduri kawen? Biar le...bkn guna duit korang pun... Begitulah murninya pemikiran rakyat mlaysia...para menteri patut bersyukur dpt rakyat seperti kami....asal negara aman dah la...rumah kena pecah,anak kena bunuh pun lantak la......"

    BalasPadam
  7. Bak kata suami, harga gula naik doposen... dah dapat balikmodal duit brim ka, itu, ini, masuk kocek balik.
    Kdg ada juga timbul ketidak puasan hati tu. Nampk je maju tp masih byk rakyat yg terabai, part nk bantu tu pun main pilih2... boleh?

    BalasPadam
  8. Di sini, halal tu maknanya kena ada cop halal JAKIM aja tau...cop halal dari australia ke, new zealand ke, tak halal! hahaha

    " Ku lihat Islam di Barat "

    BalasPadam
  9. betul tu Rai..setuju sangat...kadangkala kita sendiri dah tak terluah nak berkata-kata jadi adalah lebih baik jika kita meluahkanya di sini..bukan ke blog itu jurnal kita..jadi apa pun nak cerita up to kita juga kan...

    BalasPadam
  10. owh...k'rai...hmpir semua yg k'rai pointed out tu sgt sy setujui ( betul x prkataan ni) ..ahahah!!!hrmmmm...nti akan sy follow up next entry akak,eh..yg penting sy second ..second sgt2 :)

    BalasPadam
  11. Otak dah tepu hari-hari duduk bawah tempurung mana nak nampak kat luar org dah rancak ke sana-sini. Tak tahu dalam kegelapan malam ada cahaya di sebalik bulan yang terang.

    BalasPadam
  12. negara luar lebih menghormati agama Islam.. dia tgk kita bertudung sebab pelik tp still dia masih hormat pada kita kan

    BalasPadam
  13. huuuu x tau nak komen apa..cume bole kata,dah makin teruk m'sia ni huuu...

    BalasPadam
  14. jgn ckp lbh2... bahaya. hahaha...

    BalasPadam
  15. salam kenal. dah prasan lama rai suka komen kat blog saya, tp bila saya klik kat nama rai, kuar gugel+. sbb tak pandai gugel+ so tak tau rupanya tu link pada entri rai. skarang dah tau yeee..
    btw time kasih kerana sama pendapat. kritik bukan bermaksud benci. hanya mahukan yg lebih baik..kan? hehehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^