Jumaat

Resepi scone yang mudah tapi sedap terlampau

Assalamualaikum

Aku dah lama terliur dengan scone cik ina yang menggoda gila tu. Tapi barang tak cukup. Aqil pulak merengek nak kek nak kek. Memandangkan aku malas dah nak buat kek sebab buat pun sudahnya shujin dengan aku yang tolong perabih. Budak-budak tu makan sikit lepas tu berterabur je lebih. Nyampah aku nak kemas. Mak dia dah la pemalas.

So, oleh kerana nak buat scone macam cik ina tu tak cukup barang aku pun search la resepi yang ringkas-ringkas je. Ni yang paling simple yang aku jumpa. Tapi hasilnya memang menggalakkan. Aku buat satu adunan. Dapat satu tray sebab aku terap kecik-kecik. Biar senang anak-anak nak makan.

Shujin rajin susun-susun scone dalam pinggan.
Okeh. resepinya ambik kat SINI

Bahan-bahan A
2 cawan all purpose flour
1/4 cawan gula (aku tersalah tengok resepi..aku letak setengah cawan..manis gila..)
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/3 cawan butter sejuk(aku guna unsalted)

Bahan B
1/2 cawan susu/cream (aku guna susu dutch lady full cream)
1 biji telur
** dipukul sedikit

Kekdahnya
Gaul rata tepung, gula, garam, baking powder. Kemudian gentel butter ke dalam tepung sampai jadi macam serbuk roti. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul je jangan uli. Sampai jadi doh. Jangan melekit sangat. Lepas tu canai setebal 1inci dan terap ikut bentuk yang disukai. Sapu baki susu dan telur atas scone tu. Bakar dengan suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Dah siap boleh makan dengan jem.

Kalau nak tengok resepi yang cik ina buat tengok resepi scone cameron highland dia..kehkehkeh..

Aku rasa scone aku tak berapa menjadik dari segi rupanya sebab aku pegi uli adunan tu. Bila tengok balik resepi cik ina baru aku perasan. Tapi shujin dengan anak-anak puji. 2-3 kali puji sedap. Kembang idong mak dia. Lain kali boleh buat lagi.


Nota kaki : Sampai lambat pagi ni sebab kereta habis bateri. Haih!!

Daa

19 ulasan:

  1. cik ina terbau scone sampai ke sini, buh kismis, beri atau buah fresh pun sodap.guna yogurt atau sour cream pun boleh. kembang hidung cik ina ko buh nama cik ina kat situ.kah kah kah ko uli ye, nak kena babab ni.

    BalasPadam
  2. mkn ngan jem la yer? hu2. fail bab2 cookies & cake nih. >_<

    BalasPadam
  3. mcm senang je nak buat dia...boleh try nnt ni...

    BalasPadam
  4. @Cik Ina Do Do Cheng,ambik bau je..heheh..tapi cik ina buat lagi bes sedap ada campur macam2.. next time nak prepare betul2 barangnya.. haha..masa nak buat tu ingat dah..tapi bila buat tu terr uli pulak..

    BalasPadam
  5. memang simple tp tulah,ntah bilalah nak buat

    BalasPadam
  6. eh alamak..ape scone ni? heee ketinggalan sgguh! =P

    BalasPadam
  7. x penah makan.. x tau apa benda nih.. jakun sungguh.. hehe..

    BalasPadam
  8. @eB ezrin, tengok diorang ni selalu makan dengan jem atau pun cream..yg saya buat ni terlebih gula..tak payah jem pun da manis.. hehe..

    BalasPadam
  9. @wahida, cuba jangan tak cuba.. quiet senang membuatnya..

    BalasPadam
  10. @aimie amalina, cuba tau.. nanti boleh bagi bakal mak mertua rasa..sure esok terus dia bagi nikah ngan anak dia..haha..

    BalasPadam
  11. @abah khalisha, saya pun ni kali kedua..1st time beli kat jayen..sejuk..langsung tak sedap.. hehe..

    BalasPadam
  12. @Ila, hehehe..cuba lah.. mesti faiz mintak lagi dan lagi..

    BalasPadam
  13. @Munnafendy, hehe..biskut tak biskut..roti tak roti..cuba lah.. bagi encik fendy makan..mesti esok terus dia ajak kawen..haha

    BalasPadam
  14. @ct rahani, hehe..kami pun baru kali kedua makan..

    BalasPadam
  15. @bujal X, yg dalam pinggan tu la yg dah siap..kalau dah siap makan memang kosong lah pinggannya..hahaha..

    BalasPadam
  16. Akak buat malam tadi.. entah apa2 je yg jadi.. ikut resepi dari majalah..


    scone akak dah rupa cekodok.. pastu keras kedengkung.. huhuhu..

    tak pernah tengok scone.. makan apa lagi.. tu yg nak cuba buat tu.. sudahnya ke lautttt... waaaaa...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^