Khamis

Kecik kecik dah stress

Assalamualaikum

Aku suka ambik The SUN hari Rabu. Aku memang suka paper the SUN ni. Tapi kalau hari Rabu aku especially suka sebab ada parenting guide punya section. Dalam section 2-3 muka tu ada beberapa topik dibincangkan. Minggu ni pasal homeworks, spanking, tips bagi anak makan sayur dan satu lagi tak ingat.

Main topik yang dibincangkan adalah pasal homework budak sekolah.
Macam dalam topik pasal let children be children sebelum ni. Topik kali ni pun membincangkan betapa pentingnya masa bermain bagi kanak-kanak. Zaman sekarang ni, pra sekolah pun cikgu bagi kerja rumah. Sampai ada parents yang complain kerja sekolah anak-anak mereka terlalu banyak. Ada jugak yang kata, kerja rumah budak budak sekolah ni orang dewasa je boleh selesaikan (sama ada terlalu susah atau terlalu banyak!)

Ramai parents zaman sekarang berlumba lumba nak anak belajar membaca seawal mungkin. Umur 2-3 tahun da ajar ABC dan mengira. Takpe lah. Tapi yang tak bestnya parents parents ni akan membandingkan kebijaksanaan dan mempertikaikan parents yang tak ajar anak diorang belajar membaca seawal usia tu.

So benda ni jadi trend. Masing-masing taknak malu kalau anak dia tak pandai recite ABC seawal usia 2-3 tahun. Dalam artikel ni ada menulis menurut satu kajian yang dijalankan oleh PISA ( Programme for International Student Asessment) pada tahun 2006 menunjukkan bahawa, pada usia 15 tahun, tak ada advantage bagi budak yang pandai membaca pada umur 5 tahun berbanding pada umur 7 tahun. Maksudnya, tak kisahla umur berapa pandai baca 5 tahun ke 7 tahun ke. Masa umur 15 tahun nanti, tak ada apa advantage pun pada budak yang pandai baca awal awal pun. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Tapi... Ada tapi. Ada banyak disadvantage (kekurangan) bagi budak yang tak cukup main masa usia mudanya. Budak yang dari kecik diajar atau fokus pada math dan literacy akan kurang dari segi creativity dan curiousity apabila mereka membesar. Bukan tu saja. Mereka ni akan ada masalah nak control diri dan emosi.

Mungkin tak heran jugak zaman sekarang banyak kes budak yang kecik kecik dah membuli, kecik kecik dah join geng ugut pukul sana sini. Masalah sosial makin teruk etc. Ini semua adalah result dari stress sebab tak cukup main. Sebab zaman sekarang ibu bapa berlumba lumba nak sekolahkan anak-anak seawal mungkin. Sistem sekolah pulak mementingkan pencapaian akedemik. Kalau ko tak pandai kat sekolah maka cikgu pun malas nak layan ko.

Aku pernah terbaca seorang guru tulis kat FB stress sebab ada budak yang datang sekolah tak pandai ABC. Mungkin nampak biasa. Dan dengar kata kerajaan nak cepatkan pulak anak-anak sekolah. Instead of start sekolah umur 7 tahun, pada masa depan anak-anak cucu kita maybe kena start sekolah pada usia 5 tahun.

Kesian...

Jadi mak bapak jangan dok penting air muka sendiri je. Fikirkan lah apa yang terbaik untuk anak-anak dan masa depan diorang juga.

Nota kaki : Dengar kata sistem pendidikan di Finland adalah yang terbaik di dunia, kenapa kita tak adopt je kaedah mereka?

Daa

21 ulasan:

  1. hehee..mcm tau je sapa cikgu tu kekekee....

    betul tu zai,aku x setuju dgn silibus stand 1 yg sgt advanced...cikgu stress,parent stress,lg kesian budak2 stress

    x salah kalau kite nak ajar anak kita awal2 tp dgn kaedah bermainla..sambil main sambil belajar....

    BalasPadam
  2. mas,
    aah..aku pregnant..(tiba2..hahaha)

    kalau tau dediam sudaa..hehehe.. :P

    dalam hal ni, aku tak sokong aku tak larang.pada aku setiap ibu bapa ada pandangan mereka masing masing. sebagai ibu aku paham that it is not right utk kata kaedah orang lain didik anak tu betul ke tidak ke. cuma aku share lah apa yang ditulis dalam artikel tu. maksud bermain yg artikel tu maksudkan bukan bermain yang kita control. tapi yang diorang decide. maybe kita boleh control dari segi apa yang anak2 boleh main. so dari situ diorang akan belajar. tapi at this stage kira macam tak sesuai sangat la nak ajar deep sangat dalam benda akedemik ni. kalau ajar dari segi creativity ke memang bagus utk perkembangan minda diorang.

    tapi seingat aku la kan. masa aku kecik dulu memang mak aku tak gaduh nak ajar aku apa2 pun. semua belajar bila da masuk sekolah.. cuma, kena disiplin dari segi masa makan, masa tidur. tengah hari tak boleh main kat luar..hehe..

    BalasPadam
  3. Actually akak setuju. Go with the flow anak2. Jangan push mereka sangat. Tapi anak akak tu, akak push juga seminggu sekali. One thing yang akak bersyukur, dia tinggal di kampung dengan atok nenek yang memberikan sistem pendidikan sama seperti yang akak terima. Petang jer, dia bebas kayuh basikal bermain dengan kawan2nya di serata kampung. And bila di sekolah, dia main juga..hahahahha. Tapi syukurlah dia cepat matang. Sedar diri bila nak belajar, bila nak main, apa usaha dia untuk achieve objective dia.

    Tapi memang nampak sangat dia yang stress dengan homework berlambak2 dan non-stop. Sampai dia demam every time nak exam sebab takut tak boleh kekalkan kecemerlangan.

    BalasPadam
  4. alamak...aku dah tanya kat fesbuk kekeke...sori zai =p

    x taula kaedah aku ni betul ke x kan...aku selalu belikan mainan yg berbentuk education..mcm block tp ada gambar abc...sambil die main,aku ckpla ni a..ni b...kalau main masak2,aku ajarla ni carrot..ni fish hahaha....kalau naik tangga suruh dia kira...tp aku ada baca,outdoor lg bagus ...mcm main beskal kat park..

    BalasPadam
  5. kak aziela,
    bagus anak2 membesar kat kampung ni kak..walau pun zaman berubah sebenarnya kaedah didikan tak jauh beza..mungkin lebih mencabar zaman skang ni..tapi pada pandangan saya elok adopt macam mana mak bapak kita didik kita dulu..

    mas,
    hehe..aku tak jawab lagi kat fb tu.. aku tak boleh access fb kat opis..huhu..ok la tu mas. aku pun banyak belikan lego, block bagai. initially aku tengok anak2 orang da pandai abc aku risau gak sbb aku takde ajar lagi pun abc ke. mengira pun sikit2 je..tapi tengok dia pandai buat kapal terbang la kereta la dengan lego tu.aku rasa ok kot utk umur dia skang. cuma aku terkilan. kitorang duk kat sini susah nak bawak dia pegi park selalu. aku balik keja pun da dekat nak maghrib. hujung minggu je la.

    BalasPadam
  6. part main tu i setuju...sbb terlalu advance mainan sekarang so budak2 kdg2 mls nk kembangkan otak dengan bermain..actually mainan mcm kita dulu2 tu lagi cepat otak dia bpikir cmpare dengan teknologi skarang..budak nagis je hulur ipad/tab..so pekembangan dia lebih pada IT jek...bdn tak berpeluh for me tak sihat le..tapi ni pndangan i jek..kang ada yg aku kena kang hehehehe...

    bab2 baca tu..saya hantar sarah ke kindy swasta..mula2 dia stress sbb ada kalangan kawan2 yg dah pndai bca...tapi i pujuk dia ckp sbb tu kena pgi sekolah sbb nk blajar..ada antara parent yg dah ajar awal2 knk2 tu...tapi i mmg tak paksa..bab homework tu i amik positif..sbb smbil buat tu ala2 ulangkaji tuk dia hehehehe

    BalasPadam
  7. hmm pesanan yg bgus utk sy bila nk mendidik ank nti :)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum rai...sebagai mak bapa terpaksalah fikirkan mana satu cara yg elok untuk anak2 mereka...:)

    BalasPadam
  9. betul tu rai, KA setuju but as a parent kita kena pantau dan guide anak2 bukan memaksa hingga anak2 stress kan

    BalasPadam
  10. setuju dengan artikel itu, tp tulah bila tgk anak orang lain semua kecik2 dah pandai, kita mak bapak yg risau. Akak mmg jenis pentingkan juga belajar dari kecik tu, tp suami suka biar ikut flow. Dulu kadang stress juga, tp skrg biar je, tak mahu paksa mereka sangat. Asal mereka tak lupa terus.

    Kalau pasal main petang2, rasa anak2 akak dgn anak jiran sebelah rumah ni je yg mmg hari2 keluar main basikal, lari sana sini dekat tamn, anak orang lain semua duduk dlm rumah je. Kadang risau juga, sbb anak kita sampai ke taman sebelah, gi lalu kws kelapa sawit belakang taman tu, kita nak tegah takut jadi apa2, tp suami selalu kata, biar je mereka, asal pesan selalu jangan lama2 dan jauh2 sangat. Kalau nak berlaku apa2 depan mata kita pun boleh berlaku, cuma hati akak ni mmg selalu takut juga. Tp sbb ada kawannya anak jiran akak sebelah tu, akak kuatkan hati. Dulu mmg akak marah sangat sbb asyik nak keluar rumah je bila petang, skrg ni mereka sendiri pun dah tahu tak perlu main jauh sangat, asal mereka dpt main.

    BalasPadam
  11. Pada kakaklah Rai nak mula sekolah awal tu tak kisah tapi cara kena ada. Macam di London tu mereka pergi sekolah lenggang-kangkung. Sampai sekolah main-main dgn lego-puzzle, warna-warna lepas tu balik. Tak ada homework. Besar sikit pun sama bawa buku macam anak kita sekolah agama beberapa keping je... homework pun jaaaarang sangat.

    Lagi besar dah remaja boleh pilih mana dia suka dan ini biasa menjurus pada kerjaya mereka kelak. Yg suka motor, solek, masak-masak semua ada...

    Kesian anak-anak kita kan..

    BalasPadam
  12. semuanya orang komen panjang2 kak :(

    pada pendapat syieda, biarkan anak kita bermain mengikut kehendak mereka. sebab disitu diorang akan pelajari pelbagai benda baru. tak usahlah kita mengejar air muka. sebab takut nanti anak-anak akan stress :(

    *syieda pernah tengok sesorang tu, dia marah anak dia sebab dapat markah 96. kesian budak tu.

    BalasPadam
  13. Mujur..saya bkn bdk yg stress dolu2. Mak yg stress marah saya asik main mcm2..cari labah2, main ank patung kertas..

    *dgrnya kerajaan nk jlnkn kajian smula sistem pndidikan negara. org awam pun dijmput hadir utk beri pndpt. tapi tak psti bila & di mana.

    BalasPadam
  14. sy tak paksa pun anak2 , cam Safiyya awal-awal masuk sekolah pra abc pun tak kenal lagi , budak lain dah lancar baca abc dia terangkak-rangkak, tapi sekarang dia paling cepat pandai mengeja dari budak lain. Tu pun cikgu tak tumpu mana sbb baru 5 tahun kan next year setahun lg nak hadap duk kat pra yg sama

    BalasPadam
  15. masuk sekolah umur 5 tahun?pehh..tak lepas botol susu lagi tuh..alahai..

    nak google education kat finland..:)

    BalasPadam
  16. macam-macam cara org ajar anak. mana yg ok kita ikut. mana yg kita rasa tak ok dan macam kejam, xyahla ikut.
    tang 5 tahun start sekolah betul tu sy tak setuju la..biarla maintan 7 tahun.

    BalasPadam
  17. setuju Rai. Kita dulu2 belajar kat sekolah aje. Mak pak tak kisah sangat janji tak dpt nombor last hahaha..
    Aqil masih tak pandai lagi abc. 123 tu ada juga lubang2 nya, ckp pun masih pelat. Tp sgt bersyukur even mcm tu dia dah potpetpotpet mcm mak dia jugak hahaha.. masa umur 2thn dia seorg yg diam! tak pandai bercakap...

    Oh bab cikgu stress tu mmg betul! Ada kwn sendiri pun suruh aqil masuk sek awal, jgn susahkan cikgu! hurmmmm...

    BalasPadam
  18. setuju sesangat .. akakpun kadang2 terikut2 gak.. maalumler anak kita kurang sikit muleler melalut isyh apa tak kena anak akuni..
    tapi tuler selalunya terfikir balik yang penting dia boleh bawak diri dia masa dewasa.. ramai gak kawan akak yang masa belajar hebat tapi bila dah tua2ni tengok yang tak berapa terror dulu2 dah ada phd pun..
    yang baguihnyer tempat tinggal akakni macam kat kampung sikit, ramai lagi budak main2.. kat taman penuh ngan budak2, malam2 ramai lagi main bunga api, petang2 ramai yang main keluar peluh.. so takler terperuk sangat budak2ni..
    akak memang tak kasi sangat main komputerni tapi kdg kesian lak sebab bila sepupu sepapat bergather, anak2 orang lain advance giler komputer ni anak akak biasa2jerler...
    takperler kot... janji dianak belajar dan dalam masa sama seronok dengan dunia kanak2nyer...

    BalasPadam
  19. saya yg stress agaknya. balik msia ank2 tak pandai mcm ank org lain yg umur 4 tahun dah terer gile membaca. tp saya bangga ank saya dpt pendidikan kat sini yg mmg sgt enjoy masa dia kecik. takde paksa2 belajar tp belajar hidup berdikari. hmm.. balik nnti pandai2 la 'paksa' anak2 terima sistem education kat msia tu. huhu..

    BalasPadam
  20. kena tanya menteri pembelajaran la. mmg galakkan anak2 bermain. tak nak la paksa2 sangat. biarlah ada orang cakap hantar anak sekolah tapi tak pandai baca lagi ke? reason saya sent anak sekolah awal sebab nak dia belajar berkawan. tak nak dia terperap je dgn cousins dia. at least kat sekolah dia jumpa ramai kawan.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^