Jumaat

Akhirnya...

Assalamualaikum

 

Akhirnya sampai jugak hari Jumaat…dah nak habis da pun..Inilah nasib orang yang menggunakan formula 40cube (40kuasa tiga - Bekerja 40jam seminggu, 40 minggu setahu dan 40 tahun) Erkkk…

Selamat tinggal timbunan kertassss

Rindukan dragon kecil ku

Walau pun kini dah tak se chubby ini

Selamat berhujung minggu. Buat Mun & Fendy, semoga majlis bahagia kamu berlangsung dengan lancar. Semoga berbahagia dan berkekalan sampai ke syurga Kakcik, sampaikan salam ampun dan maaf kerana tak dapat hadir kepada pasangan mempelai ya. Berhati-hati dalam perjalanan.

 

Kami sekeluarga pula akan pulang ke Kulai, Johor kerana ayahanda tersayang memanggil anak cucunya pulang. Kerinduan katanya. Dah bersiap sedia nak membakar kaki lembu untuk dibuat sup. Mak pulak dah memesan ikan baung tangkapan dari sungai untuk dibuat asam pedas diletakkan daun kesum. Tak sampai hati pulak nak menghampakan harapan orang tua. Lebihnya Aqil dengan Damia pun dah bising rindukan Ayahwe (panggilan ayah aku bagi cucu-cucunya) Aku pulak nak tengok keadaan ayah yang dikatakan dah semakin baik dan memang aku rindukan masakan mak.

 

Kami bertolak malam ni. Semoga perjalanan dipermudahkan.

 

Jumpa lagi hari Isnin kalau panjang umur :D

 

Daa

15 ulasan:

  1. semoga selamat balik dan balik semula ketempat mencari makan

    BalasPadam
  2. Semoga selamat walau di mana juga berada. InsyaAllah kakcik akan ke majlis Mun dan Fendi dan InsyaAllah juga salam itu akan kakcik sampaikan. :)

    BalasPadam
  3. rai..
    semoga selamat sampai ke kg
    kim salam kat mak ayah yer ;)
    sup kaki lembu tu aku tak nak pesan nanti susah2 ko kena hantar ke rumah aku..jauh tu.haha

    BalasPadam
  4. ko take care dan berhati2 dlm perjalanan yer..

    BalasPadam
  5. take care ye sis.. semoga selamat dlm perjalanan.. org kulai rupanya.. :)

    BalasPadam
  6. hati2 ye.. moga semua selamat!

    BalasPadam
  7. moga selamat perjalanan nanti. take care!

    BalasPadam
  8. Bastnya nak balik kampung..semoga selamat diperjalanan

    BalasPadam
  9. assalamualaikum Rai...selamat sampai ke kampung halaman yer satu bendera rupanya kita...mesti seronok dpt balik kg kan...:)

    BalasPadam
  10. selamat pergi dan balik...hehehheehe..dekat tu ngan JPO dah hahahaha

    BalasPadam
  11. ya akhirnya bertemu juga kita dengan Jumaaat yang indah.. selesai semua beban kerja seminggu.. dapat tenangkan diri di hujung minggu bersama family kan... nice

    BalasPadam
  12. dapat melihat wajah ayah dan mak memang buat kita lupa segalanya..terutama bab kerja..
    Seronok kn balik kg ada mereka menunggu utk masak spesel..

    BalasPadam
  13. yae...hujung minggu..tapi dkan tetap kat opis :)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^