Jumaat

Meluat

Assalamualaikum

Sejak sejak kekecohan pasal perhimpunan kontreversi sepanjang tahun BERSIH ni aku rasa muak, meluat tengok status FB mereka yang jenis jenis racist ni. Mintak maap cakap la. Aku bukan tak suka melayu. Aku sendiri melayu. Tapi kalau dok buat perangai racist ni memang meluat habis. Apa ingat bangsa lain je ke nak jatuhkan melayu.

Melayu sendiri jatuhkan melayu la. Ianya berlaku pada mana mana kaum. Bukan melayu je. So tak payah la kemaruk sangat buat status yang bunyi ala-ala macam la melayu tu dah nak pupus.

Banyak status aku baca yang kata orang yang sokong/ikut BERSIH ni bodoh. Sad to say. Mostly adalah melayu dan mengatakan melayu bodoh. Tak fikir pasal keamanan dan kestabilan negara. Pada aku senang je. Kalau ko rasa boleh makan tutti frutti masa dapat gaji tu aman, hujung tahun dapat bonus, boleh shopping kat Jalan TAR masa hujung minggu tu aman, boleh update status kat FB tu aman. By all means. Go on with your life. Tapi for some people out there it is not. Please admit that human are different.

Nota kaki : Masa Justin Bieber datang sampai jem KL takde pulak orang merungut kata payah nak bergerak. Padahal KL tu all the time jem. Satu hujung minggu tak boleh nak buang duit pun heboh tak abis abis.

Marina Mahathir dan mereka yang experience sendiri orang-orang BERSIH "merusuh"

Daa

11 ulasan:

  1. Ibarat anak2, makin dikepung makin kuat keinginannya untuk meneroka...

    BalasPadam
  2. mmg meluat ... terutama yg jenis tak reti bahasa dan tak nak faham , tahu nak cari salah orang je

    BalasPadam
  3. Bila dicelah-celah jutaan rakyat/manusia pasti masih ada yg buta, rabun dan celik...

    Walau ramai yg masih tidur lena dan diulek mimpi tapi masih ramai juga yg telah segar-bugar tak makan dek umpan Rai...

    BalasPadam
  4. oohhhh samela ngan aku zai...tp ada hamba ALLAH kat fesbuk aku ni bukan takat "bodoh" ...semua perkataan pun keluar...honestly,hilang respect pada org2 mcm tu...

    BalasPadam
  5. mmg x sokong sungguh BERSIH nie..cam hampeh jek...!!!

    rai aku menang pun ikut musim hahahaha...mana ada menang selalu :(...

    BalasPadam
  6. saya terus remove org yg tak habis2 politikus nie kat fb :(

    BalasPadam
  7. Apa hak kita nak menyalahkan atau membenarkan perhimpunan bersih. Apa rasional yang kita tahu? Mungkin lebih banyak yang terlindung masih belum terungkai. Tapi, apalah salahnya Bersih kalau sekadar menyuarakan pendapat? Keganasan? Betul ke Bersih yang mulakan..? Kalaupun kita rasa dah selesa, tapi berlaku adillah kepada generasi masa depan. Bukan siapa2 pun.. Anak cucu kita juga nanti..

    BalasPadam
  8. sokong tu..
    cakap jerk BERSIH..apa yg bersih sy pun x tau..ntah apa sgt yg dorang nak perjuangkan..x cukup lagi ke dgn keadaan negara kita yg aman sebelum ni..ke dorang nak jd mcm kat negara barat tu..wallahualam..

    BalasPadam
  9. moga malaysia makin makmur supaya generasi akan datang dapat hidup aman damai tanpa perselisihan faham...

    fikirlah panjang2 nak buat apa2 demi untuk anak cucu kita.. sbb malaysia ni ada berbagai bilang bangsa & agama.. dari dulu kita hidup ramai2 camtu.. bukannya baru.. bertindaklah ikut akal yg waras supaya kita menjadi bangsa yang dihormati.. bukan utk bangga diri sendiri..

    BalasPadam
  10. silalah percaya melayu sama melayu pun tak sepahaman. percaya tak cina ngan cina sepehaman tau. kata suami cik ina yang bangsa india dan cina. dia pun kadang -kadang turut sedih bila dengar cina kata melayu suka bergaduh sesama melayu sendiri. yang benar cik ina permahati dari jauh tapi benar.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^