Selasa

Air yang sihat part 5 : Apa pengguna kena faham berkaitan marketi ng penapis air

Assalamualaikum

Aku masih bersiaran melalui email memandangkan aku masih tak boleh nak access dashboard lagi. So maaf aku tak dapat nak BW ke blog rakan-rakan dan reply komen. Bukan aku sombong tau. Kat rumah internet lembab. Hehehe.
Nampak gayanya entry berkaitan dengan penapis air aku agak hot. Yang paling panas bontot adalah pengedar dan penjual penapis air RO system. Aku bukan saja-saja nak kata air RO atau penapis air brand company sekian-sekian tak bagus ok. Aku ada beberapa bukti berkaitan dengan syarikat penapis air yang cara mereka mempromosikan penapis air syarikat mereka sangat mengelirukan. Toksah la dok promote penapis air syarikat mana-mana kat blog aku. Since aku sendiri tak promote walau pun aku sangat-sangat teringin nak share pasal kebagusan penapis air yang aku jual. So far the most trusted and the best in the world. Bukan aku cakap. Ini adalah award dari badan yang sangat outstanding. Malas nak cakap company mana. Find out sendirik.

Okeh. Tujuan aku bukan nak mempoyokan diri mengatakan penapis air aku hebat. Tapi aku nak bagi ingatan sikit kepada sesiapa yang teruja dengan penapis air yang mereka jual. Kalau nak promote sila beritahu pengguna hal yang sebenar. Meh aku bagi hint. NSF standard adalah agak sukar difahami bagi kebanyakan manusia. In fact aku rasa aku sendiri tak berapa nak faham sebelum ni. Ada sesetengah NSF standard cuma certified material sahaja bukan the whole system. Kalau check kat NSF dia akan tulis, "certified for structural and material only". Secara mudahnya mungkin certain material seperti tubing ikut standard tapi macam mana system tersebut berfungsi tak semesti mengikut standard NSF. Tapi, penjual penapis air biasanya takkan terangkan benda ni. Mereka cuma akan bagitau pada orang yang penapis air tersebut certified by NSF. Malah, ada jugak yang lebih berani lagi yang letak "Member of WQA". Ahli WQA bukan bermaksud mereka certified by WQA. Tolong la faham.

Aku malas nak sebut nama brand atau nama company. Aku bukan nak tabor pasir kat periuk nasi orang. Tapi nak berniaga biarlah jujur. Memang tak menipu. Tapi tak bagitau hal sebenar menyebabkan pengguna pada kedudukan yang tertipu. Jangan ingat as long as orang tak tanya tak apa. Jual barang dengan orang biarlah bertanggungjawab. 

Selain dari tu, kepada yang beria ria promote pasal air reverse osmosis. Tolong study betul-betul mengenai system tersebut. Sistem RO tak semestinya removes segala bala bahan cemar. Sebab tu NSF ada letak standard 058 dan apa bahan cemar yang di tapis oleh system RO. Kalau rajin bukak website NSF.ORG dan baca tentang standard yang diberikan oleh NSF. Based on kefahaman aku, membrane pada system penapis air RO menapis molekul/particles yang lebih besar dari molekul air. Kalau lebih kecik, lepas. Maaf kalau aku silap. Aku masih dalam proses study. Tapia pa yang aku dapat melalui NSF adalah, RO system masih perlu diuji sama ada penapis air tersebut benar-benar boleh menapis segala jenis logam berat seperti plumbum, merkuri dan sebagainya.
NSF/ANSI Standard 58: Reverse Osmosis Drinking Water Treatment Systems
Overview: This standard was developed for point-of-use (POU) reverse osmosis (RO) treatment systems. These systems typically consist of a pre-filter, RO membrane, and post-filter. Standard 58 includes contaminant reduction claims commonly treated using RO, including fluoride, hexavalent and trivalent chromium, total dissolved solids, nitrates, etc. that may be present in public or private drinking water.

Cuba tapis air coke dengan penapis air mereka dan air yang ditapis tu come out jernih dan tak manis. Kalau berjaya meh email aku kesoma.rai@gmail.com. Aku nak bagi hadiah.

Daa

24 ulasan:

  1. boleh rujuk sini kalau nak beli air RO.. hehe.. thanks yup 4 the info

    BalasPadam
  2. Kakak sampai terpaksa baca yg tertinggal sebab kakak rasa kakak dah terbeli brand yg Rai katakan itu. Tertipu atau kakak yg sebenarnya tak tahu asalnya. Lama pulak tu dah kakak gunakan dah bertahun-tahun tau...

    BalasPadam
  3. air dari syabas tu pun da cukup bersih~~kalau rasa takut sangat pakai penapis yang murah tu ha~~he~~

    BalasPadam
  4. tak pernah pakai RO lagi...
    kalau nak pakai nnt, sure aku rujuk sini...

    BalasPadam
  5. boleh dijadikan sebagai bahan rujukan nih!!

    BalasPadam
  6. Rai....nak tanya mana ko beli puding karamel instant tuh!!..saya ada buat entry ramai yang tanya beb....diorang berminat nak try...:)

    BalasPadam
  7. @Zul Fattah, welcome. ni boleh apply untuk semua jenis penapis air..bukan air RO je..

    BalasPadam
  8. @Kakzakie, kadang2 peniaga pun bukan niat nak tipu..tapi diorg tak tau dan tak faham.. takpe kak..kurang2 ada jugak penapis air..dari tak pakai langsung..tapi pakai penapis jgn lupa tukar filter ikut jadual..

    BalasPadam
  9. @bujal X, hmm..jernih tu ya.. bersih tu diragui sikit..saya ada kawan kerja syabas..kat loji penapis tu macam2 ada..bangkai binatang pun banyak..kalau lori yg hantar air tu pun kadang2 ada tikus mati..

    BalasPadam
  10. @wahida, tak payah la pakai RO..bukan elok pun..hehehe..

    BalasPadam
  11. @lieynanilaz, sila sila.. hehehe..ada yang nak cuba ke.. bleh bisnes ni..hahaha..

    BalasPadam
  12. @Hana Faza-same person, betul..kena alert selalu supaya tak jadi mangsa..hehehe..

    BalasPadam
  13. Salam semua,
    Bila saya baca semua artikel(apa yang dikarang oleh tuan empunya blogger ni)saya terpanggil untuk meletakkan pandangan saya melalui kajian saya(jika pengarang jg mengkaji)mengenai dunia #R.O,#air mineral #kesihatan..
    Jika si pengarang mengatakan syarikat atau pengedar water filter yang melakukan ujian terhadap air menggunakan peralatan yang sangat relevan untuk menentukan kualiti air, maka si Pengarang juga amat tidak beretika kerana mengeluarkan hujahan yang tunggang terbalik dan elemen yg sangat tidak kemas (jika pembaca membaca dengan teliti terdapat unsur yang menjatuhkan pihak lain –“silap hari bulan, pengarang boleh disaman” ), si pengarang juga dikatakan tidak beretika kerana mengeluarkan penulisan sebegini yang boleh mengelirukan pengguna atau orang ramai yang tidak membuat kajian sendiri terhadap air.
    Sila renung kembali, “Siapakah pengarang?” apakah kelulusan beliau dalam bidang ini? Jika hanya sekadar mengeluarkan penulisan sebegini dalam blog sendiri juga adalah satu perkara yang tidak beretika kerana anda hanya pempengaruhi dan menyampaikan informasi yang tidak tepat dan hanya sesetengah pihak sahaja yang mengetahui jika anda berada di tempat yang benar.
    Terdapat beberapa info yang si pengarang sampaikan tidak tepat antaranya mengenai air mineral..air mineral terbahagi kepada 2 jenis ,mineral organik (baik) dan mineral tidak organik (yang terkandung bahan pepejal terlarut). Mineral yang dibotolkan yang dikategorikan sebagai bahaya kerana di Malaysia tidak ada bahan atau machine yang sangat jenius atau canggih spt batang paip yang menyalurkan air dapat mengasingkan mineral baik dan tidak baik!!jadi adalah lebih bijak jika kita hanya mengambil H2O yang sempurna atau air tulen sahaja (wlu bagaimanapun dalam H20 masih terdpt sedikit mineral yang boleh diterima oleh badan)..Air zam-zam pula adalah air ciptaan Allah SWT yang mengandungi kandungan mineral yang sgt tinggi iaitu Magnisum,Kalsium dan Sodium..sudah pasti air zam-zam mengandungi mineral yang organik yang dperlukan oleh badan (Air zam-zam tidak boleh dibandingkan dengan mn2 air di dunia ini)..
    Kepada semua pembaca, renungkan perkara ini..”jika kita mengalami masalah tulang yang serius, sudah pasti kita akan rujuk kepada pakar tulang, kerana hanya mereka yang membuat kajian yang lebih spesifik dan saintifik mengenai tulang..jika kita mengalami sakit mata tidak mungkin kita akan berjumpa dengan pakar tulang bukan?”…Begitu juga isu air minum..silalah rujuk kepada pakar air (orang yang membuat kajian berpuluh tahun untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada manusia alaf ini).
    Seperkara lagi saya ingin menyentuh jawapan si pengarang bg soalan mereka yang pnh bertanya..si pengarang tergelak apabila si bertanya menyatakan yang Michael R Long adalah pakar air dan menjadi konsultan kepada syarikat Elken si pengarang tak perlu ketawa panjang kerana, Michael R Long sememangnya pakar air yang diiktiraf antaranya adalah dari WQA dan Syarikat Elken pula adalah syarikat yang BIJAK kerana melantik pakar air sebagai konsultan mereka. Produk yang terbaik perlu mendapat pengiktirafan dari mereka yang pakar (jika si pengarang masih tidak setuju, saya rasa elok sekiranya berdebat dengan pemberi pengiktirafan).
    Sebagai penutup pandangan saya ini, saya ingin menasihatkan orang ramai perlu lebih peka terhadap apa jua yang dikeluarkan oleh pencipta blog yang sbnrnye mempunyai agenda tersendiri..(Boleh saya tahu jenis water filter ape yang dijual oleh pengarang?)

    Renung-renungkan dan selamat beramal

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen yang sangat menghiburkan..

      Padam
  14. memang saya perlu memberi komen seikhlas hati...(inshaallah)

    yg penting bukan ini caranye ingin menyampaikan kebenaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa awak tulis " Mineral yang dibotolkan yang dikategorikan sebagai bahaya kerana di Malaysia tidak ada bahan atau machine yang sangat jenius atau canggih spt batang paip yang menyalurkan air dapat mengasingkan mineral baik dan tidak baik!!j"

      air mineral bukan diambil dari air paip ya. air yg sumber air paip tu air minuman. saudari bagi info yg tak tepat dan tak benar. air mineral yang dibotolkan adalah antara sumber air paling bersih dan paling selamat. tapi ianya mahal. tapi bukan kategori air minuman ya. air mineral mcm spritzer atau cactus tu..

      komen ikhlas saja tak cukup. komen biar bagi fakta yg betul saudri.

      Padam
  15. Ni yg komen panjang lebar ni org ro ni.baru3 abg aku mengamuk org ro membodohkan dia dgn ujian elektrolisis.abg aku dah tua dekat 60th.tapi pandai ko.jgn tipu dia.habis kena gelak je org jual penapis air ro tu.kesian jurujual tu.sapa lah ajar dia teknik tu.

    BalasPadam
  16. Ni yg komen panjang lebar ni org ro ni.baru3 abg aku mengamuk org ro membodohkan dia dgn ujian elektrolisis.abg aku dah tua dekat 60th.tapi pandai ko.jgn tipu dia.habis kena gelak je org jual penapis air ro tu.kesian jurujual tu.sapa lah ajar dia teknik tu.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^