Assalamualaikum
Sambungan dari perbincangan tentang Vitamin Supplement Baik atau Buruk
Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa wanita yang berumur 55 tahun ke 69 tahun yang mengambil supplement mengalami risiko kematian yang lebih tinggi, terutamanya mereka yang mengambil iron supplement pada kadar melebihi 50mg setiap hari. Hasil dari pembacaan aku, memang patut pun hasil kajian ni menunjukkan keburukan vitamin supplement sebab asasnya wanita yang dah menopause cuma memerlukan 8mg iron setiap hari (RDA). Dan tak perlu ambil supplement pun, jumlah ini senang senang boleh diperolehi melalui makanan yang dimakan. Iron supplement biasanya penting bagi wanita yang masih haid (perlu untuk ganti balik darah yang keluar sebab haid) dan wanita yang mengandung. Lebihan sebanyak 6 kali ganda (megadoses) ni menyebabkan lebihan iron tu membebaskan free radicals yang berbahaya pada tubuh. So, kebanyakan kita tau betapa pentingnya makan antioksidan dan bahayanya free radicals pada tubuh. Lebihan inilah yang menyumbang kepada premature death di kalangan wanita wanita ini.
Satu lagi kajian yang di publish di JAMA (Journal of the American Association) berkenaan dengan vitamin E menyebabkan peningkatan 17% penghidap kanser prostate bagi yang mengambil vitamin E berbanding mereka yang ambil placebo. Ini berlawanan dengan kajian asal yang mengatakan bahawa vitamin E dan selenium membantu mengurangkan risiko kanser prostate. Tapi, dari apa yang aku baca, vitamin E yang digunakan dalam kajian ini adalah alpha-tocopherol. Sedangkan sebenarnya vitamin E adalah satu keluarga yang ada alpha, beta, delta dan gamma. Dikatakan bahawa, adalah lebih significant sekiranya kajian yang dilakukan menggunakan keseluruhan ahli keluarga vitamin E. So result ni questionable jugak la.
So, berdasarkan dua contoh ni aku rasa agak susah nak decide bahawa pengambilan supplement adalah tidak baik untuk seseorang. Tapi, berdasarkan kajian ni, kita boleh buat beberapa kesimpulan tentang pengambilan vitamin tambahan ni.
(1) Pengambil vitamin tambahan adalah tambahan kepada pengamalan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat. Bukan sebagai sumber nutrisi utama.
(2) Kena tau keperluan tubuh sendiri. Takde orang yang kenal tubuh dan habit kita melainkan diri kita sendiri. Kalau time period sakit kejang sana kejang sini, sebulan sekali kena selesema, mesti ada something wrong dengan badan kita. Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan immune sistem kita menurun. Even kalau lepas makan mengantuk, bangun pagi sakit kaki, gosok gigi gusi berdarah, bibir kerap mengelupas..mesti ada sikit something wrong pada badan. Sakit macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung bukan macam accident. Kena terus sakit. Ia adalah disebabkan kekurangan certain nutrisi dan unhealthy lifestyle dalam satu jangka masa yang lama. Even macam osteoporosis pun. Umumnya seseorang memerlukan 600mg calcium untuk maintain body function yang normal. Tapi bagi wanita advisable ambik 1000mg. Kalau pregnant atau lactating ambik up to 1200mg (not only from supplementation la ok) Tulang kita Cuma akan membentuk sampai umur 30. Lepas tu dia akan menyusut atau maintain. Kalau umur 30 pun kepadatan tulang da -1, memang cari bala la bila da menaupose nak kena tulang rapuh pulak. Check tulang boleh buat kat farmasi. Tanya je.
(3) Kalau tengah nak menurunkan berat badan ke kawal makan ke, memang confirm nak kena ambik supplement. To fill in the gap sebab makan pun da kurang, nutrisi pun dapat kurang.
(4) Sebelum makan vitamin supplement, kena tau yang ada sesetengah vitamin tambahan yang beri reaksi pada ubat yang kita tengah ambil. Tanya orang yang tahu (orang jual pun kadang2 tak tahu) Ada sesetengah jenis vitamin bagus ambik kalau kita ambik ubat. Contohnya bagi yang kolestrol tinggi (makan statin - eg lovastatin). Statin akan deplete CoQ10 dalam tubuh. So ambik additional CoQ10 melalui supplement adalah sangat digalakkan. Ada kajian kata, ramai orang yang tinggi kolestrol mati bukan sebab sakit jantung sebab sakit tu sendiri, tapi sebab makan statin, CoQ10 kurang dan jantung pun susah nak berfungsi dengan optimal. Orang ambik warfarin (Coumadin, jantoven) pun kena consult dulu sebelum ambik apa apa supplement. Ada jugak supplement yang menyebabkan kadar serapan vitamin lain berkurang. Contohnya kalau nak makan iron supplement, asingkan dari makan calcium tablet. Iron mengurangkan kadar serapan calcium. So better ambik asing-asing. (Perhatian terutamanya bagi yang tengah pregnant..ambik obimin ke iron folic ke waktu pagi, malam baru makan calcium..atau at least bezakan dua jam)
(5) Bukan semua vitamin sama. Ada yang sintetik, ada yang dari natural source. Personally aku memang prefer natural source vitamin supplement compare to dengan yang dibuat dalam lab. First the quality memang different. Another thing adalah the form is different dan ini menyebabkan kadar serapan yang berbeza. Syntetic form of vitamin E dl-alpha-tocopherol adalah tidak dapat diserap oleh tubuh berbanding natural form vitamin E d-alpha-tocopherol (tak silap aku boleh check label) Ada yang kata, mengambil vitamin ibarat menghasilkan expensive urine sebab vitamin tu tak diserap tapi terus keluar melalui air kencing. So kalau orang tanya..suggestion aku adalah beli high quality vitamin sebab ia lebih selamat dan effective.
(6) Guna dengan betul. Kena tahu (kalau tak tahu tanya) berapa dos yang selamat diambil dan berapa banyak keperluan tubuh kita. Jangan main sarbat je. Lepas tu bila jadi apa apa kata orang jual menipu la apa la. Haihh..
So aku harap dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan. Pengambilan supplement adalah pilihan individu. Dulu aku rasa aku ok je dengan tak ambik supplement. Tapi sekarang aku da faham beza ambik supplement dengan tak ambik. Dari segi awareness dan juga dari segi kesihatan secara menyeluruh. Mak aku pun hairan sebab sekarang aku da takde selesema sampai berminggu minggu dan in fact jarang kena selesema sampai aku tensi sebab tak boleh nak utilize MC aku..tahun ni baru dua kali MC..tu pun isnin aritu aku check up je tapi mintak MC.. (aku ada history resdung). Selain dari tu, anak anak pun aku perasan masa Aqil dulu memang sentiasa ada je ubat demam kat rumah. Kadang-kadang stok 2-3 botol. Sekarang ni memang tak ada. Jarang sangat diorang demam.
Aku bukan nak kempen suruh orang makan vitamin supplement ok. Cuma aku nak pesan, muhasabah lifestyle. Check sama ada lifestyle kita betul betul sihat, pemakanan kita ok. Aku seriously rasa ramai orang yang alami masalah mental sekarang ni bukan saja disebabkan masalah kerohanian saja. Malah kekurangan nutrisi seimbang pun menyumbang. Penyakit mungkin tak datang sekarang masa kita muda. Ada orang anggap kalau dah tua tu memang senang jatuh sakit, tapi hakikatnya sakit tu adalah berpunca dari gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat dari zaman muda. Kalau muda muda dah jatuh sakit paham sendiri la ye. Aku tak perfect dalam hal ni. Senam pun kadang kadang miss jugak, tapi tak salah kot kan ingat mengingatkan.
Nota kaki : Yang makan 5 serving buah dan sayur yang colourful setiap hari sila komen. (Colourful bermaksud ada banyak banyak warna - pisang(kuning), sawi(hijau), apple (merah), cendawan (putih), grape (purple))
Daa
Fuh..mcm jumpa konsultan pemakananlah!
BalasPadamYelah..supplement perlu, tp ikut situasi bdn kita. Amik mana yg diperlukan..bkn ikut suka.
*saya skrg amik supplement natural..pati delima. ada perubahan lps amik 1btl.
I ni tgh preggy pun culas bab2 amik acid folic , lepas ni xtau la. but I guess kalu ikut menu pemakanan yg betul..and healthy lifestyle mcm nihon jin yg bnyk berjalan & exercise ni, supplement x perlu sgt la kot eh
BalasPadamsaya ambik supplement, sebab mmg perlu :)
BalasPadamtime semangat nak makan supplement tuk top up mana yang terkurang memang tak skip tapi start terskip sekali mula la on off je ...
BalasPadamsaya pun berpendapat suplement ada baik buruknya , sbb tu kena ada knowledge sikit if betul2 nak makan apa-apa jenis supplement pun
Hemmm Mak shima dah menopous.. Takat ni tgok dia mkn fish oil, epo.. anak dia lak tak mkn apa2 lagi..
BalasPadamGreat write up!
BalasPadamSerious...hasil tulisan yg bagus.Hope ramai yg baca tulisan awak ni
huuuu..bagusla kawan aku ni heee..gud info =)
BalasPadamDisebabkan tulisan awak, sy rs mmg dah sampai ms sy amik supplement. Bukan sy je...family sy juga. Dan of cos, sy tertarik pd natural source supplement. Thx for this info. Mmg cool. Rajin bt research..
BalasPadam=D
Kakak ambil supplement lama tanpa consultation tapi dapat consult dari doctor baru last year selepas ambil result medical check-up..
BalasPadamSebelum ini ambil sebab dengar si penjual (kakak kandung sendirilah - dia jual amway). Doktor pun kadang kata ok tanpa memberi penjelasan risiko between beberapa supplements yg diambil.
gud info sis.. sy so far x amik apa2 supplement.. dulu2 ader jugak amik tp x konsisten.. bila usia meningkat nih & rasa badan cepat sgt letih teringin jugak nak amik supliment nih.. ermm...
BalasPadamDulu ada gak amik supplement, tapi nowadays, nak pilih supplement yang paling sesuai dengan body dan lifestyle kita adalah one scary procedures. Kalau terrr salah ambil, how? But basically info mcm nie gives us some ideas kan...
BalasPadamBanyak kelebihan dia yer..
BalasPadamila mkn herbatusauda
BalasPadamsupplement mmg ada baik buruknya..tak tahu aturan makan mmg sia-sia..sekarang yaya makan vit c, b complex dan protein..of course from natural source..vit e+silenium agak mahal..habis stok berfikir nak beli lg..hihi..
BalasPadamsy rs mcm ok tp pe2 pun pengambilan biarlah ats nasihat doktor jika kita rs xyakin...
BalasPadamujie,
BalasPadamerkk..tak qualified lagi pun.. haha..
yatie,
betul..cuma tambahan..bukan wajib.. tapi kalau jenis macam saya tak berapa maintain makanan yang sihat tu kena gak ambik..hehe.
Nia,
saya pun sama..setuju..!
Ana,
BalasPadambetul!!! biasanya orang bila badan da rasa sedap sikit mula la skip skip..lepas tu terlupa..bila sakit balik baru ambik semula..hehe..
Shima,
mak saya pun ambik fish oil..tapi dia tak ambik pun epo..
daddy zz,
thanks doc..
mas,
BalasPadamhehe..belajar mas..nak pegi sekolah aku memang malas da.. belajar camtu camtu je..
fara,
bagus la..kalau dapat cari yang faham pasal supplement..bukan jenis copy paste tapi dia pun tak berapa nak faham apa apa..
kakzakie,
tu la..kadang2 doktor pun tak berapa nak tau pasal supplement.. ada yg nak ambik jalan selamat.. tak bagi patient ambik supplement.. tp ada jugak yg tau.. akak kakzakie aktif ke dalam amway.. kalau yg aktif tu biasanya diorang akan pegi belajar pasal supplement dan kesihatan ni.. ada kelasnya yg akan ajar..saya pun banyak belajar dari situ..tapi nak kata saya aktif tu takde la sangat.. bagi advice kat kawan2 dengan kaum keluarga je la..
ct rohani,
BalasPadamyup..bila cepat letih tu ada la tanda2 mana yang tak kena dalam badan..try la ambik mana tau ada perubahan..
aziela,
actually there is specific question yang akan ditanya tentang lifestyle dan eating habit kita.. dari situ boleh tahu apa yg badan kita perlukan..method ni takde la 100% tepat..tapi reliable la.. lagi satu kalau ambil natural source..biasanya tak mendatangkan masalah besar bila tersalah ambik.. sebab basically supplement bukan macam ubat..still better get a good consultant utk bagi advice kalau nak start ambik..
nurul,
yup..memang banyak..
ila,
BalasPadamdengar kata habbatussauda bagus jugak..cuma ianya adalah masuk kategori herba supplement..bukan vitamin supplement..
yaya,
bagus ambik tu..sbb vitamin b dgn c tu memang selalu ramai org kurang since dia senang larut kan..
intanberlian,
actually kalau nak tanya pasal ubat memang kena tanya doktor.. tapi tak semua doktor tau pasal vitamin dan supplement..sekarang ramai yg dah tau..better cari nutritionist atau consultant..
Saya pernah sekali je try makan vit e,,tp suku botol pun tk gerak,memandangkan sy jenis tk suka telan ubat-ubatan..so cara yg sy amalkn ialah mkn buah dan sayur je semata2..lg satu klu takat demam selsema tu,tak tahan sgt br telan panadol..itupun setgh biji je...poinnya kt sini...jgn galakkan sgt diri ambik ubat bila sakit ringan2..biar antibodi sendiri yg lawan...
BalasPadamalhamdulillah..dlm setahun sy bleh kira berapa kali demam atau selsema..dah stgh tahun ni belum lglah jadi..alhamdulillah..harap2 sihat slalu...
sebenarnya supplement bukan ubat.. tapi saya setuju dengan kata kata missina..memang betul biar antibodi kita yg melawan..kalau tak memang naik lemak..tapi kena make sure yg makanan kita cukup khasiat utk bekalkan segala nutrient yang penting untuk tubuh melawan penyakit..
BalasPadamWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kebaikan Multivitamin
BalasPadam