Rabu

Persiapan ke Itali..Selamat tinggal Malaysia~~

Assalamualaikum

 

Dialog petang semalam,

 

Aku : cepat la sayangg...kita kena hantar mak pegi rumah kak long dulu ni.

Shujin : Kejap la..kan flight pukul 6

Aku : Ye lah. Kan barang satu pun tak kemas lagi... Baju semua awak dah masuk dalam beg ke.

Shujin : Senang je tu.

Aku : Ha..ye lah tu. Nak kena check in pukul berapa ni? Nanti lambat tak boleh check in pulak

Shujin : Yelah yelah..

 

Baru nak mula berkemas..masa tu dah pukul 4 lebih..geram betul aku.

 

Pukul 5.

 

Aku : Eh..awak belum siap lagi ke. Tak sempat dah ni.

Shujin : Awak call je lah postpone flight. Kan ada flight malam pukul 11 kan.

 

Akhirnya sampai sudah tak dapat call. Flight ke Itali terpaksa burn cam tu aje. Hangin gila aku.. Bukan sikit duit tau.

 

Tapi nasib baik dalam mimpi je. Hehehehe.. Kalau betul memang meroyan la aku..Huhuhu..

Aku tak tau macam mana boleh termimpi nak ke Itali pulak. Lebih kurang macam round trip gitu. Ada la beberapa Negara Europe nak pegi kononnya. Kahkahkah. Berangan. Ini semua gara-gara menghantar pakcik angkat kami yang pergi annual trip percuma dia tu. Marah gila tengok dia duk update status kat FB pergi Paris, makan-makan kat hotel five star free. Beg pun orang tolong angkut. Bawak body je. Duit nak sopping pun orang bagi. Dah la tu. Pagi ni kat Belgium. Petang esok ke Switzerland pulak. Jeles aku tau.

 

Nota kaki : Seronok kan kalau dapat melancong 5 star percuma macam tu..

 

Daa

10 ulasan:

  1. Hahahahahah! Rai! Notty okeh! Igt betul lah tadi! Baru nak kirim periuk belanga dari Itali sana. Hahahaha!

    BalasPadam
  2. Hihi... kakak ingatkan betul. Tapi bila bermimpi selalu akan jadi begitu buat macam ada saja yg buat kita tak jadi pergi...

    BalasPadam
  3. Pakcik angkat tu masuk MLM apa ??

    BalasPadam
  4. aku ingatkan betul ko pegi itali...:)

    BalasPadam
  5. haku dh fensan kejelesan tadi tau sis. kena tipooooooooooo huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. ;p

    BalasPadam
  6. cheh, ingat betul2 nak gi Itali, huhuhu tipah tertipu

    Tapi mmg best kalau melancong ada org sponser kan

    BalasPadam
  7. hehehe.. lau lam mimpi, mmg selalu tak jdi..

    BalasPadam
  8. hihi.. mana tau betul2 jd kenyataan. tp jgnlah yg kene tinggal flight tu. ;D

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^