Khamis

She's the Drama Queen

Assalamualaikum

Siapa lagi kalau bukan anak dara aku tu. Nama penuh dia Nurul Atiqah Damia. Aku panggil ikut mood aku. Kadang-kadang Nurul. Kadang Atiqah. Kadang Damia. Kalau time aku nak marah aku panggil nama penuh terus..

Aku tak tau la ngikut perangai siapa yang drama queen sangat tu (Sebenarnya buat-buat tak tahu..hahaha) Kalau tegur sikit lari-lari anak sembam muka tak kira la sembam kat tilam ke kat sofa ke. ok yang ni bukan perangai aku. Lepas tu cebik-cebik muka. Sekarang ni lagi la. Tak boleh tegur sikit. Terus menangis. Bukan keluar air mata pun. Kuat drama betul.

Lepas insiden rabu berdarah..lemah2 pun pulun makan biskut tak hingat punya

Tidur dalam kereta

Rambut dah mula lebat

Tidur mana suka

Dongga..hahaha..yang ni ikut ayah dia..hahahaha

Atiqah agak jauh beza dengan Aqil. Walau pun dia manja lebih dari abangnya sekarang ni, dia pandai bawak diri. Biasanya dia main sendiri dia je. Sesekali je datang manja dia tu dia nak panjat-panjat. Nak perhatian aku ke shujin. Kalau dah tiba waktu tidur dia baring kat tilam lepas tu tidur sendiri. Tak payah tunggu aku nak tepuk ke apa ke. Percaya tak percaya, Atiqah jalan naik tangga sendiri (of course aku pimpinlah..) sampai tingkat 4 (Ground floor kira Level 0)  Sekarang ni dah belajar pakai seluar sendiri. Dengan sedikit bantuan dari aku dia dah boleh pakai seluar sendiri. Masalahnya seluar, baju, baju aku, seluar abang dia semua dia sauk nak pakai kat kaki. Haihh..

Kalau kena marah, aku denda dia duduk kat tepi dinding. Dia duduklah kat situ sampai aku panggil. Bila dia duduk diam tu mula lah aku rasa kesian+sayu hati sebab dia dengar kata. Bila dah kena marah pandai pulak nak ambik hati, tolong kutip toys. Tolong kemas rumah. Cair hati mak dia.

Kadang-kadang dia menangis bila bangun tidur aku takde kat sebelah. On the way nak cari aku tu mesti ada nak sauk apa-apa barang. Tak boleh tak. Mesti nak sauk. Apa jenis habit aku pun tak tau. Sangat suka baca buku, duduk atas buku dan jugak koyak majalah aku.

Dah ada peminat! Hahaha.. Dalam family husband, Atiqah satu-satunya cucu pompuan. So bila dia duduk dengan sepupu-sepupu dia dapat perhatian lebih sikit la dari sepupu dia. Dari kecik lagi kalau kitorang pergi rumah akak ipar aku tu, sepupu dia tengok je. Bila dah besar sikit ni diorang tak kacau. Dengar cerita dari mak mertua aku ada anak sedara aku yang dah kenen-kenen dan kata Atiqah cantik sambil tersipu-sipu. Wakakaka.. Pandai je bebudak zaman sekarang.

Suka nyanyi part Oooo dalam lagu Jam Project. Bila shujin nyanyi lagu tu mesti dia ikut sambil tepuk tangan. Sangat geram. Dah la tangan gemukk. Pipi pun dah makin tembam. Makan pun banyak. Jarang menolak orang suapkan makanan. Kata shujin muka Atiqah dah empat segi sebab pipi makin tembam. Hahaha.. Rasanya bila dia dah pandai bercakap mesti aku garu kepala nak menjawab dua orang budak becok. Mak mertua aku kata Aqil kepoh macam aku. Cheisss..

Bila dah ada dua orang anak ni aku tengok masing-masing ada cara sendiri. Tapi sejak ada adik ni sifat keabangan Aqil sangat menyerlah. Jarang dia buli adik. Dia yang kena buli dengan adik ada lah. Aku harap keakraban dua beradik ni berpanjangan sampai bila-bila. Taknak gaduh-gaduh ye anak-anak.

Nota kaki : Orang kata muka anak-anak ikut muka aku. Tapi sampai sekarang aku ada rasa tak percaya sebab aku tengok anak-anak comel kemain (yess aku Oyabaka - tak paham sila google 親バカ) Adakah itu bermaksud aku seorang yang comel. Hahahaha.. Sila jangan cepuk aku. Tengok persamaan ni

anak=comel,
anak=macam muka aku,
aku=anak=comel..

betul la kan..hahaha..

ps: Buat pencipta lagu, sila jangan gunakan perkataan "aku" sebab aku dok garu kepala bila Aqil dengar lagu ada "aku aku" ni. Payah la nak tengok cerita Cinta Elysa sebab Aqil kata "Ibu ibu..aku no no kan. Pupuk nanti" bila dengar lagu dalam cerita tu..Haihhh...

Vocab Atiqah
Nak
Taknak
Takdak - Bila tanya mana, semua dia kata takdak. Sabo je lah.
Aenn ( Air) - Aqil kata : Apalah adik ni aen aen. Air lah.
Ashik - Nasik
Patip - Kutip
Tutup
Boo - Ibu
Mo - Mamam @ Nenen
Asyuk - Masuk
Pepe - (Sebutan tempe punya pe) Selipar
Yah - Ayah
Manni - Mandi
No no - Jangan. Aku masih lagi gagal ambik gambar dia muncung sambil sebut no no. Rasa macam nak ikat je muncung dia.
Atuhhh - Jatuh
Akit - Sakit. Kadang-kadang tak sakit pun dia kata sakit. Geram je aku.
Allah - Solat
Bobboi - Boboiboy
betulbetul - Upin Ipin

Ada lah yang lain lagi aku tak ingat sangat..

Daa

6 ulasan:

  1. SALAM,
    SERONOK MEMBACA N3 INI. SEMOGA KELUARGA BAHAGIA SENTIASA

    BalasPadam
  2. kenapa berbalut kepala dia dlm gambar 1st tu? jatuh ek?

    BalasPadam
  3. Barunak belajar berdikari. Tak lama mesti pakai baju, makan, mandi semua dia nak buat sendiri. Tapi kena tengok anak yg cepat cerdik ni agak ligat pergerakannya...

    BalasPadam
  4. @yatie chomeyl, haah.. jatuh depan bilik air..dalam jugak lukanya..sampai nak pengsan sebab banyak sangat keluar darah.. nasib baik mak dia tak pitam sekali..

    BalasPadam
  5. @Kakzakie, betul tu kak.. adik ni nak kena pantau lebih sikit..ada je dia nak buat..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^