Khamis

Ulasan buku - Household gold (How to Convert Household Expenses i nto Household Income)

Assalamualaikum

 

Buku Household gold ni ditulis oleh Steve W. Price. Memandangkan aku ni jenis gold digger opss** asal tajuk ada gold gold je mula lah aku blink blink. So, rembatlah satu buat koleksi. Dalam buku secara extensivenya menerangkan tentang konsep menjadikan duit yang kita spend untuk beli barang rumah (household product) dan menjadikannya satu income. Konsepnya sangat menarik, tapi of course ia bukan semudah yang kita sangkakan dan bukan skim cepat kaya ye..

 

 

Ianya sebenarnya adalah sejenis business idea bagi mereka yang nak berniaga, tapi takde modal, mempunyai risiko yang rendah dan boleh dilakukan secara sambilan. Sungguhpun macam tu, potensi income nya adalah sangat tinggi. Sebagai contoh (contoh aku bukan buku tu bagi), setiap rumah memerlukan ubat gigi. Rumah yang takde ubat gigi cuma rumah orang tua yang semuanya pakai gigi palsu. Selain dari tu semua orang beli ubat gigi. So, adik beradik kita beli ubat gigi, jiran kita beli ubat gigi, makcik pakcik kita beli ubat gigi. Bayangkan..semua mereka ni beli ubat gigi dengan kita, instead of beli ubat gigi dekat Jayen atau pun Tesko. Marketnya adalah sangat luas, sebab consider bukan saja satu Malaysia malah satu dunia. So ada potensi buat international business. Jual ubat gigi. Seriously!

 

Ianya adalah macam kita ada pasaraya sendiri, tanpa perlu modalkan stok barang dan tak payah bukak kedai. So since tak perlu ada stok, dan tak perlu ada kedai secara fizikal, modal rendah dan risiko stok tak habis atau barang rosak adalah rendah.

 

Kalau berminat nak tengok briefly tentang buku ni, boleh search kat Youtube. Tapi bagi yang jenis skeptical ke..aku cadangkan baik jangan tengok. Nanti macam macam jenis tohmahan tak berasas pulak dilemparkan. Orang kita ni kalau nak mengkayakan tauke Jayen ke tauke Jasko tu seronok, tapi nak tolong adik beradik ke keluarga sendiri tu macam-macam alasannya.

 

Nota kaki : Memandangkan aku ni semekin tapi gigih nak meniaga dan tak sanggup nak pinjam Ahlong. Idea yang macam ni memang menarik.

 

Daa

21 ulasan:

  1. menariknye....ada masa nak cuba yea...

    BalasPadam
  2. boleh berguru nih...kena usaha lebih , pcl ada keinginan nk jd bizman...

    BalasPadam
  3. Kakak boleh katakan dlm seminggu/sebulan ada sekali bila nak tidur mesti bincang dgn abang kalau pencen kita nak business apa. Adik bongsu kakak yg dulu kerja di Hospital boleh berhenti sekarang supply product pembersih ke hospital. Mula buat macam yg Rai katakanlah dgn sedara-mara last, satu taman, hospital, sekolah, pejabat-pejabat. Dia pun tak ada office. Direct ke rumah dia...

    BalasPadam
  4. HeNRieTTa JoSe,
    memang menarik..cuba lah..

    PCL,
    err..takde la hebat mana pun saya..

    Kakzakie,
    bagus macam tu kak..tak perlu tunggu pencen pun boleh buat secara sambilan..kalau ada foundation yang baik, anak2 pun boleh merasa hasilnya nanti..

    BalasPadam
  5. i loike!
    info yang bagus untuk orang yg memerlukan ni..hehehe

    BalasPadam
  6. sesuai untuk mereka yang ingin berkecimpung dengan dunia perniagaan secara sambilan.... bagus juga pedekatannya kan..

    BalasPadam
  7. thaaannnnxx for sharing tp market sini tak besar sgt... kena keluar sikit dr kepompong sini rasanya..

    interesting ni... tqs again..

    BalasPadam
  8. bertahun berlalu duk berfikir produk apa nak diniagakan..tp sampai la nie tetap berada di takuk itu...kehkeh..

    BalasPadam
  9. info yg bagus ni sis.. nk study jugak.. tq 4 sharing.. :)

    BalasPadam
  10. Yana,
    Study2..try la baca..mana tau boleh buat panduan..tak paham tanya akak..cewah..poyo gilerss.. haha..

    gen2merah,
    sangat bagus..sbb pendekatan yang digunakan boleh utk sesiapa saja.. tak kira orang miskin ke kaya..tapi yg penting usaha..

    BalasPadam
  11. yaya,
    product terlalu banyak yang ada.. tapi kita ni yang nak kena pilih nak fokus yang mana satu..hehe..

    ctrahani,
    sila sila..

    BalasPadam
  12. Saya suka dgn konsep yg buku ni bawa..Insya Allah saya akan cuba cari di MPH..

    Awak tgk tak rancangan Extreme Couponing kat Astro? Kalau kita ada privilege byk kupon2 macam tu di Malaysia, mmg best apply idea yg buku ni sarankan..;)

    BalasPadam
  13. Daddy Ziyyad,
    cubalah baca..mana tau membantu.. harganya pun tak mahal..dalam belas2 ringgit je rasanya..saya beli dgn pakcik jual dengan van...haha

    err..tak..rumah saya tak melanggan astro..

    BalasPadam
  14. konsep dan idea dah ada, kene fikir dan cuba aplikasi. adat berniaga kene pandai cari lobang dan kalau berusaha InsyaAllah rezeki pasti ada. :D

    BalasPadam
  15. sesuai utk yg tinggal di hostel ni.. tp masih bnyak yg kena blajar ni...

    BalasPadam
  16. Rai, sampah2 dlm umah kite pun ley jdk hasil pendapatan.

    =D

    BalasPadam
  17. mcm menarik jer buku nih...pasti byk ilmu yg boleh dipelajari kan...

    BalasPadam
  18. bukan setakat malas nak cuba... siap malas nak baca buku tu...! haha

    BalasPadam
  19. kalau rajin membaca memang banyak yang kita tahukan... yang penting applynyertu... yang berjaya adalah orang yang mengambil langkah memulakan....

    BalasPadam
  20. As salam

    Puan boleh membuat penyelidikan tentang Gano Excel Malaysia (fan page FB) yang mana apa yang Puan inginkan sebenarnya ada di Gano Excel. Produk penjagaan rumah seperti ubat gigi, sabu mandi, shampoo,multi purpose dan pelbagai lagi barangan lain yang mampu menjana pendapatan sampingan puan.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^