Jumaat

fakta dan mitos plastik

Sebenarnya, saya pernah menulis tentang jenis-jenis plastik pada tahun lepas. Jenis-jenis plastik yang diguna meluas di Malaysia. Dan kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak menyedari akan bahaya sesetengah bahan kimia yang terkandung dalam plastik itu sendiri.

Pernah satu ketika di pejabat, saya ditegur rakan sekerja kerana memanaskan lauk (mikrowave) menggunakan bekas plastik. Mereka memberi amaran pada saya, bekas plastik sangat tak elok untuk kesihatan diri. Saya terangkan pada mereka, bekas plastik yang saya gunakan adalah bebas BPA. Malah, bekas plastik yang berkod 5-PP adalah selamat untuk digunakan. Tapi mereka menidakkan kata-kata saya. Jadi saya tanyakan pada mereka, bekas apa yang selamat selain kaca dan porselin? Mereka mengesyorkan bekas plastik dari jenama Tupperware. Saya mengeluh sendiri. Rakyat Malaysia, banyak-banyaklah membaca. Apa salahnya menambah sikit pengetahuan yang tak seberapa kan? Saya tak nak cerita panjang. Tapi saya senaraikan jenis-jenis plastik yang ada di Malaysia. Buatlah perbandingan untuk kebaikan bukan hanya diri sendiri tetapi untuk bumi juga.

Jika botol plastik tertera 1-PET

  •  atau Polyethylene Terephthalate, biasanya terdapat pada bahagian bawah botol. Tertera bentuk 3 segi. Ditengahnya terdapat nombor 1 dan dibawah bentuk 3 segi tersebut tertulis PET atau PETE. Botol jenis ini biasa digunapakai sebagai botol minuman air mineral, air karbonat, jus buah dan seangkatan dengannya. Digalakkan penggunaan hanya sekali. Kesan penggunaan kerap (jika dikitar semula menjadi botol penyimpan air masak di rumah) akan mengakibatkan pengikisan lapisan polimer dari dinding dalam botol lalu mengeluarkan bahan kimia karsinogenik. Haba menggalakkan lagi penghasilan karsinogenik yang mana ia akan bercampuran dengan air yang disimpan. Meminum air yang bercampuran karsinogenik ini secara berterusan akan mengakibatkan kanser, khususnya kanser payudara.

 Jika botol plastik tertera 2-HDPE 

  • atau High Density  Polyethylene, biasanya terdapat pada bahagian bawah botol. Tertera bentuk 3 segi. Ditengahnya terdapat nombor 2 dan dibawah bentuk 3 segi tersebut tertulis HDPE. Digunapakai sebagai botol susu, bekas plastik jenama Tupperware dan lain-lain. HDPE menjadi pilihan kerana ia berkemampuan dalam mencegah tindakbalas kimia antara plastik dan makanan atau minuman. Sifat bahan HDPE ini adalah kukuh, berkabut dan tahan dengan suhu tinggi. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan penggunaan lebih dari sekali kerana tindakbalas antimoni trioksida akan meningkat setiap masa.

Jika botol plastik tertera 3-V

  • Polyvinyl Chloride biasanya tertera bentuk 3 segi. Di tengahnya terdapat nombor 3 dan dibawah bentuk 3 segi tersebut tertulis V (PVC). Digunapakai sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol.. PVC mengandungi DEHA yang bertindakbalas dengan makanan. Makanan yang diserap bahan DEHA akan memberi bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.

Jika botol plastik tertera 4-LDPE

  • atau Low Density Polyethylene biasanya terdapat pada bahagian bawah botol. Tertera bentuk 3 segi. Di tengahnya terdapat nombor 4 serta tertulis LDPE iaitu plastik berwarna (thermoplastic). Digunapakai untuk makanan, plastik dan botol-botol. Sifatnya kukuh, tembus cahaya, fleksibel dan berlemak. Tahan dengan tindakbalas kimia (jika suhu dibawah 60 darjah celcius), tahan wap air tetapi tidak baik untuk oksigen. Sukar untuk diuraikan tetapi baik sebagai penyimpanan makanan.

Jika botol plastik tertera 5-PP

  • atau Polypropylene biasanya terdapat pada bahagian bawah botol. Tertera bentuk 3 segi. Di tengahnya terdapat nombor 5 serta tulisan PP. Bahan plastik ini adalah yang terbaik. Sifatnya jernih berkabut, kukuh dan ringan dengan tindakbalas wap, tahan terhadap lemak dan stabil dengan suhu tinggi. Pilihan bahan plastik paling baik. Digalakkan memilih bekas plastik berkod 5 sebagai medium menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi.

Jika botol plastik tertera 6-PS

  • atau Polystyrene biasanya tertera bentuk 3 segi. Di tengahnya terdapat nombor 6 serta tulisan PS. Biasa digunapakai sebagai medium membungkus makanan atau bekas makanan pakai buang. Antara bahan paling merbahaya untuk badan kita. Wajib dihindari. Akibat penggunaan adalah kerosakan otak, gangguan hormon estrogen bagi perempuan (mandul), kerencatan pertumbuhan dan rosak sistem saraf. Sangat sukar diurai. Musuh utama bumi.

Jika botol plastik tertera 7-OTHER

  •  Biasanya tertera bentuk 3 segi. Di tengahnya terdapat nombor 7 serta tulisan OTHER. Merupakan gabungan bahan SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbona, nylon). Digunapakai sebagai alatan rumah, alatan elektronik dan sebagai bahan plastik kemasan. Hanya sesuai sebagai penggunaan luaran sahaja.

Jika botol plastik tertera PC

  • Musuh utama ibu-ibu bila ia terkandung di dalam botol susu bayi. Bahan PC sentiasa menyebarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A (BPA) ke dalam makanan dan minuman. Mengakibatkan mandul dan mengubah sistem imun. Elakkan langsung botol berkod PC.
Pilihan di tangan kita, kan?

Hasil penulisan : Guest Blogger Mommy Fara

18 ulasan:

  1. wah,rupanye mcm2 jenis plastik ada..br ku tau..

    BalasPadam
  2. terus rasa nak check semua botol yg ada kat rumah tu...huhu...

    BalasPadam
  3. thnks for posting this, rai. very interesting.

    Rai, thnks ye dtg blog KC selama beberapa hari ni memberi sokongan buat aiman. baru hari ni KC dpt BW ke blog kawan2. Thanks again, Rai.

    BalasPadam
  4. kdg2 org kita mls nk mbaca..nk tambah pgetahuan..

    selalu asyik kata brand tupperware jek selamat..smpaikan klu kat rumah kita pki brand biasa akan kata..ehhhh bahaya nie..(tnpa tgk jenis plastic) *sigh*

    BalasPadam
  5. balik nak check botol susu anak
    tp aku beli yg bpa free je
    okey la kot

    BalasPadam
  6. nasib baik botol susu PC ni dah diharamkan penggunaannya. tapi patut sejak dulu lagi diharamkan sebenarnya.

    BalasPadam
  7. info yg sangat berguna..tq share kak..

    BalasPadam
  8. hisy, kagum btul la dgn pngetahuan akak nih!

    BalasPadam
  9. teringat tentang mitos pisang goreng straw

    BalasPadam
  10. sharing is caring ;p. balik ni nak buat pemeriksaan botol2 hikhikhik

    BalasPadam
  11. info yg bagus,,mohon share ek,,terima kasih,,;)

    BalasPadam
  12. rajin sis buat kajian.. gud info.. skrg botol susu semua dah free BPA kan.. :)

    BalasPadam
  13. Hermmm ada juga yg tak ambil tahu kan. Shima pun mmg cari yg free bpa & pp5 tu.. Klu xde tak perlu beli

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Fara

    maklumat yg berguna..terima kasih banyak2

    lepas ni kena perhatikan betul2

    BalasPadam
  15. macam2 plastik ada. ada yang dah setia tahu dan ada yang baru tahu. terima kasih utk info.

    BalasPadam
  16. BYKNYE JENIS PLASTIK... INGAT SATU JE LA YG 5 PP TU....

    BalasPadam
  17. sebelum hanya tahu nombor dalam segitiga setakat nombor tiga..tak sangka rupanya banyak yer...thanks sharing here..

    BalasPadam
  18. gilosss. yg boley mengakibatkan breast cancer tu siyess menakutkan.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^