Selasa

Resepi Ayam Ungkep - Mudah je

Assalamualaikum

Menunaikan permintaan Kakcik yang menanyakan resepi ayam ungkep. Resepi asal orang jawa. Ada yang kata rasanya lebih kurang macam rendang. Tapi tak dicampur santan seperti kebiasaan. Lain orang lain kesukaannya, tapi ini antara masakan kegemaran aku kalau balik kampong. Walau pun dah tahu resepi dan tahu masak sendiri, aku still rasa ianya tak sesedap yang mak masak.

Koleksi gambarnya boleh tengok di entry air tangan ibu

Bahan-bahan
Seekor ayam dibersihkan (paling sedap gunakan ayam kampong atau ayam tua, tapi kali ni mak aku guna ayam muda je)
2-3 batang serai dititik
Asam jawa (atau beberapa keping asam gelugor)
Minyak untuk menumis
Garam dan sedikit gula sebagai perasa
Bahan tumbuk
Bawang besar 2-3 biji
Bawang putih 4-5 ulas
Kunyit hidup (agak agak ukuran setengah inci)
Cili hijau kalau nak pedas letak banyak sikit
Ketumbar setengah genggam
Sedikit jintan manis dan jintan putih

Cara membuatnya
Tumbuk semua bahan sehingga lumat. Blender boleh jugak, Cuma kurang sikitlah rasanya. Aku lebih suka tumbuk.
Tumis bahan tumbuk dengan serai yang dah dititik, tumis sehingga naik bau dan agak garing (jangan hangit sudaa). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam. Gaul sebati.
Masukkan sedikit air dan ditutup. Bila dah agak empuk ayamnya, masukkan asam jawa. Ada orang buat air asam jawa dan bijinya dibuang. Ada juga yang guna asam gelugor. Mak aku masukkan terus asam jawa dengan biji bijinya. Biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sekali sekala bagi mengelakkan hangus dibawah. Masa ni api kecik je.
Kacau sampai kering airnya.
Angkat dan hidangkan.

Bahan bahannya tu aku tak reti nak cakap berapa banyak yang paling tepat. Sebab mak aku biasanya agak-agak dan aku pun memang agak agak je. Biasanya bawang putih tu aku guna 1/3 dari bawang besar. Dan jintan manis dan jintan putih tu sikit je, nak lagi naik baunya letak ketumbar lebih sikit.

Maaf kakcik kalau resepi ni ukurannya macam tak berapa nak lengkap.

Selamat mencuba

Daa

16 ulasan:

  1. ungkep, urep... pergh, tu semua nostalgia aku...

    BalasPadam
  2. wah best ni.. nti leh la try buat... ini komen hakikat org tak pernah msk ungkep ;p hahaha..
    Ayam tua hari ni shima dah buat lauk kari la.. Fav cik abe

    BalasPadam
  3. aku penah makan..kawan aku org jawa johor.sedap jugak..aku ni mana yg tak sedap.janji halal aku ok je :)

    BalasPadam
  4. cam senang je resepi ni.nak try la nnt.maklum la bakal en. suami org jawa..kene la blajar dr skrg.huhu

    BalasPadam
  5. Terima kasih untuk resepi tu Rai. Nanti bolehlah kakcik cuba. Ayam dah ada, tapi ketumbarnya belum dibeli, buk! :)

    BalasPadam
  6. lydia pn pena wt dlu ni.cume kuah lydia lbihkn skit jek..sdp sekali sekala kne ayam msk cm nih.. :)

    BalasPadam
  7. KC tak penah makan. Tapi kalau tengok resepinya, mcm senang. TQ for sharing ye Rai.

    BalasPadam
  8. wahhhhh..
    kakcik.. wajib buat tau.. kamu blogger johor mahu lihat hasilnya

    Rai, u mmg baikk

    BalasPadam
  9. suatu hari d bln posa punya menu nanti..boleh2..tq.

    BalasPadam
  10. Rai..terima kasih..biasa dengar dan pernah makan..tapi tak pernah masak sendiri

    BalasPadam
  11. Adeh! Sodap! Klu kite tukar itik, mst ngam kan? Yummeh!

    BalasPadam
  12. mmg senang je nk masak tp ttpbx leh lawan air tangan ibukan sis.. Sy klu ungkep lg suka ayam kg.. Sedap..

    BalasPadam
  13. xde gmbr ke? boleh cuba resepi ni :)

    BalasPadam
  14. masak ungkep aku pun suka makan, err Rai u ni orang jawa ke

    BalasPadam
  15. Bobo,
    boleh check previous entry..tapi gamba da siap takde..da tak sabar2 nak makan..

    onlajer,
    saya mix..mak melayu..ayah jawa.. haha..

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^