Rabu

Bila suami terajang kereta

Assalamualaikum
Selamat hari Rabu. Hehehe.. Sekarang tiap-tiap petang hujan kan. Syukur alhamdulillah. Cuci sikit udara dari pencemaran. Yang tak seronoknya, bila hujan mula lah kenderaan semua terkulat-kulat atas jalan. Shujin pun bising kaki lenguh dah tekan brek. Tu kereta auto, kalau manual lagilah jenuh. Kalau tinggal kat kawasan lembah klang ni, tak payahlah beli kereta manual. Masuk minggu kedua, patah kaki tekan clutch, brek dengan minyak silih berganti.

Bila jem shujin memang bawak PSP dia. Sambil menunggu kereta bergerak dia mainlah. Sibuk dengan game Ragnarok versi PSP. Psstt..Aku gila Ragnarok Online jugak dulu.. Best gila. Lepas tu shujin tanya aku, boleh tak aku drive balik kali ni. Aku malas sebenarnya. Duduk jadi mem kan lebih sedap. Hahaha..Tapi sebab kesian dengan shujin aku pun ok kan je lah. Tak confident jugak sebenarnya. Aku jarang drive. Waktu emergency dengan nak pegi dekat-dekat dengan rumah je aku drive.

Tu pun kalau boleh aku pergi sorang-sorang. Kalau ada shujin aku suruh dia je drive. Sebab kenapa...Biasalah orang lelaki ni bila duduk kat sebelah kita tengah drive. Macam-macam lah kerisauannya. Dah la hujan. Kena pulak dengan aku yang rabun. Kejap-kejap shujin tendang bawah kaki dia. Bajet ada brek kat bawah tu kan.

Aku dok gelak je. Shujin kata nasib baik tak trauma. Hahaha.. Apa pun kitorang selamat sampai ke rumah tanpa sebarang kecederaan. Nampak gayanya lepas ni ada lah lagi kena drive balik tu. Silap-silap kena drive sendiri pergi balik ofis.

Pagi tadi aku buat nasi bukhari segera. Ayam dengan kentang dah potong siap-siap malam tadi. Bawang pun dah blend. Aku masuk serbuk nasi beriani, jintan kasar, jintan halus dengan ketumbar. Buh garam sikit. Aku memang tak guna pakcik aji. So aku letak gula sikit. Daun pandan pun takde. Pukul 730 pagi tadi baru tet masuk dalam pressure cooker. Tumis segala rempah sampai naik bau lepas tu masuk beras dengan air, gaul rata kemudian 7 minit high pressure. Siap~~. Dapatlah lunch nasi bukhari (pandai pandai aku je..resepi ntah apa-apa kan) Hahaha.. Yang paling best masak dengan pressure cooker adalah kentangnya sangat sedap. Nak lagi sedap boleh tambah carrot sekali. Tapi sorik la takde gambar. Aku memang pemalas nak bergambar-gambar ni. Kalau ada kuah asam lagi sedap ni..tak sempat pulak nak buat..huhu..

Bayangkan sudah la ye.. Hehehe..

Kalau nak tau rupa pressure cooker aku boleh tengok kat entry bihun goreng kukus

Nota kaki : Aku bukan ada lesen pun sebenarnya..hahaha

Daa

17 ulasan:

  1. Kita bekerja memang mudah guna pressure cooker. Cepat siap walau nak masak apa sekalipun. Kakak guna tiap hari termasuk tumis sayur, tak payah tutup cepat sikit masak, masuk mangkuk...

    BalasPadam
  2. @Kakzakie, betul kak..saya jatuh cinta betul dengan pressure cooker..masak nasik goreng pun saya balun masak dalam tu..

    BalasPadam
  3. ingat kan kenapa la ur hubby terajang kereta :p

    BalasPadam
  4. tak de lesen? polissssss sini buat road block hahaha..

    tak pandai nak menggayakan auto ;p
    lebih senang ngan manual..tapi letih lar skit..nak nak masak preggy dulu..pengsan nak guna dua dua kaki..

    BalasPadam
  5. @PinKy MoMMa, hish..jangan cakap kekuat..jerit slow2 ok.. hahaha..just utk emergency.. huuu.. leceh la nak ambik lesen bagai ni..

    hati2 drive kereta manual masa preggy..SIL sampai berdarah2 sbb beban bila guna dedua kaki..

    BalasPadam
  6. cik ina cemburu ko dah ada pressure cooker , nak gakkkkk. terkejut ingat sapalah tadi yang terajang kereta.kui kui

    BalasPadam
  7. @Cik Ina Do Do Cheng, saya pun beli masa diorg buat promotion..boleh 4 kali bayar lepas tu dapat hadiah periuk tanah.. nak beli bayar selepuk memang kurang mampu lah cik inaa...

    BalasPadam
  8. hahahhaha...saspen tul la..
    encik polisi....tolong tangkap dia please...dia dah ngaku wat salah ni...hikhikhik

    pssst: masa mula2 bawak kete dolu2, hubby duk sebelah mmg camgitu la reaksi dia.konon2 dia tekan brek la tu.hahahha tapi smp skang idup pe...kire wife dia pandu ngan selamat la tu wakakakaka.

    BalasPadam
  9. @liemaopurut a.k.a ana, janganlah ada pulis betul baca blog ni kan..hahaha..

    abang saya lagi teruk kak ana.. sampai menangis akak ipar saya kena marah masa mula2 tu..itu tak kena ini tak kena..hehe..

    BalasPadam
  10. eh..ni 1st time la dgr pressure cooker..haha..ketinggalan sungguh..kena search ni.. =)

    ooo xda lesen eh.. =P

    BalasPadam
  11. @Munna, sila sila..memang sangat berguna...hehehe..

    =P

    BalasPadam
  12. hehe ingatkan kete kena terajang sebab dibasuh ujan selalu rupanya terbiasa tekan brek. Sedapnya nasi bukhari, dulu kat bazar ramadhan utm ada la org jual. time tak puasa ni taktau mana nak cari dah. Nak buat sendiri mmg susah la dok dlm hostel ni

    BalasPadam
  13. Err, sila rajinkan diri utk tunjuk gambar nasi bukhara anda itu ye? Sbb idak ler sy ternanti-nanti dan tertny-tny...hikS`

    BalasPadam
  14. @Ekmi Rabat, hehehe.. nasi bukhari tu kalau tak bulan puasa susah sikit nak jumpa..hehe.. nak masak kat hostel pun bukan ada dapur kan..

    BalasPadam
  15. @Ekmi Rabat, hehehe.. nasi bukhari tu kalau tak bulan puasa susah sikit nak jumpa..hehe.. nak masak kat hostel pun bukan ada dapur kan..

    BalasPadam
  16. @Fara, hehehe..insya allah.. nanti lain kali saya ambik..rupa agak huduh tapi suami kata sedap.. huhu..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^