Jumaat

Kuat mengadu

Assalamualaikum

Malasnya aku nak mengupdate belog sekarang ni. Masa dah ada, tapi kenapa ntah moodnya tak ada. Baca blog nak taip komen pun malas.

Ni kisah anak dara aku sorang ni. Baru masuk 19 bulan. Sifat-sifat keperempuanannya memang semakin terserlah. Contohnya bila bergambar mesti nak buat muka tergedik-gedik. Bila tak dapat perhatian atau kena marah nangis jerit-jerit dengan suara halus. Satu perkara yang aku abang dia tak pernah buat pun dia buat. Mengadu. Bila ayah dia kata ke buat something ke. Mesti datang kat aku. Lepas tu kata "ibu...ibu...(nada memanggil), ayah (nada menurun)" - sort of macam dia kata "ibu tengok ayah ni". Kalau aku buat, nanti dia pergi pulak kat ayah dia. Buat macam tu pulak.

gambar recycle
Geram tau dengan budak kecik tu. Bila ada barang jatuh ke apa ke. sebut "Allahh".. Macam orang tua pun ada. Hahaha.. Yang ni dedua beradik pun sama. Alhamdulillah la sebab at least bukan dia sebut benda bukan bukan kan.

Banyak dah perkataan yang dia boleh sebut dan kenal. Berbanding abang. Aku rasa adik lebih rajin baca buku. Cakap banyak. Unexpectedly dia dah boleh buat ayat 3-4 perkataan. Contoh "ayah ayah...abang nangis"

Cuma yang merisaukan aku, dia sangat buahsss.. Lompat sana sini. Minggu lepas tersembam kat lantai. Berdarah bibir kena gigi. Dari segi kuat main tu aku rasa shujin tau ngikut perangai siapa. Hahaha..

Biarlah rahsia :P

Selamat bercuti tahun baru cina.

Daa

12 ulasan:

  1. Selamat bercuti sambil melayan suami dan anak2, Rai. :)

    BalasPadam
  2. Rai..geram2 pun tetap seronok kan..melihat telatah anak2..lagi la..anak comel rai yang baru nak mula bercakap tu.

    BalasPadam
  3. SELAMAT BERCUTI JUGAK..ANAK2 MENGADU TU BIASALAH..HUHU

    BalasPadam
  4. biasala tu zai,anak perempuan memang kuat ngadu hehee...tp cha cha x pandai ngadu..kdg2 aku yg ajar suruh ngadu hehee...

    BalasPadam
  5. rai budak zaman sekarang semakin bijak. cantik anak dara ko, mesti cam ko kan : )

    BalasPadam
  6. @Kakcik Seroja, tu la kakcik.. saya ni malas sikit nak berjalan2..

    BalasPadam
  7. @Acik Erna, betul kak erna.. kalau anak orang rasa nak picit2.. tapi anak sendiri seronok pulak.. haha..

    BalasPadam
  8. @Bui Junaidi, tu la.. abang dia tak pandai mengadu..yg ni pulak.. sapa la mengajar..

    BalasPadam
  9. @mummY daniSha, ahahaha.. aku pun tak tau dia belajar mana mas..

    BalasPadam
  10. @Cik Ina Do Do Cheng, ehehe..takde lah cik ina.. muka dia ikut ayah kot..saya biasa2 aje..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^