Assalamualaikum
Aritu ada kata krisis air di Selangor. Banyak tempat nak kena catu. Tapi lepas tu tetiba kata ok pulak. Apa kes..Kihkihkih..
Ya Allah. Jauhkanlah kami dari golongan manusia yang suka menganiaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri..
Sakit pulak batang tengkuk aku ni tetiba. Lepas tu lubang hidung duk terbau inti karipap. Haihh.. Menggoda jiwa raga betul. Dan dan aku carik resepi karipap rangup nak buat berbuka nanti. Semalam tengok Kak Ita masam manis buat bihun goreng dengan rojak tauhu aku pun menggelapar kat shujin ajak pi beli bahan. Dan dan balik terus pegi Econsave. Tak penah penah tauhu habis, tetiba time aku nak beli ni habis pulak. Semua orang teruja nak buat tauhu sumbat bila tengok blog Kak Ita gamaknya kan.. Terpaksa pegi beli kat kedai runcit. Kena pow tauhu sebiji 50sen. Saiz biasa je!
Balik tu buat bihun goreng dulu sebab sampai rumah dah pukul 6.30 T_T. Tung tang tung tang. Siap la bihun goreng simple yang aku kukus dalam periuk magic tu :P Shujin pulak potong buah belimbing nak buat jus. Yang budak berdua tu. Orang potong terus masuk mulut. Mulanya ada strawberi dengan kiwi sekali. Yang mengunyah sama laju dengan yang memotong. By the time masuk waktu berbuka strawberi dengan belimbing potong da habis. Tinggal kiwi hancur sikit sebab diorang tak suka rasanya yang ada sikit tangy. Syukur dapat jus belimbing satu jag.
Tauhu sumbat pulak? Aku cuma sempat goreng tauhu je. Yang lelain tu sambung buat lepas dekat pukul 10. Shujin tak larat nak makan. Aku dengan Damia makan 2-3 ketul je. Lebihnya aku makan masa sahur.. Tauhu sumbat aku makan dengan kuah kacang. Kat sini kalau beli kadang kadang dia jual dengan sos. Hish. Mai mana la tauhu sumbat makan dengan sos. T_T
So hari ni kekdahnya balik nanti buat karipap pulak. Aku tak lalu sangat makan nasi skang ni. Kalau makan pun lauk budu. Yang lain tu aku rasa cam tawar kurang perisa je. Tapi takkan hari hari tibai budu. Arnab pun sesekali makan carrot kadang kadang tukar makan pellet jugak tau. Hehehe.
Sorry entry mengarut. Tajuk dengan isi lebih separuh takde kena mengena. Aku boring sebab department aku semua bangsa cina. Bila lunch tinggal aku tertonggok sorang kat sini. Hari jumaat ni diorang lunch sampai pukul 2 kot walau pun sebenarnya boleh sejam je. Apedehal. Bos pun 2x5. Sat gi pukul 4 kalut diorang turun beli juadah berbuka kat bazar ramadhan bawah tu pulak. Haihh.. Mengalahkan orang puasa.
Takpe lah. Asal korang bahagia. Asal bos tak bising aku memblog. Hihi..
Daa
KA pown suka makan tahu tu. Digoreng pastu potong2 buh potongan timun dan taugeh celur limpah kuah kacang pergh terangkat !
BalasPadamBulan puasa ni kakcik teringat sangat dengan sayur pecal yang mak kakcik buat!
BalasPadamlauk budu. bestttttttttttttttt
BalasPadamslamat berpuasa yer
^_____^
Amboi, selera org preggy ke Rai? Hehehehe....tapi kan Rai, ada tmpt tahu sumbat tu mmg mkn dgn sos. Mujur, saya tak minat tahu sumbat. Klu tak, naya gak suami saya. Kena kerah g kedai beli bahan2 mcm Rai bt tu. Haaaa~
BalasPadamaku ada kawan bukan islam..dia kata bulan ramadhan dia paling suka sbb mcm2 kueh x penah jumpa ada dijual ;)
BalasPadamhahaa...n3 awal cam panas je..sekali n3 makan2 hehehee =p
BalasPadamx abes2 isu air..kotor ke air kat selangor ni??..aku gi kelas tgk biasa je..
Zaman bujang dulu je suka makan tauhu sumbat, sebab housemate masa duk umah sewa dulu rajin buat. setakat ni kalau beli tak pernah jumpa yg menepati selera, nak buat sendiri cam malas je sebab sorang je yg makan :(
BalasPadamsalam rai..masa bulan puasa je ada bazaar yang jual macam2 makanan kan..masa tu le dia nak makan macam2 semua nak dirasa..kalau pergi tu kita baru nak tengok2 dia orang dah penuh tangan menjinjit..
BalasPadamtetiba rasa nak makan karipap jugak.. seb baik kt lam peti ais ader karipap frozen yg mil bekalkan balik kg minggu lepas.. leh goreng wat berbuka nanti.. hehe..
BalasPadamKakak bayangkan bujang dan anak dara kecik tu laju je makan buah yg dah kena potong, senang kan nak masuk mulut:)
BalasPadamassalamualaikum rai...sedapnya bila sebut tauhu sumbat tu terasa nak plak...:)
BalasPadamsypun suka mkn tauhu sumbat,,tp kt sini kebanyakkannya pakai kuah sos yg buat sendri tu,,
BalasPadamkite xgemar sgt tauhu..sumbat k xsumbat ke, xmakan..xkena dgn selera kot..heeee
BalasPadamhahaha..biasa la tu..kalo bula pose nengok lauk pauk orang memang mudah nak mengidam....tp harus tengok konon2 nak carik idea nak masak aper...hahaha
BalasPadamsedapnyaa karipap..nyum..nyum..
BalasPadambos tak bising.. dia jeling je..
BalasPadam:)
hai..
salam kenal
slmt berpuasa ^^
BalasPadamhahaha.. budak berdua tu mkn sama laju ngan pisau hihihi... Hari ni shima sahur nasi goreng aje.. :))
BalasPadam