Assalamualaikum
Bukan nak meriak nak membanding dengan anak sesiapa. Jauh sekali nak membanding antara dua beradik ni. Pemerhatian aku, Aqil dengan Damia perkembangannya berbeza. Aqil lebih ikut macam shujin, kreatif dan suka mencipta. Manakala Damia lebih macam aku, suka membaca dan mengingat benda.
Muhammad Aqil Mubarak
4 tahun
- Bercakap tak pelat tapi ada sikit sikit masalah nak menyebut perkataan yang start dengan suku kata "k". Contohnya kereta. Dia akan sebut keketa (ke sebutan bagi kelapa, ke tu sebutan bagi kesah yg ada aku kesah tu..)
- Cepat mahir dalam bermain game (tablet, psp)
- Dapat tangkap tone dan rhythm dengan baik. Kalau tengok cerita yang ada music, dia akan tau tu lagu untuk cerita apa bila shujin bagi dengar lagu. Kadang-kadang dia nyanyi kan kat aku. Tapi mak dia tone deaf. Memang tak pikap T_T
- Kreatif, imaginasi tinggi. Dah boleh cipta macam-macam dengan lego yang kitorang belikan untuk birthday dia yang lepas. Kalau sebelum ni nak buat kapal terbang ke kereta ke, mesti nak kena shujin buat. Sekarang dah boleh buat sendiri. Cuma kadang-kadang kureng sabar sikit bila lego tu payah nak lekat.
- Bercakap saangattt banyak sampai dah nak tidur pun duk bercakap tak renti. Pengsan mak dia nak melayan.
- Abang yang sangat penyayang. Dan kadang-kadang datang kat aku nak cium perut. Hehehe. Siap bawak tali bekas air dia untuk pura pura jadi doktor. Tanya aku sakit kat mana.
Nurul Atiqah Damia
-Masih berdiapers sebab aku masih agak bercinta nak bergaduh dengan mop kalau dia terbocor. Tapi, kalau nak yak da pandai mintak nak yak kat toilet macam abang. Dan kadang kadang saja saja suka dia konon nak kencing kat toilet walau pun boleh kencing kat diapers. Aku ingat nak cari training pants bagi dia pakai. So at least kalau terbabas sekali tu takde la bocor terus kan. Tau kat mana yang jual murah murah?
- Very good at memorizing - 2-3 kali je ajar dia baca doa makan. Now da boleh baca dengan lancar walau pun ada yang sebutannya kurang tepat. Dah ingat nama penuh aku, nama sendiri dia sebut Atiqah Manya, nama abang Aqil Mubarak, tapi nama shujin kena remind sikit nama depannya. Hehehe.
- Ada orang kata degil. Tapi aku lebih suka panggil dia persistence. Kalau nak apa-apa. Dia akan melalak sampai orang lain fed up. Tapi kalau dengan ibu dia, nak lawan degil ngan aku memang payah la sikit. Kadang-kadang pening jugak shujin menengokkan dua beranak ni berlawan siapa lagi persistence. Wajib mak dia yang menang kan. Patut ke aku bangga? ceitt..
- Suka membaca. Tak suruh pun kadang-kadang duk saja dia ambik buku belek belek.
Dari segi sifat, ikut pemerhatian aku Damia sebenarnya banyak ikut perangai shujin. Suka menyakat, bergurau. Tapi pantang kena tegur. Garang! Abang dia pun dia lepuk selamba je. Abang penyabar sikit, kalau adik lepuk pun dia tak balas. Dia nasihat dulu. Tak makan nasihat nanti dia mintak aku rotan adik :P Bukan aku kata ikut perangai aku la. Hehehe. Tapi Aqil sebagai abang, aku yakin dia boleh bimbing adik-adik dia kelak. Ciri-ciri tu dah ada. Insya allah.
So far yang aku ingat lah yang ini. Aqil dah nak sangat pergi sekolah sebab selalu tengok Upin Ipin tu. Aku belum habis fikir lagi. Aku da start asingkan jugak diorang tidur. As preparation nanti nak menyambut orang baru. Tapi kadang-kadang masing-masing still suka tido bawah ketiak ibunya juga. Lagi-lagi sejak aku da start ke kelas balik bila hari Jumaat. Sampai aku nak pergi kerja pun masing masing duk pujuk tak payah pergi kerja.
Ibu pun kalau dapat taknak pegi kerja anak-anak. Tapi ekonomi belum mengizinkan. Doa lah semoga ibu dengan ayah lebih maju.
Gambar lama |
Daa
comel aje kan mereka berdua tuh...
BalasPadamAqil ambo lak masih lom nampak dia bleh protect adik, sebab abg ada 'lembik' sikit huhuhu.. adik biasa la lebih kasar, hehe...
training pants? nak cari gak la...hihi
Anak lelaki kakak tak ariflah Rai. Tapi kalau anak perempuan memang dari kecik suka buku. Bila dah pandai baca lagilah buku cerita apa pun semua akan di baca walau berulang-ulang (based on anak kakaklah nie) tapi itulah masalah kakak baca buku pelajaran asyik kena pantau (harap Damia tak macam anak kakak).
BalasPadamAqil lebih defensive mungkin sebab dia abang.
sweetnya aqil dtg cium perut...sejuk je hati rasa...hihi..
BalasPadam*akak, ada amik ape2 supplement tmbhn masa preggy tak? utk pkembangan otak bayi ke ape ke..suggest ckit :)
anak kedua saya beralah orgnya. yang sulung dominan. yang kecik paling manja. adehhh...
BalasPadamAnak-anak saya banyak ikut ciri-ciri abahnya...
BalasPadameh, ada training pants ke?.. saya xtau pun.. mcm best je
BalasPadambudak 4 taun memang kuat ckp kot zai...time aku semputla kesian,x larat nak jawab "danisha,mama semputla..x leh cakap" hahaa
BalasPadamassalamualaikum rai...seronoknya dpt tengok anak2 membesar di depan mata kita sendiri...:)
BalasPadamdua beradik yg sangaaatt comel & cerdik ni... missing u all oredi.. nanti jumpa lagi ya.. jgn la serik jumpa kita ni.. wakakakakaaaa...
BalasPadambetul tu 3 anak2 KA semuanyer punye perkembangan yg bebeza. Budak2 x degil & jahat mana, mereka selalunyer nakal !
BalasPadam