Isnin

Mohon Doanya

Assalamua'laikum..


Frst of all terima kasih to owner blog ourkizuna;K.Rai sebab bagi peluang menulis di blog K.Rai ni..yana tak banyak idea macam orang lain nak buat entry so segan2 jugak ni..huhu


Last friday saya dengan my family pergi visit my cucu sepupu,Razif dekat wad SICU HUSM..dia kritikal..kalo yang ada follow di blog saya sebelum ni ada saya ceritakan kisah kemalangan yang meragut nyawa kawannya..di sini and sini jugak..


Masuk wad SICU kena 2 orang jer dalam 1 masa..lepastu kena pakai baju khas dia..saya masuk dengan ma sebab saya memang penakut sikit bab2 hospital ni..nak2 lagi SICU(surgeri icu)..


Saya tak cam pun beliau masa masuk tengok dia..sangat2 kurus dan cengkung..tak keberatan ada yang kata macam tengkorak dah..ya Allah sebak saya tengok..mata dia tertutup tapi tak rapat..ada genangan air mata..saya minta ma sapu tapi tak jumpa tisu..


Ma ajar razif mengucap..kali ketiga baru dia respon..itupun dengan kerdipan mata dia..uhuk!saya da tak boleh tengok dia masa tu..walaupun dia kaku tak berdaya tapi dalam hati dia hanya Allah jer yang tahu..wayar berselirat dengan badan, mulut semua..ada mesin untuk paru2 ke apa tu sori saya tak tahu tapi bacaan dia tunjuk ke angka 11..sangat2 low!


Sebenarnya ada kisah dengan doctor jugak pasal kes Razif ni..Doctor yang sanggup tebuk, operate patientnya berkali2 semata2 ingat family patient ni tak mampu nak bayar kos operation yang berjumlah RM3000 tu..sampai macam tu sekali pandangan seorang doctor..kot ya pun keluarga dia doctor rasakan tak mampu kami saudara mara ni ada..bukan selfish sangat taknak bantu keluarga sendiri..and pasal tu dah settle pun..cuma ya lah still kesal dengan doc tu..kesian Razif..


Saya tak minta apa2..saya cuma minta doa dari kawan2 yang sama2 baca blog k.rai ni..sebab saya percaya doa yang ikhlas dari sahabat yang jauh mudah dimakbulkan Allah..saya tak sanggup lihat airmata seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja untuk anak2nya..ibu Razif seorang yang sangat tabah..


Terima kasih untuk doanya.


Yana,prettywrite.


12 ulasan:

  1. Masya-Allah besarnya ujian Allah buat seorg insan bernama ibu kepada Razif ini.

    Sama-sama kita doakan moga Allah beri kesembuhan buatnya. Amin..

    BalasPadam
  2. semoga razif cepat sembuh...

    dan semoga ibunya tabah hadapi dugaan berat ini...

    BalasPadam
  3. doa yg terbaik utk mereka..

    sesungguhnya Allah menguji mereka yang amat disayangiNYA...

    BalasPadam
  4. owh pretty kat sini, didoakan semoga dik razif cepat sembuh dan seluruh keluarganya hadapi dgn tabah.

    BalasPadam
  5. Sy doakan semoga Allah permudahkan urusan mereka (keluarga dan pesakit).

    BalasPadam
  6. semoga diberi kesembuhan dan selamat semuanya...amin..

    BalasPadam
  7. doa yg terbaik tuk razif..brtabahlah family razif..Allah sntiasa syg pada hamba yg diuji...

    BalasPadam
  8. PS....btl la tu...mmg yang itu pown NOXXA juga....cuma rietta xupload picta dia....

    BalasPadam
  9. saya doakan Razif cepat sembuh..sedih saya baca entry ni...semoga ringan bebanan yang ditanggung ibu Razif

    BalasPadam
  10. Ya Allah..semoga Razif cepat sembuh dan buat keluarga tabahlah hadapi ujian nie..

    BalasPadam
  11. INSYAALLAH,,semuga keadaa razif kembali sihat hendak-Nya

    BalasPadam
  12. semoga razif segera sembuh seperti sediakala & semoga keluarganya tabah dlm menghadapi ujian yg berat ini.. amin..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^