Isnin

Resepi serunding ayam : konpem menjadi

Assalamualaikum

Semalam buat projek membuat serunding ayam. Asalnya akak aku nak bawak balik beras ketupat yang kecik kecik tu. Since dia makan tak banyak, dia bagi kat aku separuh. So, shujin pun cakap "kalau makan dengan serunding sedap ni" Sedap la bukan dia yang berpeluh ketiak kan.. Hehehe..

Aku pun gigih mencari resepi serunding ayam. Resepi asalnya dari kak erra Myresepi. Aku ubahsuai dari segi kandungannya je. Bahan-bahan masih sama.

Bahan-bahan
  • 1 kilo isi ayam (beli kat ayamas) atau seekor ayam(ambil isi shj)  - Aku beli ayam kat carrefour lebih kurang 1.3kg seekor.
  • 1 kilo santan - Aku gunakan santan dari 2 biji kelapa
  • 3 genggam jintan kasar
  • 3 genggam ketumbar
  • 0.5 kilo bwg besar
  • 10 ulas bwg putih
  • 2 senduk gula, garam secukup rasa - Aku tambah 3-4 sudu je. Kurangkan gula dalam masakan, tambahkan gula dalam senyuman.kehkehkeh..
  • 5 senduk cili kisar -kalau suka pedas sila tambah sendiri - Aku letak kurang dari sesenduk, takut pedas anak-anak nak makan
  • 2cm halia
  • 1 paket kerisik( harga rm2.00). kak erra selalu buat sendiri pakai sebelah kelapa - Aku pakai sebiji kelapa
  • Minyak untuk menumis
  • Secawan air asam jawa, kalau tak asam keping pun boleh - Aku guna segenggam asam jawa bancuh dengan semangkuk kecik air.

Cara-cara

  1. Rebus isi ayam sampai empuk dan boleh disiat-siat halus(makan masa juga ni) - Aku high pressure 7 minit. Ayam jadi sangat lembut dan senang nak disiat.
  2. Isi ayam yg telah disiat ditoskan
  3. Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia - ready utk tumis.
  4. Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) seterusnya diblend kasar-kasar sedikit, hancur sangat tak sedap. Tapi aku buat terhancur jugak sikit sebab anak-anak seronok main blender. Hehe
  5. Tumiskan bwg tadi bersama cili kisar, biar garing sebentar
  6. Masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend
  7. Masukkan santan
  8. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik
  9. Last masukkan air asam
  10. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing baru angkat. Boleh makan dengan nasi atau roti juga. Hari Raya makanlah dgn ketupat. (resepi asal kata 3 jam..aku masak dalam periuk multifunction pressure cooker mode stir fry, siap dalam 2 jam saja)
Aku mengacau depan tv sambil tengok drama jepun. Itu pun lenguh bukan main. Shujin tolong jugak sudahnya, kesian gamaknya tengok isteri dia peluh peluh mengacau. Siap melecur terpercik santan lagi. nasib baik cepat sapu lotion, kalau tak berparut tangan. Malam tu mintak shujin urut bahu dan tampal salonpas. Hahaha.. Gambar tak sempat nak upload lagi. Kendian lah ye.

Oh..Daripada sekilo lebih ayam dengan tulang tu, dapat lebih kurang 500gram ke 750gram serundingnya. Aku tak sure sebab baru keluar periuk dah kena serbu. Sabo je lah. Hari ni bawak bekal nasi impit dengan serunding ayam. Kalau ada kuah kacang lagi sodap ni kan. Hehehe..

Nota kaki : Bila buat sendiri ni takde la sayang sangat nak makan. Kalau beli terasa macam mahal kemain. Haihh..

Daa

13 ulasan:

  1. waaa..gigihnya k.rai buat..memang kalau beli mahal sangat kan..nak makan pun berkira-kira..kikiki..

    BalasPadam
  2. Serunding style Rai inilah yg kakak buat utk anak-anak. Kadang kakak buat dgn daging lembu. Kalau pergi melancung inilah juga style yg sesuai sebab makan dgn roti senang kan...

    BalasPadam
  3. @Prettywrite, gigih la.. dah tekak teringin nak makan..hehe..

    BalasPadam
  4. @Kakzakie, betul kak.. breakfast pagi pun saya makan dengan roti..nampak gayanya mudah la penyediaan sarapan pagi sekarang ni..jgn diorang jemu sudah.. hehehe..

    BalasPadam
  5. salute u..!! saya takde kesabaran mengacau serunding.. masa kecik pernah tolong emak buat serunding sambil nangis dalam hati... nak order boleh?

    BalasPadam
  6. alah,aku macam malas yer nak buat benda yg byk kerja ni..heheheh...mintak sikit

    BalasPadam
  7. x mo buat tapi nk dtg umah u mkn boley? hik3 ;p

    BalasPadam
  8. @lieynanilaz, sayang laki punya pasal..terpaksa la mengigih.. haha..aku da pesan siap2 kat laki aku..paling banyak pun setahun dua kali je buat serunding ni..hahaha..

    BalasPadam
  9. @m.u.l.a.n, sabar tak sabar.. masa half way mengacau tu ada jugak rasa nak nangis..tapi suami tukar tolong kacau..tak jadi menangis..hehehe..

    BalasPadam
  10. @Ila, hahhaa..ni panggilnya event sekali sekala je..nama nak buat selalu mintak maap la.. kalau nak mai la rumah..hehe..

    BalasPadam
  11. rajin...rajin...rajin..la ko ni zai =p

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^