Rabu

Pok amai amai

Assalamualaikum

Ni bukan pok amai amai Mommy Fara okeh. Hehehe..

Lagu pok amai amai dah diberi nafas baru oleh shujin dan anak-anak. Penggubah liriknya of course shujin dan dinyanyikan semula oleh anak-anak. Penyanyi utamanya siapa lagi kalau bukan Nurul Atiqah Damia.
Gambar recycle : Aktiviti bersama abamm..celoreng askar
Ubahsuai lirik oleh shujin
Pok amai amai
Jom baca buku
Tepuk sampai pandai
Ibu upah susu
Susu lemak manis
Ibu masih muda hahahaha..lirik ambik ati nihh
Adik jangan nangis
Ibu pergi kerja


Tambahan oleh Atiqah
Ayah bawak kereta
Abang tidur
Tiqah no no nanges


Atiqah dah semakin banyak bercakap. Sepanjang perjalanan balik dari kerja melayan dia bercakap.
Ibu, ayah buat Tiqah
Ibu, Tiqah jatuh meja sakit ni >> Ibu, Tiqah jatuh kat meja. Sakit kat sini.
Tiqah makan ashik >> Tiqah makan nasi
Tiqah, abang gigit >> Biasanya memang dia yang gigit abang dulu
Tiqah nak duduk ibu >> Tiqah nak duduk kat ibu (sebenarnya sibuk nak menyusu..)

Menurun siapa lah agaknya perangai tu. Nak menakal je. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi. Ayah dia yang garang tu pun boleh kalah dengan si Atiqah ni.

Ada jugak berebut mainan dengan abang, tapi ada masa diorang pandai jugak mengalah.

Alhamdulillah. Lega jadi ibu.

Daa

23 ulasan:

  1. hahaha..part 'ibu masih muda' tu yang tak boleh blah

    BalasPadam
  2. si kenit aku kat umah tu pun makin banyak ayat dah aku dengar.terbaru bila aku nak naik solat.dia pun mengekor smbil mulut cakap 'mie,nak sholat..nak sholat..nak sholat'selagi tak jawab selagi itu dia duk ulang.

    pagi2 mintak nak 'kap'mekap la tu.huhu.

    tapi paling best bila baring2 depan tv @ nak tido dia akan cakap 'syayam mie'..terharu beb

    bersyukur diberi peluang jadi ibu

    BalasPadam
  3. Tahu2 nanti mereka sudah pun dewasa. :)

    BalasPadam
  4. pandai ayahnya amik hati ibu..eheh

    BalasPadam
  5. Rai gandingkanlah mereka berdua. Kakak tumpang seronok tengok wajah-wajah mungel milik Rai/Shujin.. Cerdik:)

    BalasPadam
  6. ya ALLAH zai...asal badan atiqah tu?hahhaaaa

    BalasPadam
  7. bestkan sis tgk keletah anak2 nih.. balik keje hilang penat bila tgk muka mereka.. :)

    BalasPadam
  8. Hehehe...baru je nak pasan tadi...

    Hahahaha...sy tersengih bab ibu masih mud atu....

    =p

    BalasPadam
  9. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    fensan berkali2. hik3

    BalasPadam
  10. la kenapa tu , cik ina ingatkan ko nak cite pasa si mommy fara, kui kui kui.comel lah anak ko mesti ko pun comei kan: )

    BalasPadam
  11. @Irfa, tu la..nanti rasa macam kejap je dah membesar.. macam macam perangai diorang..

    BalasPadam
  12. @kakcik, rasa macam nak rakam setiap saat..supaya nanti boleh ulang2 tayang..

    BalasPadam
  13. @Kakzakie, insya allah kak.. ada gambarnya..tak transfer je lagi..

    BalasPadam
  14. @mummY daniSha, persediaan nak masuk PLKN...hahaha..diorang main marker..

    BalasPadam
  15. @ct rahani, tapi kesian jugak kadang2 bila kita penat sangat.. diorang ajak main pun dah tak larat...

    BalasPadam
  16. @Cik Ina Do Do Cheng, anak anak banyak ngikut ayah dia kot.. mak dia tak berapa nak comel.. haha..

    BalasPadam
  17. lega jadi ibu.sukanya sy baca..lega rasa kan tgk anak sndri petah , bijak cm tikah..sy tgk anak buah mbesar pun dah teruja..nk tggu anak sndri lmbt lg,... =)

    BalasPadam
  18. ehhee..ingat pok amai2 kak fara..boleh buat video khas ni k.rai uplod kat youtube..hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^