Jumaat

My little kitchen helper

Assalamualaikum

 

Pada korang memasak lebih jimat ke makan kedai lebih jimat. Ada member aku membeli lebih jimat. Jimat masa, jimat belanja. Sebab beli untuk sorang kongsi makan berdua. Lagi pun isterinya pun bukan pandai masak (katanya) Ada jugak yang kata, masak sendiri. Penat penat masak. Yang jadi tu tak sesedap mana. Lebih baik makan di kedai. Lebih sedap. Tak payah buang masa memasak.

 

Aku takde la tere memasak. Tapi Alhamdulillah dikurniakan suami yang tak kisah makan apa. Kadang kadang aku masak tak sedap pun dia habiskan sebab aku pun tak lalu nak makan (punye lah tak sedap kan) hahaha.. Alasannya. Tak baik membazir. Alhamdulillah. Practice make perfect kan. Dah lama lama ni ok dah la aku masak. Ada sesetengah masakan, shujin kata aku masak lebih sedap dari yang mak aku masak (cewahh)

Since ada kitchen helper ni aku lebih semangat nak belajar memasak. Sebab? Balik rumah pukul 7:30 pun masih sempat nak sediakan nasi daging untuk hidangan makan malam - Rebus daging 7 minit..Mostly mengurangkan masa memasak sebanyak 50%. Thanks shujin. Bulan puasa nanti heavy duty lah si comel ini nampak gayanya..

Nasi daging : By encik shujin

Mi bandung by me

Bihun goreng 4 minit. Sangat helpful terutamanya bila ada tetamu tak diduga atau malas nak masak (kalau ada bahanlah)

Dodol 10minit..

Lebih setahun dengan periuk ni, memang aku rasa berbaloi. Kalau tidak, kalau balik lambat alamatnya kena makan lauk beli je la aku. Alhamdulillah dapatlah jimat sikit belanja. Pergi kerja pun 3-4 kali seminggu aku bawak bekal. Kat sini makan tengah hari bubuh je ayam atau ikan at least pun RM5.50. Dengan sayur la. Ada tu sampai RM6+. Tak kira air lagi. Kalau 3-4 hari bawak bekal boleh la nak jimat RM20+ seminggu. Kalau beli bahan mentah, ayam RM12+ (ayamas size XL 2kg+), sayur RM4 (2-3 jenis sayur) boleh cukup untuk 3-4 hari makan sekeluarga. Tapi kalau jenis kerap makan ikan siakap ke ikan merah tu kurang la sikit jimatnya. Nak lagi jimat balun telur hari hari. Zaman skang ni sardine pun da mahal (sardine ayam pun RM6+ setin)

 

Korang pulak macam mana? Kalau dah lewat beli lauk kedai je ke memasak jugak?

 

Nota kaki : Weekend selalu buat movie night. Masak pop corn seminit lepas tu pakat mengadap tv. Jimat tak payah pegi tengok wayang kan (dasar kedekut) kihkihkih.. Dah cari resepi popcorn garret yang mahal lagi glemer tu. Nak cuba resepinya weekend ni. Jemput datang rumah (tapi hidang popcorn dengan air je lah ye). Tak tau lagi nak tengok movie apa ni.

 

Daa

24 ulasan:

  1. wah boleh siap wat dodol bagai...

    bagus betul lah kitchen helper nie...periuk serba boleh...

    BalasPadam
  2. Wah! Baguslah kitchen helper Rai ni. Nak kena minta satu dari SRD ni...hihi.

    Akak biasa weekdays memang masak je, weekend baru ada makan luar, sbb dah terlanjur keluar jalan2 kan. Kalau tidak, masak juga....:)

    BalasPadam
  3. salam Rai..untung ada peyok ni ya,jimatkn masa & tenaga :D.

    BalasPadam
  4. Dlm seminggu, tak hari2 pun sy masak. Dlm 7 hari, mgkn 4 hari sy msk. Takpun 3 hari sy msk. Bergantung pd tahap kemalasan. Wahahahah! Tp umah sy takde pressure cooker mcm nie. Klu ade, alangkah syoknye. Nak beli gak tp turn dlm wishlist sy skg ni adalah oven. Jadinye, pressure cooker ni kene tunggu lmbt g la. Hahahahah!

    BalasPadam
  5. kalau 2 org laki bini je mayb jimat beli kot..tp kalau dah ada anak2...better masak kot huu...

    BalasPadam
  6. Elok masak sendiri, sbb air tangan kita boleh eratkan lagi hubungan .

    BalasPadam
  7. bagus betul mmang sgt2 membantulah @ but nak tanya taste dia sama ke mcm kita masak atas dapur ?

    BalasPadam
  8. Deqna,
    aah..serba boleh..nak hi pressure, low pressure, kukus, rebus, goreng, semua boleh..

    kak yus,
    mintak jangan tak mintak..memang memudahkan kerja..jimat masa..

    kak azatie,
    betul..! letrik dgn gas pun jimat..

    BalasPadam
  9. fara,
    tipu la kalau saya masak hari2.. sama gak..ada hari tak larat tu bagi la periuk cap buaya sekali pun..memang tak larat..tapi kadang husband saya masak..kitorg gilir2.. hehe.. wahh..lepas dapat oven nanti dapat la tengok fara tayang kek..

    mas,
    member aku tu da ada anak pun.. tapi masing2 jenis tak pemakan..so beli lagi jimat..

    ana,
    itu saya setuju sangat..org sekarang banyak sangat makan kat kedai..lama2 sangkut kat makcik tukang masak kat kedai tu..

    BalasPadam
  10. kesuma,
    pada saya lagi sedap. especially sayur yg jenis ubi tu.. macam kentang ke carrot tu memang rasa manis sangat..dia akan contain rasa segar makanan tu..lepas tu makanan dalam tu lambat basi..so far pengalaman saya la..

    BalasPadam
  11. makan luar lebih murah & effektif, kalau hidup seorang diri atau berdua. Lebih dari itu, better masak.

    Itu tentang kos lah.

    Tapi kalau bicara tentang rasa/yg lebih sihat, of course masak sendiri ialah pemenangnya

    BalasPadam
  12. BUI LAGI TERUK..KALAU HARI KERJA KAN,MMG TAK MEMASAK..BELI JER ATAUP MAKAN KAT LUAR..SERIUS TAK LARAT KALAU NAK MASAK..HUHUHU..

    BalasPadam
  13. apakah ini? pressure cooker kah? ampun xkenal sgt kitchen utensils ni, kalau ye pressure cooker mau beli jugak barang seketul buat peneman di dapur eheh

    BalasPadam
  14. Bagi keluarga kakcik, sebenarnya lebih jimat kalau masak sendiri (maklumlah makan untuk 6 orang yang kuat makan), tapi sesekali (atau banyak kali dalam sebulan?) makan di luar juga.

    Baguslah pembantu dapur tu - kena dapatkan satu ni! :)

    BalasPadam
  15. daddy zz,
    yup setuju..tapi kalau da penat tu memang sediakan je la duit dengan perut..hehe..

    bui,
    kalau da tak larat alamatnya kena mintak pembantu rumah tu bui.. hehe..

    yatie,
    ni multifunction pressure cooker.. ada function hi pressure, low pressure, slow cook, stir fry , reheat dgn steam..6 in 1.semua boleh..

    BalasPadam
  16. kakcik,
    jangan kata keluarga kakcik..saya pun sama..anak2 saya tu nampak je kecik..makannya boleh tahan.. hujan pun boleh berenti..budak2 tu kejap2 mintak makan..mintak nasik pulak tu..haihh..

    memang recommended utk yang selalu memasak..kalau jarang tak payah la kan..membazir je nanti..

    BalasPadam
  17. kalau ai.. kalau chef suami ada dirumah dapur dia yang punya.. cakap je nak masak apa.. hehehe.. jarang makan kat luar sebab dia sanggup masakkan untuk satu rumah.. ;)

    BalasPadam
  18. Exactly kakak punya sama dgn Rai punya. Kakak beli dgn kakak akak. Dia dealer amway sebab itu peralatan dapur kakak banyak dari amway product. Stimmer pun kakak guna amway punya senang dan cepat kan... Oh.. jadi buat roti pun Rai guna amway product juga ke? senang kan:)

    BalasPadam
  19. aizamia,
    untung suami pandai dan rajin memasak kan..husband saya pun sejak ada periuk ni rajin dia nak menolong memasak..tapi kitorg gilir2 la..hehe..

    kakzakie,
    a'ah..kawan saya tunjuk periuk ni kat saya..terus jatuh cinta..haha.. tapi yang utk buat roti tu saya tak beli..sbb da ada oven kat rumah..so saya uli tangan je..kalau ada rezeki nak beli kitchen aid mixer tu..yg tu kek pun boleh buat..cuma tak auto je lah..hehe..

    BalasPadam
  20. balik msia nnti nak beli yg ni la. hehe..

    BalasPadam
  21. as,
    beli jangan tak beli..insya allah berbaloi..

    nak beli jgn lupa cari saya..hehehe

    BalasPadam
  22. Biar betul bleh masak dodol! wahahaha.. magika nih.. ayat org tak sangka! igt msk dodol pki kawah besar tu je boleh hihihi

    BalasPadam
  23. baru terbaca...email detail boleh tak...cam berkenan je..

    BalasPadam
  24. shima,
    aha..magika gak masa memula tu..tapi saya bukan fan sangat dgn dodol ni..sesekali je buat..

    keyphochee,
    da email.. :D

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^