Rabu

Tiada lagi alasan tak sempat nak bersenam

Assalamualaikum

Typical orang kita bila nampak orang bersenam mesti ada yang tanya, nak kurus ke? Kalau nampak orang yang dah sedia kurus bersenam mesti ada yang gatai mulut cakap "ai, nak kurus macam mana lagi?"

Siapa taknak bentuk badan yang menarik macam retis barat ye dak (nampak sangat tak tau nak sebut siapa..ahahaha) Tapi nak bagi komitmen bukan satu perkara yang mudah. Especially bagi ibu ibu, tak kira la sama ada yang bekerja sepenuh masa atau pun yang jadi surirumah sepenuh masa. Hei, ingat surirumah tak sibuk ke? Ramai yang menjadikan sibuk dengan urusan harian sebagai alasan tak bersenam. Tapi nak mengadap TV ada pulak masa.
Kalau dah malass...
Sebenarnya bersenam bukanlah nak kena masuk gym atau pun ada peralatan baru boleh bersenam. Kat mana-mana dan bila bila masa boleh bersenam. Tapi kena taulah senaman yang sesuai dengan masa dan keadaan. Jangan pulak buat push up masa tengah beratur nak beli makanan. Haru pulak jadinya. Aktiviti senaman boleh dibuat sebanyak 3-5 kali seminggu. Kalau yang jenis nak betul betul fit macam ahli sukan ke biasanya kena maintain bersenam setiap hari. Kalau rakyat marhaen macam aku ni dua hari sekali pun ok lah. Duration untuk bersenam untuk beginner adalah 10 minit. 5 minit untuk warm up. Dan 5 minit untuk senaman. Kalau stamina dah banyak boleh buat 30 minit.

Senaman boleh dibahagikan kepada empat ategori
(1) Strength and resistance - Untuk kekuatan otot dan tulang
(2) Flexibility - Untuk menambah flexibility joint dan otot
(3) Stamina and endurance - Untuk stamina dan kekuatan jantung (jenis jenis senaman aerobik)
(4) Balance and coordination

Bergantung pada tujuan senaman, kita bebas memilih kombinasi aktiviti senaman yang hendak dilakukan. Of course the best adalah dengan combine semua sekali. Jangan stick pada kombinasi senaman yang sama lebih dari 3 minggu. Badan manusia sangat hebat. Once dia dah biasa dengan rutin senaman tu, lebih sedikit tenaga akan dibakar.

Bila masa paling sesuai untuk bersenam? Bila bila masa pun boleh. Tapi janganlah baru lepas tolak pinggan nasi terus nak berlari. Ada yang recommend pagi sebelum breakfast. Logiknya adalah once kita makan, badan kita akan rembeskan hormon insulin, insulin adalah sejenis hormon yang akan menghalang lemak dari dibakar. So, kalau bersenam lepas breakfast kurang effective berbanding bersenam sebelum breakfast. Kalau tak sempat nak buat waktu pagi, petang atau malam pun boleh.

Kat office aku ada disediakan gym, ramai jugak yang aku tengok bersenam waktu lunch. So diorang senam kejap. Lepas tu baru makan. Aku tak dan lah. Pukul 12 je terus cari nasik. Hehehe..Aku prefer senam pagi. Biasanya aku buat 15-30 minit. Depends banyak mana ada masa. Warm up, lepas tu jogging setempat, flexibility dan jugak resistance. Balance dengan coordination tu aku buat sepanjang hari bila sempat dan teringat.

Bila dah kerap kerap buat rasa seronok jugak bersenam.

Daa

17 ulasan:

  1. Bersenam jalan kaki pagi2 hantar Safiyya ke sekolah sambil dukung Ainul...aci tak?

    BalasPadam
  2. assalam rai...acik dah lama sangat tak bersenam..tu sebab agak nya maikn kembang..asalnya dulu berhenti sebab sakit lutut..sudahnya tak buat lansung sampai sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk hilang sakit lutut main lah basikal road bikes atau mountain bikes

      Padam
  3. mmg org dok umah lagi kdg2 tak de masa..sbb keje umah tak penah nya abis :(

    klu cam i nie mmg sntiasa le kena set masa..kdg2 workout pagi..pukul 9 after lite bfast..now nie tgh ikut plan so 4 kali smggu..tiap hari mesti 40mins...hehehehe mudah2an

    actually naik turun tangga pun senaman sebenarnya..elakkan lift gunakan tangga ;)

    BalasPadam
  4. @Anamarza, aciii..pada saya as long as kita aktifkan diri is ok..unless kalau kita ada target.. macam nak turunkan berat badan ke.. baru kena buat proper..

    BalasPadam
  5. @Acik Erna, sebenarnya senaman bagus utk kurangkan sakit lutut..tapi kena pilih senaman yang betul la..cuba la buat kak erna..senaman yg utk joint dan muscle tu..

    BalasPadam
  6. @sisdee, hebat la kak 40 minit..saya kadang2 15-20 minit je.. senaman pagi tu kalau buat sebelum breakfast lagi bagus.. tapi kalau takut pengsan ke apa ke..just minum jus sikit..

    BalasPadam
  7. malas bersenam dan 1000 alasan tu mcm aku je..tgk citer korea boleh pulak
    huhu

    BalasPadam
  8. kat ofis pun tempat senam?waahh..msti seme kurus2 kat ofis k.rai neh?ahah

    BalasPadam
  9. Kakak nak berjogging keluar kena abang teman tapi itulah abang selalu tak ada kat rumah. So... sambil ajar anak kakak jenjalan dekat porch. Itupun asyik kena ganggu bila dia tanya itu-ini tentang homework dia...

    Masa-masa lain macam tak bolehlah Rai (tak pandai planninglah kakak nie..)

    BalasPadam
  10. Alamak! Sy terase! Bukan terase ape tp sy terase sbb selalu bg alasan bodoh tak nak bersenam. Bila dah masuk fasa umur 30an nie, terase badan makin lemah ngan berat. Merbahaya!

    BalasPadam
  11. rai..
    hari2 ayu kayauh basikal...
    walau sibuk buat gak..

    tapi.. ayu mmg pantang dapat tangga...
    ayu suka lalu tangga dr tangga lif

    BalasPadam
  12. fara jom terasa sama, rai tak de masa lah.

    BalasPadam
  13. BUI SLL BERSENAM SEBELUM TIDUR..TP ITULAH KAYUH BASIKAL SENAMAN JER SAMPAI BERPELUH..HEHE

    BalasPadam
  14. hehehe..aku pun malas jugak..sauna ada,basikal ada tp nak sentuh jarang2 sekali hehee

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^