Selasa

Resepi Pizza mudah sangat

Assalamualaikum

Actually buat pizzanya hari ahad malam tu, tapi baru transfer gambar pagi tadi.
Topping tuna
Ini topping vege dengan sosej
Pizza topping tuna yang da siap dibakar
Base nya tu aku ambik resepi dari buku "Bread and baking". Simple je resepinya

Resepi base
Tepung 220g (aku guna tepung pau)
Garam setengah sudu teh
Yis setengah sudu teh (mauripan)
Minyak zaitun satu sudu besar (aku guna minyak bunga matahari)
Air suam 150ml

Kaedah membuatnya
Gaul tepung dan garam. Kemudian campurkan yis dan minyak zaitun. Masukkan air suam dan uli sampai licin tak melekit. Perap sejam sebelum dileperkan untuk buat base.

Sos untuk topping
3 biji bawang putih dicincang halus
Sebiji bawang besar
Setengah tin (tin besar) tomato puree
Basil leave (aku tak letak. Da habis)
Pepper
Gula dan garam sebagai perisa
Jus limau nipis setengah biji (kalau tak suka masam tak payah letak pun tak apa)

Kaedah membuatnya
Tumis bawang putih dan bawang besar. Sampai naik bau. Masukkan sos dan kacau sebati. Tambah semua bahan lain dan tutup api bila dah masak.

Topping
Cheddar cheese
Mozarella cheese
Yellow capsicum
Green pepper
Tuna
Sosej di hiris nipis
Cendawan (aku da hiris lupa nak letak..hadehhh)
Tomato dihiris
Bawang besar

Cara mempizza
Canai base atas permukaan bertepung. Saiz ikut suka. Letak sos secukupnya dan taburkan bahan bahan topping yang disukai. Akhir sekali letak cheese sebanyak yang disukai. Bakar pada suhu 220 darjah selama 15-20 minit.

Leceh sikit membuatnya..tapi senang je.Satu adunan boleh dapat 2 keping pizza saiz regular. Aku buat 2 adunan. Dapat 1 saiz regular (8inci), 2 saiz large dan 2 mini pizza besar tapak tangan aku untuk dua budak cilik tu. Besar besar diorang komplen susah nak makan.

Selamat mencuba

Daa

21 ulasan:

  1. dari dulu teringin nak buat pizza sendiri tp takla kesampaian sebab takder oven..huuhuh

    BalasPadam
  2. bestnye wat sendri ek,,lg puas nk makan kan,,,

    BalasPadam
  3. senang je resepinya, cuma kita je, hendak dengan tak hendak je buat kan (akaklah tu)...

    Bila penyakit malas membaking datang, mmg tak jadilah pizza buatan sendiri tu, beli lagi senang...huhu

    BalasPadam
  4. aku sama mcm kak yus...kalau dtg mood rajin, rajin la membaking...kalau mood malas, mmg nan hado...tapi selalunya mood malas je yg bertandang...huhu..

    apapun, aku dah terliur tgk pizza ko neh...adoi la hai...

    BalasPadam
  5. tq rai.. simple resepi pasti cuba nnti1

    BalasPadam
  6. Complete dah tak payah masak lain. Tinggal buat air aje. Lepas tu dah boleh kemas...

    Sedappp..

    BalasPadam
  7. memang mudah buat pizza.. makan pun sodap... emm lama tak buat..

    singgah

    BalasPadam
  8. kalau buat ni, ramai le pembantu ni nanti yg nak buat sama..he..he..

    BalasPadam
  9. nmpk cam senang tp nak membuatnya yg malas.. sy la tuh.. suka pizza tuna.. sedapnya.. :)

    BalasPadam
  10. yis tu hapa?

    (nampak sangat jahil dapur)

    BalasPadam
  11. tutup mata sbb oven merajuk..

    BalasPadam
  12. Aduiiii
    Suka makan pizza. Nak2 yg buatan sendiri bukan kedai punya :))
    Nyummm

    BalasPadam
  13. WARHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....

    memang hebat la ko mencanai doh wat piza....pizza nye nampak enak bangat gitu ;p

    kakna penah gak wat piza tapi guna roti yang segera je... x berani nak menguli takut x jadi ;p

    BalasPadam
  14. yana,
    beli oven murah2 je..akak beli yg brand cornell je..

    missina,
    betull..walau pun ada yg sosnya tak sesedap pizza beli tapi memang puas makan..

    kak yus,
    aah..senang je..saya pun sekian lama peram buku tu baru buat ni.. hehe..

    BalasPadam
  15. wahida,
    kalau dah terliur kena lah ko merajinkan diri eh..haha..

    kesuma,
    cuba cuba..simple je..tapi rotinya tu sedap..lagi2 kalau guna tepung roti..tak payah tambah softener bagai..

    kakzakie,
    tugas2 buat air tu encik suami punya kerja..hehe..

    BalasPadam
  16. zie,
    memang sedap..sebab tu kena buat..hehe..

    nieda,
    sama lah kita..hehe..

    adzrien,
    jangan risau..memang ramai yg nak tolong tabur topping tu nanti..

    BalasPadam
  17. ct,
    saya pun penggemar tuna..hehe..

    uncle gedek,
    yis tu aaa..penaik utk roti..haha.. biasanya jenama mauripan..

    kak mulan,
    sabarrr..hehehe...

    BalasPadam
  18. shima,
    aha..yg buat sendiri boleh pilih nak letak topping apa kan..hehe..

    kak ana,
    saya cuba jaya je ni..tapi yg kali ni saya cuba buat memang sedang2 elok sukatan air dengan tepung tu.. takde kena tambah ke apa.. cuma masa nak canai tu kena tabur tepung sikit bagi senang nak canaikan..

    BalasPadam
  19. dah hebat..datang umah aku bawak sedulang ye ;)

    BalasPadam
  20. nasib baik jauh.. kalau dekat, ku bawa tipuware mintak sikit.. hehehe..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^