Selasa

Pembantu tak berapa nak baru

Assalamualaikum

 

Aku mintak tolong ambilkan penyapu je..lepas tu dia pulak nak tolong menyapu..adik tolong pegang cham sambil main

Lastnya dia fed up adik main sampai sampah terabur balik, dia buat sorang dia

Orang lain kumpul FM, aku letak sticker kat fridge. Bila anak-anak buat benda baik aku bagi satu sticker. Masalahnya si anak dara tu malas + kuat main, tapi asyik mintak sticker je bila abang dia dapat sticker. Mengelat betul. Kalau dengan ayah dia boleh la, dengan ibu dia sori. Ang melalak la kat situ sampai sudah. Tak buat tak dapat. Hahaha.

 

Damia lebih cunning dari abang dia. Lebih lebih lagi dia pandai je nak guna kecomelan dia nak mengalahkan ayah. That's why makin naik lemak. Kalau suruh simpan toys pun dia buat tak tau je sampai sudah. Kalau Aqil tu aku pujuk pujuk sikit nak jugak tolong, walau pun agak bercinta nak dapat kemas habis. Still ok la jugak kan. Kalau Damia, degilnya ya allah. Tak tau macam mana nak memujuk. Kalau suruh tu dia buat badak je. Geram betul. Still. Sebab dia comel ayah ok. Haihh..

 

Pada pandangan aku abang memang nampak da ciri ciri kepimpinannya tu. Apa dia buat pun da makin matang, tapi matang bebudak la. Jangan expect matang orang dewasa pulak kan. Da boleh harap nak tolong tolong sikit, jaga adik. Banyak dia mengalah dengan adik. Kalau dia nak beli toys apa apa pun, kalau kami kata tak boleh dia boleh terima walau pun kadang kadang dalam sendu. Tapi cepat je dia kesat air mata. Antara aku dengan shujin, shujin lebih garang, tapi aku lagi keras ati. Kalau aku da kata taknak atau tak boleh. Unless kalau ada a very good reason baru aku ubah fikiran.

 

Tapi aku rasa aku tau dah Damia degil macam sapa..Hehehe..

 

Daa

19 ulasan:

  1. yang sulung mesti akan tunjukkan kepimpinan kan, yg kedua pulak manja yg ketiga ..Hmmm 50 -50 kot hahha

    BalasPadam
  2. Heheheheee... Habis comel la Damia pujuk ayah..
    Ank no2 mmg gitu la Rai... Masih bayi lagi dah tunjuk perangai no2 dia tuh hahahaha... Macam afiq nih..

    BalasPadam
  3. baguslah dah dididik begini sedari kecil ! insyaAllah akn berterusan smpai dewasa !

    BalasPadam
  4. rajin tolong menyapu di rumah.

    kat rumah akak ni, yg rajin pegang penyapu si kecik tu, abang dan kakaknya kena tunggu di ketuk, tp dia, pantang nampak penyapu, konon nak menyapu saja...huhu

    BalasPadam
  5. bagus la abg.. dah boleh diharapkan.. :)

    BalasPadam
  6. Disebabkan anak2 kakcik semua lelaki, mereka memang digalakkan membuat kerja rumah. :)

    BalasPadam
  7. We are the mold Rai. Kalau tak ikut ayah dia mesti ikut mama dia. Itulah yg selalu kakak kata pada abang.

    So Damia dan abang dia tak sama. Tunggu besar sikit je Rai tak lama akan berubah juga sebab Damia perempuan tetap ada jiwa perempuan. Usia dia macam si abang dia pun dah lain tau..

    BalasPadam
  8. sistem sticker ni bagus juga..tapi tak boleh mengelat tau..ekekeke

    BalasPadam
  9. Sy pun nak bt sistem stiker ni. Tapi nak lekat mane eh?

    BalasPadam
  10. aku dgn anak2 pun tegas weh...sbb tu anak2 lagi manja dgn daddy dia..kalau aku kata TIDAK, mmg TIDAK lah jwb dia...

    pada aku, dlm mendidik anak2, salah sorang kena tegas...oh, mendidik anak2 sgt mencabar di zaman sekarang ni kan?

    BalasPadam
  11. ana,
    anak ketiga belum keluar lagi.. nanti compare jugak bila da keluar.. hehehe

    shima,
    ahaha..tau takpe..geram je saya tengok bila dia dengan sengajanya mencomel2 kan diri..tak tau la dia sengaja ke apa kan..bila dia da pandai manipulate kecomelan dia lagi la..silap2 ibu pun tumbang...

    kesuma,
    insya allah..

    BalasPadam
  12. kak yus,
    ini pun saya kena sembunyikan penyapu ni..kalau kita nak menyapu dia pun sibuk nak tolong..kadang2 hangin saya bila nak cepat dia nak tolong..tapi kena sabar..haihh...

    ct rahani,
    insya allah..semoga sikap ni berkekalan..

    kakcik,
    anak lelaki bila di didik dari kecik menolong nanti da kahwin pun senang hati isteri dia kan..hehe

    BalasPadam
  13. kakzakie,
    hehe..itu la..saya pun kena belajar ubah perangai degil tu.. tapi saya nampak sifat keperempuanan damia memang menyerlah..kadang2 ayah dia pun kata lebih keperempuanan berbanding ibu dia..haha.. harap2 dia menjadi lebih baik dari saya..

    daddy zz,
    aha..tu la pasal..damia kadang2 ngelat..tu geram tu..naik lemak da budak kecik tu..haha..

    fara,
    lekat kat pintu peti sejuk.. hehehe..tapi jadi huduh sikit la pintu tu..bagusnya senang diorang nak tengok..jadi excited

    BalasPadam
  14. as,
    ahaha..tau takpe

    wahida,
    tu lah..skang ni takpe la kecik lagi..boleh jugak kita kawal2.. da besar sikit nanti da bercampur gaul dengan ramai org lagi la merisaukan...

    BalasPadam
  15. wah rajinnya.. siap bekerjasama lg.. hihii

    comel je :-)

    BalasPadam
  16. xper la sticker tuh dok diam 2kat c2. kalo A & A, x der roper dh la. hu3

    BalasPadam
  17. si adik suka cakap abam buat dia.pdhal depan mata aku sendiri nampak abam tak buat apa pun.pandai tu..suka kot tgk abam kena marah

    BalasPadam
  18. Hehehe... wahh rajinnya anak2 tu.. good idea buh sticker untuk satu kerja yang di buat.. good! good! i like...:))

    Akak pulak dengan anak-anak sejak kecil mereka membesar dah ada bibik.. tapi dari kecik jugak dah didik agar berdikari so bila dah besar Alhamdulillah semua boleh buat kerja.. dengan imbuhan *elaun sekolah/kolej* lebih sket hehhee... tq sudi singgah blogs akak ya...:)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^