Jumaat

Penangan Ayam Penyet Express

Assalamualaikum

 

Setelah sekian lama cik bos mengajak aku pegi makan ayam penyet, tertunai jugak semalam.

Lokasi : Ayam Penyet Express Ground Floor Sunway Pyramid

Masa : Lunch

Damage : RM15.70

 

Ni first time makan ayam penyet. Shujin tak tertarik sangat dengan makanan Indonesia walau pun ada jugak aku hint hint nak ajak dia pegi. Sudahnya bos ajak, aku pegi jugakla. Lagi pun segan jugak nak menolak da banyak kali dia ajak aku reject. (tapi dia ajak bukan dia velanja..hehe)

Ambik set menu, add lagi singgit dapat free flow air

Ni set yang aku pilih, nasi sejemput, ayam goreng penyet (crunchy, sedapp), sambal super pedas sampai berpeluh peluh aku. Tempeh goreng yang aku rasa dah tak berapa nak fresh dan jugak tauhu goreng. Sayur Cuma salad selai, timun sekeping dengan kubis sepapan. Dalam gambar ada tomato, tapi tak dapat Nampak gayanya. Dan sup lemongrass yang kuning lagi berminyak

Close up sikit, atas ayam tu ada serdak crunchy. Sedap gak

Aku bukan kebulur, Cuma tak suka membazir..hehe..

Bos ada order gado gado. Sambal kacangnya agak manis tapi kena dengan selera aku. Boleh la boleh la. Kira puas ati. Sambal ada tiga jenis sebenarnya, ada dia suruh self service. Tapi aku suka sambal yang merah tu je, yang satu lagi tu macam takde rasa selain dari pedas (sambal belacan kot) dan satu lagi sambal kicap dengan cili potong tu kicapnya manis melekit lekit. Guna kicap ABC kot. Aku tak minat.

 

So alkisahnya, sangat pedas. Tapi magicnya by the time keluar kedai tu dah takde rasa pedas langsung.

 

Tapi bangun pagi tadi sakit perut gila sampai cherry berry. Adeh. Shujin kata tobat dia takmau pegi sebab entah entah sebab belakang kedai tu kotor. Boleh? Arghhh...

 

Nota kaki : Skang masih rasa sakit perut lagi...haihhh..

 

Daa

15 ulasan:

  1. ayam penyet selalu dengo tp xpernah rasa lg haha ;p

    yea kak kalau ecah pun xkan membazir...mkn sampai abes :)

    BalasPadam
  2. Dah lama teringin nk try resipi ayam penyet , tertangguh tak bersebab :(

    BalasPadam
  3. Sy pnh mkn sini tp 1st n last sbb tak menu tak menarik hati lgsg.

    Eh, Sunway Pyramid tu dah dekat sgt dgn umah sy.

    =D

    BalasPadam
  4. Kakcik mula kenal dengan nasi ayam penyek ni masa ikut suami pergi Kuching, sejak itu boleh kata suka juga makan NAP tu. :)

    BalasPadam
  5. bos ajak tapi bayar asing-asing..hihi..ajak teman makan je la kan..
    pandai shujin menakut-nakutkan..lain kali sure takut nak pergi lagi..hehe

    BalasPadam
  6. KC biasa makan ayam penyet. baik di Indonesia atau di tempat kita. Pada KC, biasa je rasa dia, kan. tapi tang sambal pedas tu yg paling tak tahan tu.

    BalasPadam
  7. eB suker jgk tapi x thn kepedasannyer... eB mmg x thn pedas. pondan. ha3

    BalasPadam
  8. Walau sedap pun bila tengok isteri dia dah sakit perut lagilah Shujin tak mahu makan terus Rai...

    BalasPadam
  9. samalah..aku bgi hint2 kat en abe psl nasi ayam penyet ni dia bolayan.tapi ajak ke nasi arab laju je :)

    BalasPadam
  10. sesetengah org mmg takboleh makan pedas2... tapi foer us rasanya ok je..

    BalasPadam
  11. masa balik msi ahari tu, hubby i suka sgt makan kat sini. murah & sedap di akata. I suk jugak t p i xmakan smabalnya sbb i memang xtahan pedas..maybe sbb tu i x de sakit perut apa2 lps makan kat situ

    BalasPadam
  12. tak pernah makan pun..tp memang betul ramai yg cakap ayam penyet punya sambalnya memang pedas menggila..

    BalasPadam
  13. pernah makan 2 kali..tp kat nilai..bukan kat melaka hehe..kat melaka ada jugak tp x teringin plak nak masuk..tp yg kat nilai pekerja die skang ni bangla la..buat aku mcm ada geli sikit hehehe

    BalasPadam
  14. kak rai, buat aje ayam penyet tu sendiri. tak susah pun, beli mahal tak berbaloi :)

    BalasPadam
  15. setiap kali dkna makan ayam penyet mesti tak habis..bukan tak sedap mungkin terlalu kering tu pasal tak boleh telan ...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^