Khamis

23000 rakyat Malaysia dah berdaftar..korang bila lagi?

Assalamualaikum

 

Baca dak berita semalam? Nak sembang semalam tak sempat. Kerja kerani pun sibuk rupanya. Nyampah aku!

 

Ni statistik baru keluar dalam paper semalam. Maaf kalau dah basi sikit. Just untuk sesiapa yang belum baca :D.

 

Statistik nombor

RM700 juta digunakan oleh rakyat Malaysia untuk perubatan dan dialisis setiap tahun

Setiap pesakit membelanjakan hampir RM30k dalam setahun

23000 orang pesakit buah pinggang telah berdaftar, tetapi kementerian kesihatan percaya bahawa angka ni lebih lagi sebab ramai orang tak sedar keadaan buah pinggang mereka.

** Note - Buah pinggang adalah antara organ paling loyal sekali. Tak komplen apa pun melainkan kalau dah terlalu teruk.

15% rakyat Malaysia berisiko mengalami masalah buah pinggang, bermaksud 4.1juta rakyat Malaysia adalah berisiko.

Ramai orang ambik mudah penyakit buah pinggang sehinggalah bila diorang realize buah pinggang dah tak boleh diselamatkan. Dan hanya boleh bergantung meneruskan hidup melalui dialisis. Menurut ketua Nephrology di kementerian kesihatan menegaskan bahawa menambah kemudahan pusat dialisis dan pusat pemindahan buah pinggang adalah tidak membantu. Hehehe. Of course lah. Macam bina jamban lepas dah terkincit. Huhu..

Penyakit buah pinggang bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang tak sihat. Kalau tak silap aku, buah pinggang menjalankan lebih daripada 300 fungsi dalam badan manusia. So bayangkanlah kalau tak boleh guna dah. Rajin makan ubat adalah salah satu kaedah yang paling mudah nak rosakkan buah pinggang. Drugs akan membebankan proses buah pinggang. Ubat kalau kena makan, waaajibbb makan. Tapi jangan lupa, kita hidup dengan membuat pilihan.

Contoh mudah macam ni. Kalau sakit kencing manis. Memang kena makan ubat. Tapi dalam masa yang sama kena kawal pemakanan, dan ubah gaya hidup. Ni tidak. Makan lebih dari orang sihat. Lepas tu wonder kenapa makan ubat pun sakit tak baik-baik jugak. Kita boleh pilih untuk kawal penyakit dengan ubat, which is hanya akan menambah masalah dikemudian hari atau pun ubah cara hidup. Pilihan terletak di tangan kita.

Dalam satu buku aku baca dia tulis, kalau kita tak ada masa nak bersenam, kita cari masa untuk cari penyakit. Something like that la. Aku tak ingat sangat ayatnya.

Bila dah sakit, jangan kata takdir semata-mata pulak. Takdir memang takdir. Tapi jangan lupa yang sendiri cari penyakit.

Bisnes ubat memang meriah kan.. Walau pun tak menyembuhkan, ramai org letak hopes pada ubat tanpa mengetahui yang diorang letakkan harapan pada tempat yang salah.

Nota kaki : Selamatkan buah pinggang, minum air bertapis bersih supaya buah pinggang tidak terbeban. Makan vitamin C untuk bantu buah pinggang tapis pewarna tambahan dalam makanan yang tak perlu pun, tapi orang tambah bagi makanan nampak sedap

Daa

6 ulasan:

  1. Kakcik nak minum air 1 liter sehari pun susah! :(

    BalasPadam
  2. aku dah daftar sekejap masa peknen dulu tp skrg dah sign out.hehe

    BalasPadam
  3. komen ni sbb pinjam pc kawan..lama x komen.huhu

    BalasPadam
  4. buah pinggang adalah jantung bahagian bawah kot..bahaya kalau buah pinggang wat hal..merana..

    BalasPadam
  5. SALAM,
    MAAF LARI DRPD TOPIK ... KOMEN OKZ DI BLOG LF CUKUP BAIK ... TKASIH.


    p/s.AHAD NI, KALAU ADA KELAPANGAN, DATANG ... JEMPUTAN KHAS DRPD LF N ISTERI

    BalasPadam
  6. mmg kena daftar ke? =.=*

    Lama dah xbuat medical check up..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^