Rabu

Doa & Solat

Assalamualaikum

Dua sharing di Facebook yang membuatkan aku rasa agak "sentap". Semoga menjadi panduan buat kawan kawan juga. Aku tak ingat ayatnya. Tapi lebih kurang macam ni

(1)    Jangan asyik bersolat kerana nak mintak sesuatu dari Allah. Tapi bersolatlah kerana kita nak bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah beri pada kita.
(2)    Orang selalu kalau nak mintak sesuatu dari Allah nak mintak supaya permintaannya ditunaikan secepat yang mungkin. Tapi bila masuk waktu solat sering berlengah lengah menunaikan kewajipan kepada Nya.

Allah maha pengasih kan, bila ada dugaan datang selalu aku akan terbaca atau terdengar kisah dugaan orang lain. Tak kisah la sama ada dugaan aku lebih berat ke dugaan orang lebih berat ke. Sebab sama ada berat ke tidak dugaan tu adalah bergantung pada macam mana kita melihat dugaan tersebut. Dan, setiap manusia tak akan lari dari dugaan. So, whining doesn't change anything in our life. Fokus pada hal yang lebih utama dan banyakkan bertawakal. Insya allah. Allah sentiasa ada plan yang lebih baik untuk setiap umatnya. Yang kita tak tau. Sabar ok (mode pujuk hati sendiri :P)

Daa

23 ulasan:

  1. malu kan...solat boleh lengah2 tp doa nak makbol cepat2...setiap org ada dugaan masing2...tu sebab kita x bole judge hidup org sebab kite x tahu apa yg org lain lalui.....apa pun yakin,langit x akan selamanya mendung....ada pelangi di setiap hujan yg turun,insyaALLAH...sabar ye zai =)

    BalasPadam
  2. betul tu...aku setuju kata ko...mmg Allah dah rencanakan yg terbaik utk kita, kalau diberi dugaan tu, tanda DIA kasih pada kita kan?

    BalasPadam
  3. bila susah baru cari DIA....
    yang pasti apa jua yang kita buat, doa pasti didengarinya, ia maha pemgampun malah mengetahui.......

    BalasPadam
  4. Allah bg ujian hanya pada hambaNya yg kuat dan tabah utk mnhgadapi..sabar Rai.
    Tp lepas solat tetap kena berdoa..kata ustaz kalau tak mohon sesuatu seolah kita cukup sombong dan ego dgn Allah sampai tak nak minta pertolongan pun...

    BalasPadam
  5. setuju....kalau kita rasa dugaan kita yang paling hebat...tapi sebenarnya ada lagi orang laen yang lagi dasat dugaannya...tawakkal dan banyak2 doa ajer untuk atasi semua ni

    BalasPadam
  6. Rai ,

    ada apa2 yang berlaku ke?

    memang tu la yg selalu dibuatkan bila ada masalah baru pandai nak buat ibadat/berdoa....

    BalasPadam
  7. mas,
    tu la..tp kena syukur jugak..sbb dgn dugaan tu kita makin dekat dengan Allah..berbanding dgn mereka yg bila di duga dia mempersoalkan Allah pulak..hehe..

    wahida,
    betul..DIA ingat kat kita la tu.. ingat tanda sayang kan..hehe..

    kak nur,
    setiap yg berlaku ada hikmahnya.. baik jugak kita dapat susah.. sbb dengan tu kita ingat kat DIA. dari tak ingat langsung..

    BalasPadam
  8. insyaallah, tq yer mengingatkan..
    r u ok?

    BalasPadam
  9. Yaya,
    thanks yaya..Insya allah..

    Kak ana,
    bila baca/dengar dugaan orang lain.. terasa yg dugaan kita ni tak seberapa pun..hehe.

    Ana,
    hmm..takde apa berlaku tu tipu la. tapi bukan something yg terlalu besar pun..insya allah. saya yakin ini yang terbaik utk saya buat masa ni..

    BalasPadam
  10. eB,
    yup..insya allah ok..hehe..TQ eB.. muahhhss...

    BalasPadam
  11. assalamualaikum Rai....setiap org lain2 dugaan nyer moga kita semua akan dpt melaluinya dgn tabah..:)

    BalasPadam
  12. setuju...bila lita fikir kenapa kita di duga sebegini....ada lagi org lain yg lebih teruk dugaannya.... tawakal pada Allah

    BalasPadam
  13. Up!
    Itulah yg berlaku. Bila dh doa byk2, tp takde apa yg berlaku mula la salahkan tuhan... Kena ingat siapa ALLAH tu? Mcm suami shima selalu ckp.. Usuludinmakrifatullah... Asal agama mengenal allah.. klu tak kenal mcm mana nk kenal diri kita ni...
    Alamak bersyarah pulak shima ni hihi
    Lewat terjah sbb sibuk buat kuiz chef! hahahaha

    BalasPadam
  14. betul, betul...

    Moga kita lebih menjaga solat kita, bukan kerana ingin meminta2, tapi kerana mensyukuri nikmatNya. Tambahan solat itu tiang agama, apa yang kita lakukan adalah kerana Allah, bukan atas sesuatu yang lain.

    BalasPadam
  15. manusia diduga dalam macam2 cara.. mental atau fizikal.. moga kita semua kekel teguh iman & sentiasa bersyukur kpd NYA..

    BalasPadam
  16. stuju! sharing yg sgt bermanfaat

    BalasPadam
  17. lagi satu, kita mintak benda A dari tuhan masa doa, tapi kita komplen tak dpt benda A, sebab tuhan bagi benda B. Padahal benda B itulah yg terbaik buat kita.

    BalasPadam
  18. ermm terasa sentap jugk ni,,,huhu,,betul tu setiap org dugaannya lain2,,

    BalasPadam
  19. dugaan orang lain tak sama, tapi penyelesaannya mungkin sama iaitu berdoa, tawakal dan yakin semua yang berlaku telah ditetapkan olehNYA...hari ini mendung tak bermakna besok tak cerah kan...yang penting sabar, pasti ada hikmahnya yang menunggu...amin

    BalasPadam
  20. yup... so true. selalu macam tu la kan. bila dah terdesak baru la nak carik sejadah. tapi ada bagusnya jugak. at least jumpa jugak la tikar sejadah tu.

    BalasPadam
  21. a'aa cam terkena dgn btg idung.. huhuu

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^