Isnin

Live Lesson @i-City Chicky Carnival

Assalamualaikum

 

Dua hari di hujung minggu yang super memenatkan. Siapa pergi ke event Chicky Carnival kat I-City semalam? Aku dengan shujin kerja sebagai promoter di booth Chupa Chups. Terima kasih kepada yang membeli. Hehehe.

Source : Google

Actually aku kerja bukan sebab desperate nak kerja part time. Consider nature of works yang sangat memenatkan, gaji pun bukan banyak mana pun. Kerja aku duk dalam air cond tak buat apa sangat pun lebih dua kali ganda dari dapat tu. Kena berdiri sepanjang masa. Lagi pulak nak kena tebalkan muka jual cekelat chupa chups. Yang nak tu ok lah kan. Yang taknak. Masam muka macam datang kena paksa. Buat muka bolayan macam tak dengar pun ramai. Boleh jumpa macam-macam jenis manusia. Serius penat gila! Nasib baik aku telan 3 bijik calcium magnesium sebelum pegi. Balik sebelum tidur telan lagi dua bijik. Kalau memang tak bangun la pagi ni.

 

Kalau aku cerita kat orang pasal aku kerja promoter ramai yang akan tanya aku. Gaji tak cukup ke? Hehehe. Actually, the main reason aku pick kerja ni adalah untuk boost keyakinan diri aku dan macam mana nak coop dengan rejection. Ramai orang takut nak buat apa-apa sebab takut yang macam-macam terutamanya rejection. As if kalau kena reject tu memang dah gelap dunia diorang. Aku pun macam tu. Perasaan takut kena reject menyebabkan aku membuat seribu satu spekulasi dalam diri aku dan membuatkan aku tak yakin nak mulakan sesuatu. So semalam, aku dapat macam-macam jenis dalam macam-macam cara. Dan aku still happy.

 

Sedikit sebanyak aku dapat boost keyakinan pada diri sendiri dan sentiasa senyum dalam apa jua keadaan. Walau pun orang buat muka bolayan as if aku tak wujud kat situ. Biasa la mula-mula tu malu-malu. Takut-takut. Dah lama-lama tu aku dah ok. Bila kena reject pun aku dah boleh fikir positif. Instead of fikir kenapa orang tu taknak beli chupa chup yang murah gila 3 batang seringgit, aku move on dan cuba offer pada orang lain pulak. Hehe..

 

Sedikit sebanyak membantu mempositifkan diri aku. Menarik kan. Tapi penatnya jangan cakap. Macam nak pengsan :P

 

Selain dari tu, ada jugak beberapa perkara yang aku rasa boleh dijadikan pengajaran bagi diri aku dalam dua hari tu.

 

(1) Jangan bawak anak-anak pergi event macam tu kalau aku tak boleh control diorang sebab nanti benda yang sepatutnya fun jadi tak fun. Mak bapak muka masam. Anak melalak-lalak sebab kena heret ke sana sini

(2) Kalau pergi event yang terlalu ramai macam tu, jangan syok sendiri sampai tak sedar anak hilang. Memalukan.

(3) Jangan bagi harapan palsu pada anak. Aku ternampak betapa kecewanya sorang budak ni bila mak dia suruh ambik chupa chups dari aku sebab dia ingat benda tu free. Aku kata kena beli tiga singgit. Mak budak tu terus kata tak payah lah. Kesian aku tengok. Maybe kalau harganya sepuluh ringgit ke aku pun fikir dua tiga kali. Tapi singgit je. Belikan je lah.

(4) Duk celah orang ramai, jangan makan berdiri/berjalan. Sepanjang dua hari tu aku nampak betapa huduhnya bila tengok orang ratah ayam KFC sambil berjalan. Membuatkan aku terfikir, eh lembu pun makan setempat je kan.

(5) Jadi isteri/suami, concern lah dengan penampilan pasangan. Banyak aku tengok suami yang tak tegur isteri bila isteri perut boroi melendut tapi pakai baju ketat. Serius aku insaf tengok. Belum lagi yang isteri pakai mekap tebal sampai berkerak tapi suami tak kata apa-apa. Ada isteri pakai tudung litup, suami berantai. Memang macam-macam jenis manusia boleh jumpa semalam. Kalau ada masa pergi event macam tu cuba lah duduk kat satu sudut dan perhatikan macam-macam perangai manusia. Secara tak langsung kita akan teliti diri sendiri dan baiki diri kita.

(6) Walau apa pun kerjaya seseorang. Jangan pandang hina pada mereka sebab aku tak layak untuk judge orang melalui kerjayanya. Maaf cakap. Tapi ramai yang aku tengok semalam pandang aku dengan muka yang mereka superior dari aku. Macamlah hina sangat jadi promoter. Mungkin sebab promoter ni gaji ciput kan.

 

Satu pengajaran paling penting adalah..Lepas ni kalau takde urusan penting aku taknak pegi I-City dah. Gila betul parking RM10. Cekik darah gila. Aku bukan berkira. Tapi pada aku I-City tu bukan ada attraction mana sangat pun. Takat snow walk, pokok tiruan berlampu-lampu. Bukan boleh buat apa. Boleh tengok je lah. Pergi zoo lagi banyak pelajaran.

Seronok cuba benda baru!

Selain dari semua yang di atas ni, ada jugak beberapa pelajaran berkaitan dengan buying nature orang-orang mengikut bangsa. Nantilah aku cuba share. Minggu ni banyak kerja!

 

Percaya tak ada orang yang dapat tawaran kerja yang tak sesuai dengan dia. Dia takut nak negiotiate offer tu sebab takut orang ada bad impression pada diri diorang. Aku tak paham. Pada aku, kalau tak ok, cakap je la tak ok. Mintak yang lain. Tak bagitau macam mana orang nak tau. Even dengan bos aku pun aku frankly cakap apa yang aku expect. Tapi in a good way la. Pasal tu kena lah belajar communication yang berkesan. Supaya orang ikut cakap kita tanpa membuatkan mereka rasa kita suruh mereka. Aku still in the proses untuk master skill ni. :D

 

Nota kaki : Gaji mungkin tak seberapa berbanding dengan penatnya. Tapi experience yang aku dapat dalam dua hari tu adalah priceless.

 

Daa

11 ulasan:

  1. kakcik dah pergi sekali ke I City dan rasanya tak teringin nak pergi lagi...

    BalasPadam
  2. Tak pernah ke sana lagi.. Setuju ngan sikap kebanyakannya yg memandang sebelah mata pada promoter/ salesgirl/man..pernah kerja mcm ni dulu, kena sinis perli semua.tp itulah yang buat faza tanam azam,one day I will be somebody..if we take it all positively, sure we can cope with such obstacles..

    BalasPadam
  3. saya kagum dengan semangat Rai...kalau saya pun tak taulah leh bertahan ke idak...

    pengalaman yang paling berharga....:)

    BalasPadam
  4. ...klu bt keje part time mcm nie sbb tak cukup duit pun, so what kan? Klu sy yg mmg tak ckp duit nie mcm nak try je bt keje part time jdk promoter mcm tu. Tp anak kecil lagi. Kene rileks dulu.

    Sy sendiri jual kertas, sokkabar lama, tin2 kosong dan yg seangkatan dgnnya pun walau habuan dan penat aje yg lebih tp selain punca rezeki tambahan juga dpt berbakti pada alam. Tak salah dan tak ada malunya.

    =D

    BalasPadam
  5. Pengalaman yg menarik.lagi2 tang memerhati tingkah laku org.

    Tak de salahnye keje part time.keje halal pe.wat x kisah jer dgn org yg ade pndgn sinis trhdp promoter ni.

    Eh....pesal mahal sgt parking???aritu pegi parking kt bwh bgnan dlm bebrp hinggit jer

    BalasPadam
  6. dah pi i-city 2 tahun lalu.. masa tu depa baru charge rm10 utk parking.. adik yg dah pergi sebelum tu naik hangin.. tapi sbb dah sampai, kami masuk la.. ok jugak sbb tempat baru..
    depa kena maintain & adakan byk program baru..

    well done to u..!!! saya suka keje part time.. tapi takde peluang..

    BalasPadam
  7. Bagus, saya pun suka perhati org pastu check diri sendiri,kira perangai org yg kita tgk tu cerminan pada diri kita.

    BalasPadam
  8. i-city tuh best kalau snow walk tapi bab parking memang boleh maki la kat kaunter bayaran..xpe kak..janji kak wat keje halal..bawala family hujung minggu ke muzium negara, belajar sejarah2 dulu best gak hehe

    BalasPadam
  9. tini pernah jd promoter gak. masa tu dgn streamyx. hehe..seronok kan tgk ragam manusia. mmg macam2 ragam boleh dilihat.

    selain tu tini jual exotic pet. siang jd secretary, malam pegang ular. kehkehkeh... tp seronok. mmg kerja sbb nk fun dan tambah pengalaman.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^