Jumaat

Ebi furai

Assalamualaikum

Ebi furai ni dah lama dah aku buat. Malas malas gedik aku nak mengupload gambar. Ebi tu udang. Furai tu Fry dalam sebutan jepun :P

Udang besar besar ni adik ipar (adik shujin) belikan masa dia outstation kat Sabah. Dapat la 10 ekor dalam sekotak tu.

tu jari aku tu. Besar kan

Lepas dibuang kulit. Tinggalkan kulit kat ekor sikit je. Jangan lupa buang usus dia.
Yang belakang udang tu usus dia. Dalam usus tu ada ehem..korang pepaham la ye. Udang besar besar ni besar la ususnya. Agak yek kalau tak dibuang. Nak buang tu hiris sikit tulang belakangnya tu lepas tu korek keluar. Kalau udang kecik boleh guna pencungkil gigi je. Tak payah hiris belakang.

Konon nak bagi lurus (taknak cucuk guna lidi). So ikut tips just slice kat bahagian perut dia sikit lepas tu bengkokkan ke belakang supaya badannya lurus.

Nak goreng tu gaul dengan tepung gandum, lepas tu telur yang dipukul sikit. Akhir sekali golek dalam breadcrumb.
Tetap membengkok. Nasi tu guna beras jepun cap Nishiki
Aku rasa udang ni bengkok jugak sebab shujin goreng lama. Kalau goreng kejap takut tak masak kata dia. Takpe lah. Bengkok ke lurus ke boleh makan. Rasa sama je kan :P

Tartar sauce buat sendiri
Last minute baru aku terpikir nak buat tartar sauce. Bahan pun bidan terjun je. Patutnya ada telur rebus. Tapi aku skip. So bahan yang aku guna. Mayonis, bawang cincang, carrot yang sagat halus tu, cuka sikit, garam sikit, gula sikit. Shujin kata sedap.

kobis dan carrot yang diparut
Ada orang rasa cam lekat kat tekak sebab tak berkuah kan. Tapi aku suka je. Especially bila makan panas panas. Haih.. lapor...

Daa

20 ulasan:

  1. oishisou.tabetai..meh hulur ckett..heee

    BalasPadam
  2. Aduh Kak Rai.. Sedapnye nampak.. Nak sikit.......

    BalasPadam
  3. mmg sedap makan mc ni RAi!

    BalasPadam
  4. Nampak sangat Rai comel jari kecik je. Kakak dah nampak Rai kat N3 Acik Erna. Cuba udang banding dgn jari Shujin mesti besa tak sebesar jari Rai..

    Udang memang bengkok bila masak melainkan cucuk dgn lidi.

    BalasPadam
  5. assalam Rai..acik kalau dapat udang besar macam ni..masak lomak tempoyak le jadinya he he

    BalasPadam
  6. besar gile..
    sedap tu makan ngan nasi panas

    BalasPadam
  7. aduii..sedapnyaaa...rangup sudah passti..

    BalasPadam
  8. usus udang? yg hitam2 kat blkg tu ke? lorrr tak pnh buang la selama ni kak rai oiiiiiiiii~~~

    BalasPadam
  9. besaqnya udang..
    kat kuala selangor, sebesar tu lebih kurang rega dia RM48.00 sekilo... tapi tak taulah berapa ekoq boleh dapat... entah2 2 ekoq jer...

    BalasPadam
  10. salam kenal dr deutschland...bes udang goreng...lama dah tak dapat makan yg fresh huhuhu

    BalasPadam
  11. feveret qalesya "udang" hehehe


    salam kenal yer... ^_~

    BalasPadam
  12. sedapnyaa...terliur...udang besar2 pulak tuu...

    BalasPadam
  13. nihonjin makan wajib ada miso shiro harus tak melekat. hehe.. baru sat tenghari td mkn ebidon. sedap giler! :D

    BalasPadam
  14. yummy....sangat sedap kelihatan....rietta klu xde kuah..kicap pown dh kira ok...

    BalasPadam
  15. lihat gambar nasi, ayu tau keBESARan udang itu

    BalasPadam
  16. jauhnya Udang tu mai..

    psstt: kat sini, kalau nak makan udang chef hubby rajin g mancing..

    BalasPadam
  17. udang dr sana memang segar bugar... nak bawa balik udang dari sarawak pasni..

    BalasPadam
  18. mmg sedap kali mkn udang besar2 camgini.. puas makan.. br dpt rs isi.. hihi

    BalasPadam
  19. menarik.. one day, leh try resepi rai nih.. :)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^