Rabu

Karipap, kek coklat dan pecal terung

Assalamualaikum

Dalam pada tak rajin nak memasak masa cuti aritu aku tunaikan jugak permintaan perut yang dah lama teringin nak makan karipap rapuh resepi dari Kak Azlita Masam Manis. Kulitnya aku guna resepi Kak Ita. Isi kandungannya aku guna bahan apa yang ada kat dapur rumah. Cuma aku ejas sikit tambah sesudu cili giling. Pedas sikit. Tapi suami dengan anak-anak kata sedappp.. Alhamdulillah. Kulit karipap pulak memang terbaik. First time aku buat kulit karipap tu menjadi. Hehehe. Biasanya jadi liat.

Kek coklat tu semalam aku buat. Bangun pagi meroyan nak makan coklat. Anak-anak tak bangun lagi senang aku nak menggodak. Tapi rasa macam terlebih coklat. Apa pun Damia makan tak renti renti. So sedap la kot naaa..

Pecal terung adalah resepi masakan jawa peberet abang aku. Shujin tak layan sangat makanan jawa ni. Tapi nampak gayanya kali ni tertumpas jugak dia. Kekdah buatnya mudah je. Terung dibakar sampai agak agak masak. Buang kulitnya. Untuk kuah. Perahkan santan. Tumbuk bawang besar (bawang merah lagi sedap), ikan bilis dengan cili. Siram atas isi terung. Aku buat kuahnya banyak. Jadi macam terung masak lemak.

Maaf. Takde gambar. Laju sangat mengunyah. Hehehe.

Kurimu korokke..bestest in the world..haha..shujin belanja..

Cuti kali ni aku duduk rumah. Toilet train Aqil. Sekali dua kali terbabas. Aku ugut nak cubet paha dia kalau dia terbabas lagi. Tak cubet pun lagi. Melalak macam kena belasah. Sabo je la jadi mak. Lepas tu tak terbabas dah. Cuma nak tercirit sikit dalam seluar. Sempat masuk bilik air. Lepas tu dia dah tak terbabas dah. Masalahnya. Dia aku rasa dia tak kencing langsung sepanjang hari. Bila malam pakai diapers baru kencing. Merisaukan. Hari ni aku kerja. So stop dulu. Tak sampai hati nak nyusahkan mak mertua aku kalau dia terbocor nanti. Kesian orang tua tu.

Nota kaki : Aku rasa aku jadi dracula sepanjang cuti. Langsir tutup je. Kena cahaya matahari pun sakit mata. Hehehe. Gedikkss..

Oh ya! Meh la LIKE Ourkizuna di FB. Mekaseh..

Daa

33 ulasan:

  1. Ada tengok gak resepi karipap kat blog kak ita tu tapi tak terbuat lagi hihi, nak toilet train anak mmg perlu kesabaran yg tinggi la kan.

    BalasPadam
  2. Pecal terung tu cemana ghupe? Anak2 kakcik suka terung masak pajeri atau goreng sambal je. :)

    BalasPadam
  3. assalam rai..sama la mcam masa acik ajo anak dulu..boleh tahan sepanjang hari..siap bagi tau sakit perut bagai..bila dah dipakaikan..terus baik sakit perut dia.

    BalasPadam
  4. salam rai...

    rajin masak2 ya..

    Teringat pula masa toilet train anak sulung Aqil juga namanya. Memang paling susah rasanya berbanding adik2 dia...huhu

    BalasPadam
  5. alahai ingat ada gmbr pecal terung =(

    BalasPadam
  6. babe, instead of cubit..apakata u bg reward if aqil bjaya potty kat toilet. dulu I jd dragon jugak setiap kali SN terbabas...then skrg I tukar taktik...klu dia unci kat toilet, mommy bg sticker lekat kat dinding toilet..so that dia nampak pencapaian hebat dia tu...

    try la on Aqil, who know it might work wonder :)

    BalasPadam
  7. samer ar kiter. aku vampire gaks. x leh kena cahaya. aku kena cahaya tv jerk ;p

    BalasPadam
  8. Merajinkan diri dikala cuti. Tahniah. Lagi satu tahniah dari kakak sebab dah ajar adik mula buang pampers. Betul jgn cubit... kalau tak kakak ambil adik jadi anak kakak hihi....

    Biasalah Rai... mula-mula tercirit sikit lama-lama ok...

    BalasPadam
  9. suka masakan jawa ni...tak tau kenapa
    pecal terung...sedapnya

    BalasPadam
  10. rai, klau ada gambar lg bestkan, sy sepanjang cuti kemalasan melanda, tak de membaking pun

    BalasPadam
  11. first day danisha terbabas kecik dan besar...yg kecik leh sabar...bile yg besar tu..mama dah jadik raksasa hhahaaaa...memang kene marahla...tp lepas tu trus ok dah...serik kene mara kot hehee

    BalasPadam
  12. pecal terung tu macamana ya k.rai..yana kalau terung2 memang tak makan..hehe..

    nt lama2 boleh la tu Aqil..anak buah yana macam tu lah..ummi dia sampai naik hantu kadang2 malam2 2 kali bocor..ehehe..

    BalasPadam
  13. semua the very delicious one.. telan air lior je ni..

    BalasPadam
  14. aku pernah toilet train aleesya mase dia umo 2 thn lebih..mmg kena banyak sabar..dalam seminggu baru menjadi..tapi nak buang air besar tetap dalam pampers gak..tapi train tak berterusan sbb time tu aku pregnantkan amirul..penat melayan dia asyik2 ke toilet..tanak kencing pon nak ke toilet..last2 pakai pampers blk..hahaha..tapi bile dia dah masuk 3 tahun lebih dia sendiri offer diri tanak pakai pampers..senang hati aku..skang tunggu turn adik dia plak..huhu..

    BalasPadam
  15. Baru sorang dah ugut cubit ehh.. tini ni hah, nk toilet train kan 10 pelajar. Ada hari tu kejenye asyik dok mengelap kencing. Hehe... tp bila dah berhasil, mmg bangga semacam hehehe

    BalasPadam
  16. @qemaishak, betulll...saya pun dah lama tengok resepinya.. baru mencuba..

    BalasPadam
  17. @kakcik, alamak kakcik.. lain kali saya ambil gambar ya..

    BalasPadam
  18. @misya, kan kan..rasa macam teringin nak buat lagi..

    BalasPadam
  19. @Acik Erna, salam kak erna.. budak2 ni kak macam2 akal dia..

    BalasPadam
  20. @~ yus ~, salam yus, cuti cuti merajinkan diri sikit..hehe..

    BalasPadam
  21. @Munnafendy, ehehe..sori eh.. lain kali tepek gambar..

    BalasPadam
  22. @yatie chomeyl, actually aku dah terpk dah trick tu..tapi bila dia unci dalam seluar aku terus jadi resaksa..now da boleh control sikit..aku bagi dia angry bird.. hehe..

    BalasPadam
  23. @eB ezrin, vampire tak isap darah kan kita ni..hehe..

    BalasPadam
  24. @Kakzakie, hahaha..jangan la kak..susah payah beranak ritu.. hehe..saya cuba jadi ibu penyabar eh..

    BalasPadam
  25. @Qhaifa Nur, kan kan..tapi tak boleh nak buat selalu.. anak2 tak boleh makan..

    BalasPadam
  26. @Anamarza, actually malas jugak..bayangkan lima hari cuti boleh kira dgn jari berapa menu yang dimasak..yg lain suami yg masak..hehehe..

    BalasPadam
  27. @mummY daniSha, tapi da lepas marah tu nyesal kan..hihi..

    BalasPadam
  28. @Prettywrite, hmm..lain kali akak ambik gambar..sedap tau..rugi kalau tak cuba..

    BalasPadam
  29. @MULAN, makan sedap..nak membuatnya bercinta..hehehe..

    BalasPadam
  30. @mama_ka0ri, bagusnya kalau aqil cakap macam tu..tapi damia pun aku nak start awal nanti.. jimattt..hehehe

    BalasPadam
  31. @Nini Hartini, sebab tu saya tak layak jadi cikgu.. kurang penyabar..hihi..

    BalasPadam
  32. rajin yer masak memasak nih....bagus2...:)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^