Assalamualaikum
Ingat tak aku pernah cerita tentang sakit ayah dan bawa ayah jumpa seorang doktor di PJ. Kemudian bila ayah amalkan diet yang dicadangkan dan makan beberapa jenis dietary supplement keadaannya dah semakin baik. Malangnya, setelah ayah pergi jumpa dengan seseorang untuk berubat (alternative), pakcik tu bagi telur untuk alin pada kaki (alin tu maksudnya guling guling dengan perlahan). Lepas tu makin lega. Sakit makin kurang. Lepas tu ayah start ngelat makan supplement dan makan tak berapa nak jaga. Makin lama tabiat pemakanan makin tak berjaga. Dan supplement pun stop buat seketika.
Lepas tu, lepas beberapa ketika. Sakit ayah datang lagi. Bila buat ujian darah. Kencing manis masih 8.3. Aku pujuk ayah supaya teruskan makan beberapa jenis supplement (protein dan multivitamin) Dan tambah lebih sayur dalam menunya. Ayah tanya aku. Kenapa dia dah makan supplement tu pun kencing manisnya masih agak tinggi masa buat ujian darah. (Lepas sebulan lebih tinggalkan diet yang disarankan dan kurang pengambilan supplement)
Jawapan aku adalah :-
Supplement bukan ubat untuk sembuhkan penyakit. Ia membantu kita capai kesihatan yang lebih baik dengan mengisi kekurangan khasiat yang kita tak ambil melalui pemakanan sahaja. Macam kita makan hari hari. Kita perlukan supplement tambahan setiap hari. Lebih lagi dengan umur yang semakin meningkat dan amalan pemakanan yang kurang sihat. Walau pun makan supplement, tak bermakna kita boleh abaikan pemakanan yang sihat. Banyakkan sayur dan buah, kurangkan makanan yang berlemak dan bergoreng. Tak boleh nak buat dalam satu tempoh lepas tu stop. Sebab penyakit macam kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh
Ayah diam, tapi aku yakin dia setuju dan faham. Balik berbuka puasa aritu aku bawakkan bekalan multivitamin dengan protein untuk ayah. Semoga kesihatan ayah bertambah baik.
Peringatan aku buat yang makan dietary supplement - Jangan abaikan pemakanan sihat dan seimbang. Variasikan makanan untuk dapat lebih banyak zat dari makanan yang kita makan.
Peringatan aku buat yang menjual dietary supplement - Supplement bukan ubat. Stop promote supplement dengan kata ianya boleh sembuhkan penyakit itu dan ini. Walau pun ia membantu tapi supplement tetap bukan ubat. Nanti ada orang salah faham ambik supplement terus boleh baik. Haru...
Peringatan buat yang tak makan dietary supplement - Bulan bulan puasa ni elok consider. Cuaca panas hujan menyebabkan mudah jatuh sakit kalau imun tak cukup kuat. Apa pun muhasabah pemakanan.. Ambil sekiranya rasa perlu. Tepuk dada tanya kesihatan diri..
Daa
susah jugak nak bagi orang lama faham. macam kes taknak pergi hospital sebab mereka rasa mereka tak sakit. hospital bukan tempat untuk orang sakit je.
BalasPadamRai, boleh share tak supplement jenis apa yg Rai beli untuk ayah Rai tu? Mak akak pun baru dpt tau ada kencing manis, ingat nak belikan dia supplement, tp tak tahu apa yg sesuai.
BalasPadamorang kita selalu keliru bab supplement ni, kadang baru je dua tiga kali telan supplement dah nak lihat kesan dari pengambilan supplement tu, padahal kesan supplement ni bukan hanya untuk masa pendek, insyaallah untuk masa panjang nanti akan nampak kesan nya
BalasPadamsetuju sgt2, tapi bab2 nak ckp ngan orng tua ni mmg KA fail lah!
BalasPadambetol gaks eh?
BalasPadameB fail nk ckp ngan parents nih. hu3
supplement ni mcm top up la, kot2 ade pemakanan kita yg tak seimbang
BalasPadamsalam Rai..K,atie pon mkn supplement gak,dah berumur ni kan.hihi
BalasPadammkn spirulina sbg supplement
BalasPadammkn spirulina sbg supplement
BalasPadammmg pemakanan kena jaga.. sbb dari makananlah yg mendatangkan bermacam2 penyakit.. sebab itu kena beringat dan memilih makanan yg baik kan..
BalasPadamsaya pun tak pernah culas lagi dari mengambil supplement, khasiat tambahan tak semestinya kita ambik cukup pada setiap makanan kan
BalasPadamWow! Dasat...alin telur tu kaki ley baik ke? Betul ke tu Rai?
BalasPadamSM,
BalasPadambanyak kes mcm tu..jgn kata nak pegi hospital dapatkan rawatan.. nak check pun tak mahu..
kak yus,
saya dah komen kat blog akak..
ana,
betul..yang penting kena konsisten dan diambil pada dos yang betul.. kalau tidak tak nampak kesan..
KA,
BalasPadamsebenarnya nak pujuk orang tua pun macam nak pujuk anak kecil jugak.. kena berhati2..kena reason..walau pun diorang nampak macam tak terima tapi sebenarnya diorang fikir jugak nanti..
eB,
susah sebenarnya..tapi nak kena jugak sbb risau sangat dengan kesihatan ayah sekarang ni..
Nia,
betul tu..saya setuju..
kak atie,
BalasPadammalu nak ngaku..sebenarnya saya pun baru2 setahun jagung dalam amalkan supplement ni..hehe..
nieda,
anak sedara saya siap kunyah camtu je spirulina tu..ngeri tengok..
kak hanis,
betul tu kak..penyakit zaman moden ni banyak penyakit gaya hidup dan pemakanan kalau dibandingkan yang disebabkan oleh virus..
cop! kak rai ni doctor ek? hehehe
BalasPadamcop lagi! lupe nk kasi nombor akaun..bape lama dh.. :p
haa nt boleh copy apa yang krai tulis ni kalo nak argue dengan saper2..ekeke
BalasPadamann,
BalasPadambetul tu..orang kata sikit sikit jadi bukit..kalau kita kurang sesetengah jenis vitamin atau mineral sikit..kesannya akan dilihat selepas beberapa tahun.. sbb jumlah kurang tu akhirnya akan bagi kesan pada tubuh..
fara,
entah la..susah nak cakap..ayah saya bukan jenis orang percaya sangat pada perubatan kampung ni..tp sbb da sakit sangat..dia ikut mana orang bawak dia pegi berubat..
munnafendy,
erkk..takde la..takde pernah belajar kedoktoran pun..kita kerani cabuk je..
aha..tau takpe..ni da boleh jadi duit raya ni..hahaha..
yana,
BalasPadamhahaha..bulihhh...
Umur dah meningkat nie kena mkn juga supplement utk kekal sihat.
BalasPadamsy xtau pun supplement ni.
BalasPadambagus gak kan..
tang nak pahamkan 'orang lama' yg susah tu.
sy pun belum amalkan apa2 supplement lg.. sebenarnya x tau nak amik suplement apa.. kena buat research dulu la nih.. umur makin meningkat baru rasa badan dh x sekuat dulu..
BalasPadamsgt betol... apa yang kita makan tu sgt penting kan..
BalasPadamYE betul.. supplement bukan ubat.. ia makanan tambahan untuk kite yang semakin dewase n yang semakin terdedah ngan keadaan sekitar yang semakin xsihat... ermmm.. byknye semakin... hehehe.. nak pilij supplement.. dapatkan yang natural.. jgn sintetik.. bhy..!
BalasPadamSalam rai.acik setuju sangat.jaga permakanan dan makan suplement.acik pun dah lama amalkan makan suplement.
BalasPadamRai,
BalasPadamshima pun nak tahu juga vit apa? Mama shima pun ada kencing manis. Umur dia pun dah hampir 70thn... Pakcik pun ada juga tp takat ni mereka boleh kontrol lagi la...
stuju kak rai... hebatlah... supplement ni utk prevent insyaAllah
BalasPadambetul tu. tapi ayah saya pun culas gt nak ergi hospital. bosan katanya sebab dia dulu kerja hospital lama.
BalasPadamdulu saya penah jual supplement- JUS BUAH TIIN. mmg saya tekankan tiap kali org beli yg ni bkn ubat, tapi sekadar supplement.
BalasPadambetul..supplement bukan ubat..tp dptla cegah penyakitkan
BalasPadamBetul saya setuju, kita selalu ingat makan supplement maka patut tak sakit lagi. Tapi, kalau supplement tu boleh meningkatkan antibodi badan kita, maka susah nak sakit tapi tetap lah sakit kalau tak jaga dari aspek lain. alamak berbelit pulak saya tulis ni.
BalasPadamokey paham..supplement itu bukan UBAT.
BalasPadamhehe