Khamis

Luahan perasaan - Plagiarism

Assalamualaikum

Clarification dari aku. Semua entry aku adalah apa yang originally aku karang sendiri. Berdasarkan apa yang aku belajar dan baca. Unless state otherwise. Dan biasanya kalau ada yang aku just copy paste dari mana mana aku akan quote dari mana aku copy. So please please. Aku tak kisah kalau ada sesiapa yang nak copy paste entry aku kalau dia suka.

Bukanlah aku nak kata hebat sangat blog aku ni.

Tapi tersentap la jugak bila tengok orang copy paste entry aku bulat bulat takde cakap dia copy benda tu.

gaya kuciwa
Sedeh tau. Peluh peluh ketiak menulis, orang senang-senang je copy.

Sekian pesanan dari penaja.

Nota kaki : Aku tak marah, cuma tersentap je. Hehehe..

Tambahan : Aku dah directly mengkomen kat entry yang terlibat dan penulis blog tu pun dah mintak maaf atas ketelanjurannya. Menurutnya dia pun tak tau aku sendiri yang tulis entry tu sebab dia ingat aku kopipes dari sumber lain. Anyway. Aku tak marah pun dan aku appreciate sangat sebab penulis tu dah contact aku minta maaf. Perkara ni jadi pengajaran untuk diri aku jugak. Pada penulis. Maaf sebab aku publish entry ni sebelum aku terima email dari dia. Dan aku takde niat nak malukan sesiapa. Buktinya aku takkan bagitau siapa yang kopipes entry tu dan entry yang mana satu. So the bottom line is. Incident ni adalah pengajaran untuk semua termasuk diri aku.

Daa

19 ulasan:

  1. sape si plagiarist tu babe? *busy body*

    BalasPadam
  2. hahaha...yg pasti bukan aku kan?kekeke...sebab aku rajin gak tempek dr fesbuk ke belog..tp ada tulis "copy paste frm fesbuk" hehehe

    BalasPadam
  3. nak copy tak pa paling tidak bagi la credit kat orang yg dah susah2 karang kan....
    * peringatan tuk diri jugak ni, ada masa terlupa nak kasi credit

    BalasPadam
  4. Ish....sape la blogger yg cetek ilmu tu ye? Kot ye nak kopipes pun, jgn le kopipes bulat2. Bt le ayat2 sendiri. Tak yah le nak bodohkan diri sendiri.

    =(

    BalasPadam
  5. Apalah salahnya letak pautan ke blog asal kan? :(

    BalasPadam
  6. Kalau pun nak copy/paste mintalah kebenaran dulu kan ke elok.

    Kakak ada copy and print utk anak-anak anak baca yg 2nd N3 tentang carbohydrate Rai sebab nak suruh anak kakak baca...

    BalasPadam
  7. Gaya kecewa yang sungguh hebat! haha..

    BalasPadam
  8. benda dah setel kan...hepi2 ok...:)

    BalasPadam
  9. ade ke copy paste? tak penah kene.. hihi.. tp di bawah belog saya tu saya dah state.. kikiki ;)

    BalasPadam
  10. @yatie chomeyl, hahaha.. tayah la aku bagitau.. lagi pun dia dah mintak maaf..

    BalasPadam
  11. @mummY daniSha, ala.. sebenarnya copy paste ni benda biasa mas..tapi kalau kita tak kredit tak adil la pulak utk yg susah payah menulisnya..

    tapi kalau tak kredit pun bukan boleh buat apa jugak..hehehe..

    BalasPadam
  12. @Pok Amai-Amai, adess.. dia ingat saya kopipes jugak..hehe..

    BalasPadam
  13. @Kakzakie, saya pun rasa macam tu..kurang2 kalau bagi kredit pun takpe..sejuk je hati.. hehehe..

    silakan kak..bagus lah kalau apa yg saya tulis tu berguna..

    BalasPadam
  14. @kakcik, setuju dgn kakcik.. rasanya takde ruginya..tapi tu lah.. kadang2 dalam hal macam ni kalau org tak letak kita pun tak boleh nak buat apa..

    syukur blogger tu setuju nak letak kredit..

    BalasPadam
  15. @Daddy Ziyyad, mau tak hebat.. kuat drama ni..hahaha..

    BalasPadam
  16. @lieynanilaz, yup..kita hepi je..hihikk..macihh...

    BalasPadam
  17. @Khairul Hakimin B. Muhammad, biasalah dalam dunia blogging ni memang tak lari dari kopipes.. saya ada dikopi atau mengkopi..

    salam kenalan..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^