Assalamualaikum
Ngantuk! Bangun awal untuk pick up shujin kat stesyen bas di seksyen 17 shah alam. Sudahnya pemandu bas yang kurang prihatin turunkan penumpang di stesyen seri muda. Sementara menunggu kebetulan aku ternampak beberapa orang pekerja alam flora (mungkin..lori sampah kepala biru badan belang putih dan hijau) memunggah longgokan sampah masuk ke dalam tong.
Membuatkan aku terfikir. Alangkah kesiannya pekerja angkut sampah di Malaysia . Kerjanya busuk, jijik, kena angkut sampah tak tentu masa. Dari awal pagi kadang-kadang sampai ke malam. Gajinya tak seberapa. Memanglah tak boleh nak banding dengan student Malaysia yang buat part time kerja angkut sampah di Jepun. Sampahnya bersih, kering, malah disusun dengan baik oleh penduduk. Lorinya tak berbau. Kerja hanya dari pukul 8 pagi ke pukul 5 petang. Gaji untuk kerja part time mencecah JPY10,000 sehari (lebih kurang RM320 rate sekarang) Sehari tau, bukan sebulan, bukan seminggu.
Aku tau dan sangat faham, kalau nak banding memang tak terbanding. Kita masih mempunyai third class punya mentality. Iaitu, semuanya adalah tanggungjawab authority. Kalau sampah nak ulat, busuk. Salah MBSA sebab lambat datang kutip. Kalau longkang tersumbat jadi banjir salah kerajaan negeri sebab tak selenggara dengan baik. Seolah olah kalau berak tengah jalan, baunya busuk pun salah MBSA sebab tak datang cuci. Jangan hairan kalau satu hari nanti cerita macam ni masuk TV. Lebih lebih lagi kalau kesnya terjadi di negeri negeri panas (paham paham sendiri lah)
Menyampah aku nak tengok TV sekarang ni. Negara kita ni demokrasi ke k03*@#!$. Pernah tengok drama Change (Lakonan Kimura Takuya). Bagusnya kalau ada PM yang begitu kan .
Nota kaki : Maaf. Takde niat nak cerita soal politik. Agak-agak dapat tak 1Malaysia capai negara maju pada 2020. Kita ada lapan tahun nak mengubah mentality masyarakat. Dapat ubah dua perkara pun aku rasa sangat sangat baik. (1) Beratur naik kenderaan awam, (2) Buang sampah di tempat yang disediakan dan bungkus elok elok. Bukan main humban je.
Daa
susah!
BalasPadamorg kita ni susah nk berubah..
Kalau kita perasan, di tempat yang ada papan tanda DILARANG BUANG SAMPAH DI SINI, di situlah sampah berlonggok2 dibuang. :(
BalasPadamyup. mentality malaysians kena ubah
BalasPadamSuka sgt entri nie.
BalasPadamPolitik di Msia, menangguk ikan di air keruh. Pergunakan media dan monyetkan rakyat. Kononnya PBT tak jlnkan tgjwb bila sampah overload kat tong2 sampah yg disediakan. Sgp berpanas sambil tayang kain rentang kata PBt tak bt keje. Kjaan tak amik tindakan. Tapi dlm hati sy, tertanye2...kenapa mst nak hrpkan tukang kutip sampah je? Klu ye la lori sampah tak kunjung2 dtg kutip, nape tak susun elok2 sampah. Sgp lak dibiar berlonggok mcm tu.
Ok. Sy pun bkn nak cite psl politik. Kesimpulannya, mentaliti rakyat Msia mmg semacam ini. Gotong royong utk kenduri kawen ckp suke. Tapi gotong royong utk bersihkan kaw. umah sendiri...mak aih. Liat bebenor.
ko cakap pasal sampah cik ina teringat masa cik ina lalu kat tempat pembuangan sampah kat area rumah cik ina,berlambak nasi sampai ke tengah jalan. Bila difikir balik, rasa pelik ngan perangai orang yang buang nasi cam tu.Dia sendiri pun boleh pikir yang plastik nipis cam tu lama kelamaan boleh pecah, tapi nat wat cam mana kalau otak dah tak boleh pikir.
BalasPadamadei adei.. citer pasal tak reti buang sampah ni kan, bikin hati membara2.. yg besar pon macam takde otak buang sampah merata2..
BalasPadamhu3
BalasPadamKakak rasalah Rai... 2020 memang akan sampai jugalah tapi utk mencapai apa yg diidamkan hhmmm... jauh api dari panggang. Berkobar-kobar nak itu-ini tapi hakikatnya pelaksanaan memang tak ada lagi-lagilah kalau pusat dgn negeri yg panas-panas terus-terusan tak sehaluan - masing-masing nak tunjuk dialah yg terbaik...
BalasPadam@Anamarza, bukan susah.. masing2 memang taknak beraubah.. hehe..
BalasPadam@kakcik, betullll.. lagi ada sign dilarang merokok..kat situlah depa merokok..
BalasPadam@Pok Amai-Amai, peliknya diorang ada masa nak buat kain rentang tu tapi takdak masa nak bersihkan sendiri sampah2 tu.. atau kurang2 longgok elok2.. kann..
BalasPadamsaya pun bukan nak sembang politik.. tapi kalau tengok berita.. rasanya yang saya boleh percaya cuma berita kemalangan dengan keputusan perlawanan bola sepak..hehe
@Cik Ina Do Do Cheng, tu la cik ina kan..kadang2 ikat elok2 pun taknak..bila anjing ke kucing kais sikit terabur..tak malu pada nasi betul..
BalasPadam@m.u.l.a.n, betul kak.. tu tak kira hat buang sampah kat atas jalan lagi tu..
BalasPadam@Kakzakie, setuju kak.. rakyat yang jadi mangsa..
BalasPadam