Assalamualaikum
Semalam aku jumpa dengan pak menakan bestfriend aku dengan shujin (bestfriend aku kawin dengan bestfriend shujin). Pak Menakan dia kami panggil Pak Ndak. Kalau ke utara kami singgah rumah dia, dia layan kami macam anak sedara dia sendiri. Sambal belacan Mak Ndak memang super sedap. Ketagih...
Dia bercerita tentang masalah ekonomi orang Melayu yang dah tersangat parah. Paling menyedihkan faktor ekonomi yang parah ni telah menyebabkan moral orang Melayu kita berada pada tahap yang sangat sangat membimbangkan sampai kadang-kadang halal haram pun dah tak boleh beza. Kenapa aku sembang pasal moral orang Melayu. Bukan india bukan cina. Sebab aku Melayu. Bangsa lain aku tak tau. dan aku tak peduli.
Antara buktinya
(1) 90% anak-anak muda yang tengah mengaji kat kolej dan universiti pada hari ni buat pinjaman PTPTN
(2) Bila kerajaan kenalkan apa-apa jenis bantuan, bantuan RM100, bantuan SK1M ke apa dah yang RM500 tu. Day first tu berebut-rebut orang Melayu pergi isi borang. Tak salah ambil. Tapi jangan tunjuk kelapaq sangat.
(3) Ada lori beras terbalik, siapa yang berebut-rebut angkut beras bawak balik rumah? Tak peduli pada mangsa yang mintak diselamatkan. Malu nak sebut.
(4) Kontena bawak duit syiling terbabas bangsa mana yang berebut kutip.
Nasib baik masa lori babi terguling kat hiway aritu tak ada yang angkut bawak masuk kereta. Niaya anak bini.
Banyak lagi contoh lain lagi.
Aku memang salute kat Pak Ndak sebab anak dia 12 orang. Semuanya berjaya. Ada yang kat Mesir dan sebagainya. Tapi seposen takde buat pinjaman.
Bayangkan bila peminjam PTPTN kahwin sesama sendiri. Dan sekiranya mereka ambik masa 20 tahun nak settle kan hutang. By the time hutang settle. Anak pulak dah cukup umur nak masuk kolej. Buat pinjaman PTPTN. Dan takkan berkesudahan. Hidup ada kerja bayar hutang je. Dapat gaji mula-mula bayar pada kerajaan (tax). Lepas tu bayar hutang.
Semalam aku saja buat status kat FB (takde screenshot). Status : Untungnya kalau boleh bagi mak ayah RM1500 sebulan.
Ada yang kata, bagi sikit pun takpe. Yang penting ikhlas. Berkat.
Hakikatnya. Zaman sekarang semuanya duit. Aku setuju kalau kata bagi lebih baik dari tak bagi. RM1500 bukan besar kalau nak buat belanja untuk diri sendiri. Tapi untuk bagi pada orang lain adalah sangat besar. Walau pun mak bapak sendiri.
Sebab duitlah ada anak bergaduh dengan mak bapak sampai keluar pisau parang. So, adakah korang rasa bagi seringgit pun dah cukup. Asalkan ikhlas.
Ikhlas. Jawab sendiri dalam hati.
Nota kaki : There are always thousands of reason not to do something, but if you want it done. Only one reason why you have to do it is enough. I'm searching the one BIGGG reason i have to do "this".
Daa

Rm1500 tu amat besar bg sy yg baru nak merangkak2 memulakan hidup ini...So, saya tak termampu nak memberikan emak abah smpai sejumlah itu... apa yg sy praktikkan..10% from my salary adalah for them...
BalasPadamNway, kalau sy mampu..tak terfikir nak meminjam waima PTPTN..dan tak nak memintak JPA, Mara dan sebagainya untuk melanjutkan pengajian ke menara gading... Tp, dengan bantuan itu..sy mampu mendapatkan jawatan dan pendapatan yg dpt memabntu adik2 utk tidak menggalakkan mereka membuat pinjaman PTPTN..
" tak salah berkorban sedikit utk kebahgiaan yang lain...."
betul2, setuju sgt2. shujin I pun kena bayar ptptn tu...nasib bak i x amik ptptn. skrg ni dh kena start menabung utk pendidikan anak2 nanti huhuhuh
BalasPadamkerja utk apa??...bayar beban hutang yg macam2..huhu..
BalasPadamIkhlas kakak saban bulan mesti bagi bapak kakak tapi bila nak balik je nanti dia akan agihkan balik duit tu pada anak-anak kakak. Dah pesan anak-anak jgn ambil tapi mesti atuk dia paksa ambil..
BalasPadamAlhamdulillah bapak kakak tak susah sebab income dia dari sewa tanah sebulan melebihi gaji seorg pegawai... (dulu masa kakak kecik keluarga kami memang miskin)
@Diana @ bilakukatacinta, mintak maaf cakap..saya pun ada perasaan sama macam awak..
BalasPadamhakikatnya..pendapatan bila dah mula bekerja barely enough utk cover diri sendiri dan mungkin bagi sikit kat orang tua..please bare in mind..saya tak ada pinjaman apa2 ketika tu..
hakikatnya..dengan ekonomi pada masa ni..nak survive pun adalah satu perkara yang kebanyakan org struggle..
@yatie chomeyl, jgn menabung dalam ptptn..hahaha..
BalasPadam@lieynanilaz, sadly..it is true...
BalasPadam@Kakzakie, sebenarnya kebanyakan mak ayah macam tu.. diorg bukan nak sangat pun duit yg kita bagi..tapi ingatan tu penting..
BalasPadampendapatan sewa mmg bagus kak..
ptptn tu cekik darah la..siap ada interest....tp ape nak buat..nak belaja nak guna duit kan...nak x nak,kenala amek ptptn...bukan 1500,nak bg seribu pun tak mampu lg huhu....teringat dulu zaman sekolah,nak belikan rumah utk mak ayah...hurm...bukan takat nak beli rumah,nak bg banyak tiap bulan pun x mampu lg.....ikutla kemampuan kita =)
BalasPadammenyampah betul dgn income tax..membebankan rakyat betul!
BalasPadam