Jumaat

To Live, To Love, To Learn and To Leave A Legacy

Assalamualaikum

Tetiba aku rasa macam nak cari buku Stephen Covey, First Thing First. Walau pun sebenarnya ada beberapa buah buku lain aku tak sempat digest habis lagi, aku teringin pulak nak baca buku dia. Macam best. Tamak betul. Huhuhu..

Suka sangat dengan kata-kata dia

TO LIVE, TO LOVE, TO LEARN AND TO LEAVE A LEGACY

To live,
It is our physical need for such things as food, clothing, shelter,
economic well-being, health.
To love,
It is our social need to relate to other people, to belong, to love, to be loved.
To learn,
It is our mental need to develop and to grow.
To leave a legacy,
It is our spiritual need to have a sense of meaning purpose, personal congruence,
and contribution.

Menurut Wikipedia, buku ni ada banyak menceritakan tentang pengurusan masa, dengan membahagikan perkara yang kita lakukan sehari-hari kepada empat bahagian
(1) Important, urgent
(2) Important, not urgent
(3) Not important, urgent
(4) Not important, not urgent

Bagi aku buku macam ni sangat sesuai dibaca oleh orang-orang yang selalu kata mereka terlalu sibuk untuk melakukan sesuatu. Sibuk dengan kerja, sibuk itu, sibuk ini. Hari-hari bangun pagi, pergi kerja, petang balik kerja, malam tengok TV, spend masa dengan anak, tidur. Dalam segala perkara yang kita buat hari-hari, ada tak kita lakukan something untuk contribute kepada masyarakat? Kalau ikut review yang aku baca, secara keseluruhannya, kehidupan kita bukan sekadar tentang, pergi kerja cari duit, bawak family melancong, berkahwin.. etc etc.

Dan yang aku tak pernah terfikir adalah to leave a legacy. Mungkin aku terfikir in terms of monetary. Nak tinggalkan duit yang banyak untuk anak-anak. Tapi legacy bukan pasal tu je.

Ada seorang perempuan, aku pun tak kenal, just tengok gambar. Ordinary person. Dia meninggal dunia sebab Cancer pada tahun 1993. Disebabkan oleh legacy yang dia tinggalkan, aku rasa tak ada satu hari yang nama dia tak disebut. Gambar dia ada kat mana-mana. Masuk tahun ni 18 tahun dia dah mati. Agak-agak kalau orang tu bukan PM, bukan penyanyi, bukan pelakon atau penulis buku ada tak orang ingat sampai macam tu. Bekas PM pun takde orang sebut nama dia hari-hari kan. BTW, she's Malaysian.

What she has done is truly amazing.
(1) She changed hundreds of people's life
(2) She saved thousand of life
(3) She leave behind millions of money for her family. The best about it is it won't stop, and it will continue to grow for generations.

So, what do you really want out of life? Oh speaking london gitu..janganlah ada yang rasa nak lempang aku laju-laju..haha..

Just, membesar, sekolah, kerja, pencen dan mati? It is our own choice, it is us to decide.

Nota kaki : Wajib kena beli cepat-cepat buku ni. Haihhh..

Daa

16 ulasan:

  1. wah..buku ni sungguh bagus utk masuk dalam list bahan bacaan penting. membaca buku sebegini sgt bagus utk bg inspirasi dan semangat utk terus berjuang demi masa depan yang lebih baik.

    BalasPadam
  2. Kadang2 kn pk benda lain juga kan selain rutin harian kita..bagus buku tu..

    BalasPadam
  3. @Ekmi Rabat, yeap..sangat setuju..sila dapatkan satu.. saya tak dapat komisyen pun pomot buku ni okeh..haha..

    BalasPadam
  4. @abah khalisha, betull.. saya belum baca pun padahal..tapi review nya sangat menarik...

    BalasPadam
  5. @qemaishak, sangat setuju.. mandom tak bagus..hahaha..

    BalasPadam
  6. sebelum tdo sebelah malam, mmg kena ada satu buku yg kena baca buat teman tdo. kena carilah buku ni

    BalasPadam
  7. mcm minat plk. tq share :)
    selamat hari raya aidiladha buat anda juger :)

    BalasPadam
  8. selamat hari raya haji..*_*
    beli..jgn tak beli..hehe

    BalasPadam
  9. Saya x kenal perempuan tu..tapi blh dikatakan setiap hari sy sebut nama dia..sbb apa? Sbb sy pon teringin nk jd mcm dia..tinggalkan sesuatu utk generasi yg akan dtg..dan membantu manusia menjalani kehidupan yg lbh baik..rata2 org kita skang x pernah fikir nk tinggalkan sesuatu utk anak cucu..selalu yg diaorg ckp..'alaa..diaorang pandai2 la hidup sendiri nanti..' kesian pd mereka yg x pernah fikir nk jaga keturunan..huhu..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^