Ahad

Ulasan filem ombak rindu

Assalamualaikum,

Semalam pergi rumah akak ipar, kebetulannya dia melanggan Astro first cerita ombak rindu. Setelah operasi membaking choc chip kitorang layanlah ombak rindu kan.heehehe

Filem ombak rindu adalah hasil dari adaptasi nlovel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Aku baca novel ni masa zaman aku belajar lagi. Kakak aku memang pengumpul novel tegar. Sekarang siap dah bukak kedai buku dan sewakan novel novel koleksi dia tu.

Secara ringkasnya ia mengisahkan seorang gadis kampung bernama Izah yang dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur. Kemudiannya bertemu dengan Harris, anak seorang usahawan terkemuka. Harris kemudian membeli Izah setelah dirayu yang kemudiannya merayu supaya Harris mengahwininya bagi menjadikan hubungan mereka sah. Harris bersetuju setelah Izah berjanji tidak akan menuntut apa-apa dikemudian hari.
Walau pun telah menjadi isteri Harris yang sah,kehidupan Izah tidaklah bahagia. Bagaimana pun Izah tetap melayan Harris dengan baik dan dalam masa yang sama mereka saling jatuh cinta.

Harris mengakui yang dia sayangkan Izah setelah Izah cuba melarikan diri ketakutan kerana disangka mengandung. Bagaimana pun kebahagiaan mereka hanyalah sementara apabila ibu Harris mula menghidu perhubungan mereka dan berhasrat untuk mengahwinkan Harris dengan seorang model dan pelakon terkenal bernama Mila.

Erkk..aku cut short lah ek..hahahaha...

Harris dan Mila berkahwin, tetapi Harris berjanji dengan Izah bahawa dia tidak akan mensia siakan Izah. Bagai mana pun hubungan sebenar mereka berdua tetap menjadi rahsia. Izah terus makan hati apabila melihat kemesraan Harris dan Mila. Lebih malang lagi apabila Harris cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Izah telah dihalau oleh Datuk Sufiyah,ibu Harris dan segala barangan yang dibelikan oleh Harris telah dirampas. Datuk Sufiyah mengambil kesempatan itu untuk meracuni fikiran Harris dengan mengatakan bahawa Izah telah curang.

Harris datang untuk bertemu dengan Pak Dollah dan terjumpa dengan Izah. Izah memeluk Harris dengan gembira tetapi Harris yang telah termakan fitnah ibunya telah menolak Izah danberjanji tidak akan menceraikan Izah dan terus hidup gembira dengan Mila. Izah yang tidak tahu apa-apa cuba mengejar tetapi terjatuh dan mengalami pendarahan. Ohhh..lupa nak bagitau.. Izah mengandung X-P

Pak Dollah yang tidak sanggup melihat Izah diperlakukan sedemikian rupa telah datang ke rumah Harris dan menceritakan hal sebenar. Termasuklah kenyataan bahawa Harris sebenarnya adalah anak beliau yang di"pinjamkan" atas dasar simpati kepada bapa Harris yang juga sahabat baiknya. Harris walau pun sukar menerima hakikat tersebut terpaksa menerima kenyataan. Kemudian datang mencari Izah di kampungnya. Kandungan Izah selamat. Manakala Mila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri setelah mengetahui perihal sebenar.

Ok...sebenarnya aku tengok takat tu je. Patut da habisla kannn...hehehe

Ulasan aku :
Secara keseluruhannya aku rasa cerita ni patut di rate kan sebagai 18SX. Banyak scene yang terlebih mesra sampai laga-laga pipi cium pipi yang boleh tengok dalam ni. Aku tak salahkan pengarah sebab tak boleh nak adapt cerita ni dengan baik. Tapi aku rasa dari segi emosinya, penderitaan Izah yang digambarkan dengan baik berbanding dalam novel. Sedangkan aku rasa nak gambarkan dengan lakonan mungkin lebih mudah dari mengajak orang beremosi melalui penulisan. So aku sikit pun tak sedih semalam.

Dari segi setting cerita tu aku bercelaru sikit dengan lokasi rumah rumah tu. Paling aku tak boleh tahan masa kejar mengejar Izah dengan Harris. Seb bajet gila pakai four wheel, dahla tu. Orang dalam tu cedera parah tapikereta kemik pun tidak.

Maybe orang kata nak komen senang la..tapi tu lah...aku faham jugak kenapa penulis cerita ni, fauziah tu tak puas hati.. Aku yang pembaca pun tak puas hati. Watak Mila lakonan Lisa Surihani tu di adaptasi mengikut perwatakan Lisa Surihani yang lemah lembut. Seingat aku watak Mila tu lebih agresif dari tu. Dan keseluruhannya penulis skrip ambik permulaan dan pengujung novel untuk di adaptasikan. Bahagian personal development Izah kat tengah tengah tu cuma sikit je dia sentuh.

Maybe cerita ni diselamatkan oleh penggunaan Aaron Aziz sebagai watak Harris. Maklumlah...org lawa..

Apa pun..selamat tahun baru..

Daa

10 ulasan:

  1. sama gak ngan akak, 2 hari asik melayan citer ombak rindu tu. baca novel lagi best dari citer tu. apapun ok la. selamat tahun baru dari akak sekeluarga

    BalasPadam
  2. saya suka novel die lbh dr cite
    huhuhuhu

    BalasPadam
  3. tak baca novel lagi.. tak tengok movie lagi.. tunggu masa free ni nanti..

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru Rai. Kakcik belum terbuka hati untuk menonton filem OR tu walaupun kakcik dah khatam ketiga2 novelnya lama dulu...

    BalasPadam
  5. wife suko la tgk ombak rindu nih...

    BalasPadam
  6. ombak rinduni biasa2jer benarnya tapi yang penting ceritani lebih baik dilayan dari cerita si david teohtu...

    BalasPadam
  7. ramai yg cakap cerita best dan sedih,,tp bila tgk langsung tak dapat keluarkan air mata..lain pula bila tgk Tentang Dhia tu..

    BalasPadam
  8. ombak rindu tu cam cik ina tak teringin nak tengok kat pawagam.cam rugi beli tiket .

    BalasPadam
  9. baru je tengok tu pun kene byk pause. x dpt nak feeling lebih2. tengok asal tau jln citer je. haha..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^