Rabu

Gaji minimum bagi sektor swasta

Assalamualaikum

Perlaksanaan gaji minimum telah pun diumumkan pada 30hb April. Kadarnya adalah RM900 bagi semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak. Ia akan berkuatkuasa 6 bulan selepas diumumkan (Hujung tahun). Effective kepada semua pekerja sektor swasta kecuali pekerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Dalam berita kata, dengan perlaksanaan gaji minimum ini akan membolehkan pekerja menikmati kenaikan gaji sehingga dua kali ganda.

Menggembirakan. YA!

Tapi aku rasa, pekerja asing yang lebih gembira sebab yang kerja kilang dengan gaji pokok rendah banyak yang pekerja asing.


Dalam keterangan PM masa pengumuman tersebut, dinyatakan bahawa untuk permulaan mereka tak boleh laksanakan lebih daripada RM900 sebab takut akan menjejaskan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.

So, i'm really looking forward dengan kenaikan gaji minimum ni dimasa akan datang. Memandangkan ianya masih lagi terlalu rendah untuk memenuhi keperluan rumah tangga. Terutamanya bagi yang dah berkahwin dan ada anak. Kan bagus kalau dilaksanakan awal-awal lagi.

RM800
Sewa rumah - RM400 (kalau kawasan rumah aku tak dapat dah..Biasanya RM500-600)
Bil bil - RM200 (sekurang kurangnya)

Kat sini je dah RM600 kalau ambik minimum. Tak kira

Makan minum - ???
Minyak - ????
Tol bagi yang terpaksa lalu tol - ???
Loan kereta - ???
Insurans kesihatan - ???

So, RM800 memang terlalu minimum dan tak cukup. Oleh kerana harga barang pun naik dari masa ke semasa, gaji minimum ni pun perlu dinilai dari masa ke semasa. Sekurang kurangnya setahun sekali.

Apa pun, aku agak kecewa sebab aku ingatkan gaji minimum ni lebih detail. Maksudnya, gaji kerani berapa minimumnya, gaji manager berapa minimumnya. Dan dibahagikan mengikut negeri sebab kalau negeri macam Kedah ke Pahang mungkin dari segi kos hidupnya tak setinggi kalau duduk di Selangor atau Johor. So kalau diberi overall macam ni golongan yang berpendapatan sederhana tapi sangat affected dengan masalah ekonomi tak mendapat manfaat.

Still, bersyukur dan aku harap ramai yang akan dapat manfaat dari perlaksanaan ni.

Daa

16 ulasan:

  1. Rai kat sini sewa rumah lg mahal, dah tu diaorg lg suka sewa ke student, RM100 satu kepala, kalau 10 org duduk satu rumah kira RM1000 sewa sebulan,

    BalasPadam
  2. @Anamarza, ye ke ana... melampaunya!! dah macam hotel pulak kira kepala macam tu..baik sewa 4-5 org je..takde la sesak sangat..

    masa pegi pahang aritu makanan takde la mahal sangat..so rasanya ok ok je..tapi biasa la kan..kadang2 barang murah..sewa mahal..vice versa..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah ada gaji minimum macam ni. Saya tanya seorang kenalan yg kerja operator kilang, gaji dia sebulan basic 600 dan kalau dah campur elaun kedatangan, elaun makan semua pun, paling tinggi dia boleh dapat 800, so kalau di laksanakan gaji minumum 900 ni, mmg ada bagusnya juga lah kan.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. harap2 dgn pengumuman PM tu boleh mengurangkan sket beban rakyat yg bekerja swasta ni kan sis..

    BalasPadam
  5. ya lah K.rai..patutnya kena details..nanti macam gaji yang below 900 jerlah yang upgrade ke 900 kan..yang lain2 even pangkat lagi besar gaji maintain gak ker?naya la gitu..mesti ada tak puas hati..

    kalo kat bandar2 besar gaji minimum sepatutnya 1500..kena kira semua kos..

    then tengok ikut sektor la..lepastu kecualikan warga asing..kekeke..

    BalasPadam
  6. kalu kat area damansara, sewa apartment pun dah 900 sebulan huhuhu

    BalasPadam
  7. tulah...aku mati2 ingat kenaikan gaji ni detail...at least buat lah minimum perkiraan utk non exec dgn exec...

    BalasPadam
  8. Kalau ikutkan 900 tu kalau bayar kereta aje dah tak cukup Rai... apa yg sedih golongan ini ramainya bangsa kita...

    BalasPadam
  9. Silapnya satu aja. Kita terlalu bergantung kpd foreign worker. Jadinya, employer akan prefer ambil foreign worker sebab boleh bayar ciput, tapi perah tenaga kow2. Yang rugi siapa? Rakyat tempatan. Nak masuk keja, boleh, tapi gaji dlm pasaran dah di set low( sebab kebanjiran foreign worker ini). saya pernah tinggal di Australia. Di sana, kerja2 macam driver bas, tukang kebun, mekanik, ialah professional..maksudnya, mmg ada tangga gaji khusus, yg mana berbaloi...Dan employer kena set gaji yang tinggi, sebab mereka tak bergantung kdp foreign worker. In fact, migrants di Australia pun mendapat gaji yg tinggi.

    BalasPadam
  10. hah! ape yg akak ckp, itu yg sy terpikir.sbb sy taktau kat mana untungnya sy dgn kenaikan ni.mcm xde effect je

    BalasPadam
  11. Kat malaysiani yang payahnyer majikanler.. kalau boleh nak murah semurahnyer.... kalau boleh nak perah tenaga sedaya mungkin....

    BalasPadam
  12. kita nak ke arah negara maju....harap2 nasib rakyat terbela!!..

    BalasPadam
  13. harap2 dgn ada gaji minimum ni,semua gaji kene up jugakla kan...

    kalau operator kat kilang dah 900,tech,eng,manager,director semua kene up jugakla kan hehe..baru ACI ye x?

    BalasPadam
  14. Kenapa kene beza ikut negeri ek? Aku rasa semua negeri sama jer, aku asal kedah tinggal KL harga barang kalau ikut kan tak beza sgt pun dgn KL. Cuma kehendak hidup jer tinggi. KL byk dugaan, duit mampu bersepah merata. Kalau sewa tue memang membunuh lar.

    Tapi aku rasa barang lagi mahal dekat Sabah n Sarawak. Kenapa tak diseragamkan jer? Apapun kira ok lar, bila kerajaan mula pandang pekerja swasta, harap lepas nie tak payah lar beratkan sgt si kerajaan tue.

    Rasanya swasta pun kene buat standard gred jugak lar mcm pekerja kerajaan, baru senang di ketagorikan. :D

    BalasPadam
  15. gaji naik..tak lama tu brg pun naik...sama jek :(

    BalasPadam
  16. @Lizzie Yasmin, kena consider.. sewa rumah, total living cost..kalau tengok pada sekali imbas..harga barang mentah memang tak jauh beza..tapi still harga makanan banyak bezanya..

    dengan rm10 mungkin boleh makan ala kadar je kat kl..tapi boleh makan mewah kalau kat kedah..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^