Khamis

Banana Choco Daifuku

Assalamualaikum

Lebih kurang sebulan yang lepas ada sorang kawan aku dah habis study (buat Master) kat nihon (Jepun) balik Malaysia. Kebetulan aku ada barang nak ambik dengan dia, aku tunggu kat KLIA. Biasalah kalau balik dari nihon mesti bawak omiyage (buah tangan) kan.

Dia bawak banana choco daifuku. Daifuku ni dibuat dari mochi (pulut). Tak terlalu manis. Aku rasa yang popular adalah sakura daifuku. Kalau pergi nihon kalau tak rasa sakura daifuku memang terasa rugilah.

Oklah.. Malas cerita panjang. Meh tengok rupa banana choco daifuku tu. Sedappp << komen tak boleh blah macam dalam JJCM. Hahaha..

sebahagian besar telah dibalun. Baru ingat nak ambik gambar

Luar serbuk choco, dalam cream banana. Bau banana wangii..
Daifuku ni lembut dan tak terlalu liat. Serbuk kokonya tu pahit sikit tapi bila makan sekali dengan cream banana dalam tu rasa lemak lemak manis pisang tu balance kan rasanya. Anak-anak tak berapa suka. Shujin pun makan sikit je. Since aku je yang kemaruk aku rasa lebih separuh box tu aku je yang makan. Hahaha..

Kat 7E pun dah ada jual daifuku. Tapi tatau lah sesedap yang original ke tidak sebab aku tak pernah beli. Jeling-jeling je. Hehehe..

Daa

13 ulasan:

  1. ko ni mesti peminat tegar makanan jepun...aku so-so jer..:)

    BalasPadam
  2. Peh! Mcam je daifuku choc tu. Apa yg bt sy tertarik, sbb salutan serbuk koko tu!

    BalasPadam
  3. halal tak benda neh..kalau halal,cam best makan ia coz perisa coklat pisang..err coklat pisang ke perisanya?

    BalasPadam
  4. @Fara,teruja kan.. percayalah.. mmg sedap..

    BalasPadam
  5. @Syuxer, takde cop halal kat kotak dia..tapi check ingredient nya halal..dan lagi dari segi preparationnya tak ada masalah..

    boleh la..hehe..luar coklat..inti pisang..hehehe..

    BalasPadam
  6. cik ina terjakun, tak pernah lagi nengok coco daifu tu.nampak cam sedap.cik ina memang suka cokelat.

    BalasPadam
  7. @Cik Ina Do Do Cheng, lupa pulak nak ambik gamba boxnya aritu. saya pun suka coklat.. yg besnya daifuku ni takde la manis sangat..

    BalasPadam
  8. sedap!! sangat!! saya siap order online lagi. hihi..

    BalasPadam
  9. @Asmara, kan kan..sini harap org bawak dari sana je lah...hehe..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^