Rabu

Kecaman terhadap yang mengecam

Assalamualaikum

Ramai yang mengecam seorang ahli politik bukan Islam bila dia mengatakan bahawa bantahan terhadap filem innocence of muslim adalah membuang masa dan tenaga. Siap ada buat police report.

(Tak paham aku zaman sekarang ni. Sikit sikit report polis. Macam lah polis tu takde kerja sangat. Sebab tu agaknya penyangak berleluasa kat Malaysia ni. Jenis benda macam ni pun polis nak kena dulukan. Lepas tu bila masanya nak kawal keamanan..hishh!)

To tell the truth. Aku rasa aku agak bersetuju dengan pendapat orang ni.

Bantahan terhadap Google dan Youtube oleh umat Islam seluruh dunia pun tak membuatkan Google delete filem tu. Malah. Bila semua orang memblog dan membicarakan pasal bantahan dan kecaman ni. Makin banyak publisiti FREE yang dia dapat.

Ye lah. Kecam. Bantah.

Apa untungnya kita? Supaya orang nampak kita peduli?

Aku tak tengok. Shujin kata cerita tu memang nampak sangat pengarahnya immatured dan anasir benci Islam dan Rasulullah. Aku yakin tujuannya memang nak buat orang Islam marah. Kalau kita rasa marah dan guna kekerasan maka jadilah kita bahan ketawa mereka. Apa lagi kalau sampai merusuh dan melakukan keganasan. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni agama yang suka tak aman. Nak ke macam tu? Islam agama Allah. Ia akan sentiasa dipelihara oleh Allah. Tapi bukanlah bermaksud kita tak perlu pertahankan Islam.

Tapi dalam hal ni. Pada aku lebih kepada sia-sia.

Banyak lagi perkara yang dalam lingkungan tanggungjawab kita yang kita lepas pandang.

Macam industri filem Malaysia sendiri. Masalah remaja kita sendiri.

Bila sebut macam ni. Ramai lah menikus gamaknya. Pak Menteri pun senyap. Yang lembaga lembaga tapis pun tak buat apa. Ulamak ulamak pun takut nak bersuara. Takut kalau hilang punca pendapatan.

Yang ni takde pulak terang terangan memboikot. 

Tak ke cam haram tu? So kat mana yang nak mempertahankan Islam nya. Main pilih pilih bulu cam tu. Tak boleh la macam tu kan.

Ni macam kes nak selamatkan warga yang dok perang sana sini. Rakyat yang duk kebulur ni terbiar takde siapa pun peduli. Masuk tibi baru nak kecoh bantu sana sini. Tayang cek besar besar. Boleh blah la.

Nota kaki : kang ada pulak yang kecam aku ni :P

Daa

13 ulasan:

  1. ntah la dorang ni..kadang2 tak phm jugak...sekarang ni semua sebok nak repot bagai...lps tu nak rusuhan la ape lah...bkn la kite yg tak bt rusuhn ni sokong film tu..tp,jnji kite berpegang teguh dgn ajaranNya da la...

    BalasPadam
  2. May,
    bila merusuh tu yang tak bagus. menunjukkan orang islam ni nak menyelesaikan apa apa dengan cara kekerasan. mana boleh macam tu..

    BalasPadam
  3. grrrrr, aku pun geram...sikit2 report polis...adoi la....

    BalasPadam
  4. betul2..

    macam lah polis tu tak ada kerja lain

    cayalah Rai. tulisanmu mmg best...saya setuju

    BalasPadam
  5. sgt2 bersetuju dgn point2 rai tu

    BalasPadam
  6. Tul tu, tak de maknanya buat laporan polis tu, lebih baik buat filem yg gambarkan islam yang sebenar, docu tentang nabi muhammad ke, lama-lama akan ada yang terbuka mata nampak islam yang sebenarnya. Lebih baik highlight pendapat prof bukan islam yg memuji kepimpinan nabi dari duk kecam bagi promosi free kat filem tu

    BalasPadam
  7. pattern kat malaysia ni, sentap sikit..report polis..sentap sikit, report polis...konon nak tunjuk serious lah tu sentapnya..hahaha..

    Gi report polis pengarah2 melayu islam buat cerita memalukan islam..tu lebih afdal..

    BalasPadam
  8. aku tengok semalam kat u-tiub
    mmg itulah niat diorang,supaya umat islam mengamuk..jd bolehla diorang pakat kata umat islam adalah umat yg suka bergaduh dan suka kekejaman

    ada otak..fikirlah,zaman nabi dulu mcm2 org buat kat beliau tapi beliau takde pun nak balas dgn kejahatan

    BalasPadam
  9. samala pemikiran kita..

    mmg la kita patut marah dan bersuara, tapi tak perlu berlebihan sbb yg depan mata tak ikut ajaran Rasulullah s.a.w pun kita tak peduli. Yg jauh kita gaduhkan lebih2.

    *makin bersorak sipembuat filem berjaya huru harakan umat Islam!

    BalasPadam
  10. eB dok pelik np ramai yg bagi publisiti FREE kat org yg mmg nk porak perandakan umat islam...
    lagi la ramai yg rs nk tgk. :(

    BalasPadam
  11. apa yang u cakap tu betul
    kalau dia kata islam tu pengganas kita marah tapi kita sendiri yang pegi mengganas tu naper???
    patutnya kita jangan melatah, buat proper prosedur...
    tapi yagn mebantanh protes tu tengoklah orang apa??? dan negeri mana???
    aahh sedih....

    apsallaa dengki sangat dengan islam ni? apasallah dengki sangat dgn nabi muhammad ni??

    BalasPadam
  12. kalau betul sayang nabi muhammad cuba kaji perangai dan tingkahlaku dia..

    cuba baca Biografi Agung Rasulullah yang boleh didapati di MPH berharga RM65.00

    BalasPadam
  13. kecam... kejam... tak tgk jugak tp rasanya mmg dia orang nak kita umat Islam ni marah. bila ada bantahan sampai hilang nyawa baru la dia orang betul kan umat Islam ni terrorist. sikit2 nak bunuh org.

    p/s: komen banyak2 pasal industri filem kita ni pun tak guna jugak. jawapan cliche: "Saya terima tawaran sebab skrip dia bagus. Bla... bla... bla..." yang lain pulak kata: "Mana ada adegan lucah. Ikut sunnah je." poyo nak mamps je jawapan macam tu kan?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^